Semakan Cukai Tanah Setiap Negeri & Cara Bayaran Online

Kini adalah boleh semak dan bayar cukai tanah online untuk negeri-negeri di Malaysia dengan mudah dan pantas.

Pemilik hartanah di Malaysia perlu menjelaskan cukai tanah mereka kepada kerajaan negeri lokasi terletaknya hartanah tersebut.

Harap maklum bahawa Cukai Tanah juga berbeza dengan Cukai Taksiran.

Apa itu Cukai Tanah?

Cukai tanah juga ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :

  • apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukaisewa
  • apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan
  • apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

Mengikut undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah anda akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

Tempoh bayaran Cukai Tanah

cukai tanah online

Tempoh pembayaran Cukai Tanah pula antara Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.

Nilai cukai yang dikenakan juga berbeza mengikut negeri dan lokasi, setiap dalam dalam negeri yang sama mungkin juga dikenakan jumlah cukai yang berbeza.

Bayar cukai secara online

Dengan kemudahan pembayaran dalam talian, kesemua negeri (atau hammpir kesemua) di Malaysia memperkenalkan kemudahan bayaran cukai tanah online.

Untuk bayaran cukai tanah online mengikut negeri, sila klik pautan di bawah menegikut negeri pemilikan hartanah anda:

  1. Selangor – https://ehasil.selangor.gov.my/app/search
  2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
  3. Perak – https://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
  4. Melaka – https://ebayar.melaka.gov.my
  5. Negeri Sembilan – https://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
  6. Pulau Pinang – https://ebayar.penang.gov.my/
  7. Pahang – https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
  8. Johor – https://onlinepayment.johor.gov.my/
  9. Kedah – https://ebayaran.ptgkedah.gov.my/
  10. Perlis – https://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/
  11. Terengganu – http://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
  12. Kelantan – https://hasiltanah.kelantan.gov.my/
  13. Sabah – http://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my/
  14. Sarawak – Tiada

Pautan bagi negeri Sarawak akan dikemaskini sekiranya terdapat perkembangan terbaru.

Manfaatkan pembayaran Cukai Tanah secara online dan anda tidak lagi perlu membazir beram-jam lamanya untuk beratur bagi menjelaskan Cukai Tanah anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!