Pengoperasian Sekolah Semasa Cuaca Panas & PdPR – KPM

cuaca panas kpm sekolah
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sesi persekolahan boleh ditangguhkan sekiranya cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berterusan.

Timbalan Menteri pendidikan Wong Kah Woh berkata langkah yang diambil pihaknya selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) sejak 2023 dan boleh diguna pakai sekiranya keadaan cuaca panas dan kering semakin meruncing.

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah mempunyai pengalaman yang mencukupi bagi menangani isu yang kita hadapi sekarang .

“Sememangnya kita tahu bahawa hal ini juga menjadi satu cabaran bagi KPM untuk memastikan keselesaan dan juga kesihatan anak-anak,” katanya.

Mengulas lanjut Kah Woh berkata semua aktiviti luar di sekolah juga perlu dihentikan buat sementara waktu sekiranya suhu melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Aktiviti berkenaan termasuklah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian.

“Pihak KPM telah memberikan pesanan kepada kesemua pentadbir termasuklah pengetua, guru besar serta Pejabat Pendidikan Daerah supaya sentiasa memantau status suhu harian bagi cuaca panas setiap hari di sekolah dan juga daerah masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, KPM menggesa semua institusi di bawah kementeriannya meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah sewajarnya dalam menghadapi cuaca panas apabila sesi persekolahan kembali dibuka Ahad dan Isnin depan.

Malah semua institusi pendidikan meminta supaya sekolah menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya melebihi 35 darjah Celsius selain memantau aktiviti berpotensi mendedahkan murid keada cuac apanas bago memastikan kesihatan golongan pelajar tidak terurus. – MalaysiaMADANI

Kebenaran Khas Pemakaian Pakaian Sukan Semasa Cuaca Panas

Kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan, langkah berkenaan dibuat berdasarkan keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.

“Semua institusi pendidikan bawah KPM perlu peka situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

“KPM mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, semua institusi pendidikan diminta untuk meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-langkah bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka selepas tamat Cuti Penggal Pertama.

Selain itu, KPM juga memaklumkan antara langkah yang perlu diambil termasuklah penangguhan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius.

Selain memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas.

“Insititusi pendidikan perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri.

“Sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman, institusi pendidikan juga perlu membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman,” katanya.

Malah semua pihak diminta sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik serta hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi kesihatan dalam kalangan murid akibat cuaca panas. – MalaysiaMADANI

cuaca panas kpm sekolah
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Persediaan Menghadapi Cuaca Panas – KPM

Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) disaran untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta melaksanakan langkah-langkah sewajarnya bagi menghadapi cuaca panas susulan pembukaan semula sekolah selepas tamat Cuti Penggal 1.

Pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas hendaklah diberikan berdasarkan keperluan serta situasi semasa di institusi masing-masing.

KPM komited memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya sentiasa terpelihara.

Garis Panduan KPM Menghadapi Cuaca Panas, Penutupan Operasi Sekolah

Mesti baca:

  1. Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah KPM semasa Cuaca Panas : https://drive.google.com/…/1KB1ZT…/view…
  2. Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Bawah KPM semasa Cuaca Panas : https://drive.google.com/…/1BV6X0NG…/view…
  3. Kebenaran Khas kepada Murid, Guru dan AKP memakai Pakaian Sukan semasa Cuaca Panas : https://drive.google.com/…/1qj7QGY2sYHudibBMWJ5…/view…
cuaca panas kpm sekolah
cuaca panas kpm sekolah

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Cuaca Panas Di Sekolah KPM

Bolehkah tutup sekolah jika cuaca terlalu panas?

Ya, sesi persekolahan boleh ditangguhkan sekiranya cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berterusan.

Adakah sekolah perlu diganti pada hari lain?

Ya, jika sekolah ditutup, ia perlu diganti pada hari lain. Sila rujuk dokumen 2 pada item 4.2 m/s 3.

Adakah aktiviti luar kelas dibenarkan ketika cuaca panas?

Jika suhu mencatat 35°c ke atas selama 3hari berturut-turut, aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan. Rujuk dokumen 1 item 5.11 m/s 3.

Bolehkah pakai pakaian sukan ketika cuaca panas?

Ya, terdapat kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas. Sila rujuk dokumen 3 item 3 m/s 1.

Di mana nak rujuk suhu terkini?

Rujuk di laman web rasmi MET Malaysia https://www.met.gov.my dan juga dokumen 1 item 3 m/s 1.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut