Cuaca panas di Malaysia semakin menjadi perhatian, terutamanya apabila suhu harian boleh mencecah lebih 35°C dan berlarutan selama beberapa hari. Semak suhu cuaca panas menerusi portal METMalaysia.
Keadaan ini dikenali sebagai gelombang haba, yang bukan sahaja mengganggu aktiviti harian, malah boleh memberi kesan serius kepada kesihatan jika tidak ditangani dengan betul.
Status Cuaca Panas Malaysia (26 Mac 2026)
Carta ini dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang menunjukkan tahap amaran cuaca panas di seluruh negara berdasarkan suhu maksimum harian.
Maksud Kod Warna
🔴 Merah (Tahap 3: Gelombang Haba Ekstrem)
Suhu melebihi 40°C sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut
🔵 Biru (Tiada Amaran)
Suhu kurang daripada 35°C
🟡 Kuning (Tahap 1: Berjaga-jaga)
Suhu 35°C – 37°C sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut
🟠 Oren (Tahap 2: Gelombang Haba)
Suhu 37°C – 40°C sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut
Keadaan Semenanjung Malaysia
- Kebanyakan kawasan berada pada tahap normal (biru)
- Beberapa kawasan di utara Semenanjung seperti Kedah dan Perak menunjukkan:
- 🟡 Tahap 1 (berjaga-jaga)
- 🟠 Tahap 2 (gelombang haba)
Ini menunjukkan kawasan utara sedang mengalami cuaca lebih panas berbanding negeri lain
- Terdapat juga kawasan lain seperti:
- Jerantut (Pahang)
- Segamat (Johor) berada pada Tahap 1 (kuning)

Keadaan Sabah
- Seluruh Sabah berada pada tahap biru (tiada amaran)
- Menunjukkan keadaan cuaca masih normal dan terkawal
Keadaan Sarawak
- Semua kawasan Sarawak juga berada pada tahap biru
- Tiada gelombang haba dikesan setakat tarikh laporan


Kenyataan Media KPM
27 MAC 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)
KPM MENJUNJUNG TITAH KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN MURID DALAM KEADAAN CUACA PANAS TERPELIHARA
Kementerian Pendidikan (KPM) merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memastikan aspek keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah dalam keadaan cuaca panas terpelihara.
Titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menjadi peringatan kepada semua institusi pendidikan KPM untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti garis panduan dalam menghadapi cuaca panas pada ketika ini.
KPM telah mengeluarkan arahan berkaitan kepada semua institusi pendidikan bawah kelolaannya. Ini termasuk keperluan untuk memantau pelaksanaan aktiviti luar serta kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di sekolah untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas.
TAMAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
27 MAC 2026

Apa itu Cuaca Panas & Gelombang Haba?
Cuaca panas merujuk kepada keadaan suhu tinggi yang berterusan dalam sesuatu tempoh. Di Malaysia, gelombang haba biasanya berlaku apabila suhu meningkat secara konsisten melebihi paras normal selama beberapa hari berturut-turut.
Tahap amaran cuaca panas:
- Tiada Amaran: Kurang 35°C
- Amaran Pertama: 35°C – 37°C (3–5 hari)
- Amaran Kedua: Melebihi 37°C (lebih 3 hari)
- Amaran Ketiga: Melebihi 40°C (3 hari berturut-turut)
Semakin tinggi tahap amaran, semakin besar risiko terhadap kesihatan manusia



Kesan Cuaca Panas Terhadap Kesihatan
Pendedahan berlebihan kepada cuaca panas boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti:
- Dehidrasi (kekurangan air dalam badan)
- Keletihan melampau
- Kekejangan otot Pening dan sakit kepala
- Pitam atau pengsan
- Strok haba (heatstroke) – keadaan serius yang memerlukan rawatan segera
Golongan yang paling berisiko termasuk kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik (seperti penyakit jantung atau obesiti) serta individu yang aktif di luar.
Perbezaan Kelesuan Haba dan Strok Haba
| Perkara | Kelesuan Haba (Heat Exhaustion) | Strok Haba (Heat Stroke) |
|---|---|---|
| Suhu badan | 37°C – 40°C | Melebihi 40°C |
| Tahap bahaya | Serius tetapi masih boleh dirawat awal | Kecemasan, boleh mengancam nyawa |
| Peluh | Berpeluh banyak | Tidak berpeluh |
| Keadaan mental | Masih sedar, mungkin pening | Keliru, hilang fokus, tidak sedar |
| Gejala utama | Letih, lemah, pening, loya, muntah | Sawan, percakapan tidak jelas, koma |
| Degupan jantung | Berdegup laju | Tidak menentu / sangat laju |
| Tindakan awal | Rehat, minum air, sejukkan badan | Perlu rawatan kecemasan segera |

Langkah Persediaan Menghadapi Cuaca Panas
Berdasarkan panduan Kementerian Pendidikan, beberapa langkah penting yang perlu diamalkan ialah:
1. Hadkan Aktiviti Luar
Kurangkan aktiviti luar apabila suhu mencecah 35°C bagi mengelakkan pendedahan berlebihan kepada haba.
2. Pantau Aktiviti Murid
Guru dan ibu bapa perlu sentiasa memantau keadaan pelajar serta mengenal pasti tanda keletihan atau dehidrasi.
3. Pastikan Bekalan Air Mencukupi
Sekolah perlu menyediakan air minuman bersih dan menggalakkan pelajar membawa air sendiri.
4. Kekalkan Hidrasi
Minum air secukupnya sepanjang hari dan elakkan minuman berkafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.
5. Sokongan Murid Asrama
Pastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan tindakan segera diambil jika berlaku gangguan bekalan.
6. Tindakan Kecemasan
Segera hubungi klinik atau hospital jika berlaku tanda-tanda serius seperti pitam atau strok haba.

Panduan Penjagaan Kesihatan Pelajar Sekolah
| Tahap Amaran | Suhu | Tindakan |
|---|---|---|
| Tiada Amaran (0) | Kurang 35°C | a) Aktiviti berjalan seperti biasa b) Kekalkan hidrasi badan c) Galakkan pelajar minum air terutama semasa aktiviti fizikal |
| Amaran Pertama (1) | 35°C – 37°C selama 3–5 hari | a) Hadkan aktiviti luar, susun semula waktu b) Tangguh aktiviti luar (sukan/kokurikulum) c) Perhimpunan dalam dewan (pendek, pengudaraan baik, pelajar duduk) d) Pastikan pengudaraan kelas baik e) Galakkan bawa air & minum kerap f) Pakai pakaian longgar & cerah (elak gelap/tebal/ketat) g) Pergi/balik sekolah: guna payung/topi, tunggu di tempat teduh, elak bermain luar h) Pantau kesihatan pelajar & maklum guru jika tidak sihat Perkhidmatan Bantuan Perubatan Ibu bapa/penjaga/guru diminta mendapatkan rawatan segera jika pelajar tidak sihat atau menunjukkan tanda amaran. |
| Amaran Kedua (2) | Suhu tertinggi harian melebihi 37°C lebih 3 hari berturut-turut | a) Teruskan tindakan Amaran Pertama (1) b) Sekolah disaran menangguhkan sesi persekolahan mengikut pelan tindakan gelombang haba c) Sekolah boleh terus beroperasi jika bilik darjah ada penyaman udara dan semua langkah Amaran Pertama dipatuhi |
| Amaran Ketiga (3) | Suhu tertinggi harian melebihi 40°C selama 3 hari berturut-turut | a) Teruskan semua tindakan di atas b) Sentiasa ikut arahan pihak berkuasa semasa |

Pertimbangan Khas
| Perkara | Penerangan |
|---|---|
| Kanak-kanak dengan comorbidity | Kanak-kanak obes, ada penyakit (contoh: jantung) atau tidak sihat perlu perhatian & pemantauan rapi |
| Berpuasa ketika gelombang haba | Minum air secukupnya dari berbuka hingga sahur untuk kekalkan hidrasi. Jika ada tanda dehidrasi → rujuk hospital segera |

Soalan Lazim Cuaca Panas Malaysia
Cuaca panas merujuk kepada keadaan suhu persekitaran yang tinggi secara berterusan, biasanya melebihi 35°C dan boleh menyebabkan tekanan haba kepada tubuh.
Gelombang haba ialah keadaan suhu tinggi yang berlaku beberapa hari berturut-turut (contohnya melebihi 37°C selama beberapa hari) sehingga memberi kesan kepada kesihatan dan aktiviti harian.
Tiada Amaran: < 35°C
Amaran Pertama: 35°C – 37°C (3–5 hari)
Amaran Kedua: > 37°C (lebih 3 hari)
Amaran Ketiga: > 40°C (3 hari berturut-turut)
Golongan berisiko termasuk:
Kanak-kanak & warga emas
Pesakit kronik (jantung, obes, dll)
Individu yang aktif di luar
Wanita hamil
Pening / sakit kepala
Keletihan melampau
Kekejangan otot
Mual / muntah
Pengsan / pitam
Dehidrasi (mulut kering, kurang kencing)
Minum air kosong dengan kerap
Elakkan minuman berkafein/bergula berlebihan
Bawa botol air ke mana-mana
Minum walaupun tidak haus
Kurangkan aktiviti luar waktu tengah hari
Pakai pakaian longgar & cerah
Gunakan topi atau payung
Rehat di tempat teduh atau berhawa dingin
Tidak semestinya. Ia bergantung pada tahap amaran:
Amaran tinggi → sekolah boleh ditangguhkan
Jika ada kemudahan (aircond & kawalan) → boleh teruskan dengan langkah berjaga-jaga
Boleh, tetapi:
Elakkan waktu panas terik
Pastikan minum air mencukupi
Hentikan aktiviti jika rasa tidak sihat
Segera ke tempat sejuk
Minum air
Longgarkan pakaian
Dapatkan rawatan segera (klinik/hospital)
Minum air secukupnya antara berbuka hingga sahur
Elakkan aktiviti berat siang hari
Pantau tanda dehidrasi
Segera dapatkan rawatan jika:
Pitam atau pengsan
Demam tinggi
Muntah berterusan
Tanda dehidrasi teruk
Baca juga:




