Advertisements

Biodata Cristiano Ronaldo : Latar Belakang, Karier, Pencapaian

Advertisements

Nama Cristiano Ronaldo sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

Walaupun anda bukan penggemar sukan, namun anda pasti mengenali pemain bola sepak popular ini.

Ronaldo sudah bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak sejak berusia 14 tahun.

Impian Ronaldo menjadi nyata apabila beliau menjadi pemain berdarah Portugis pertama yang direkrut dalam kelab bolasepak Manchester United.

Dalam kelab tersebut, beliau menyambung legasi sebagai penyarung jersi nombor 7 yang turut pernah digunakan oleh pemain bola sepak terkenal seperti David Beckham, Eric Cantona dan George Best.

Nama beliau kembali menjadi topik di kalangan warganet apabila Ronaldo turut menyertai Piala Dunia FIFA 2022 sebagai kapten bagi pasukan Portugal.

Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar sekaligus menjadi saksi kepada penyertaan beliau yang terakhir bagi acara tersebut.

Meskipun pasukannya tewas di tangan pasukan Maghribi di peringkat suku akhir, beliau dilaporkan masih belum bersedia untuk bersara dalam bidang sukan.

Cristiano Ronaldo

Di sini kami ingin kongsikan dengan lebih lanjut mengenai latar belakang Ronaldo.

Baca Juga : Piala Dunia (FIFA World Cup) : Senarai Juara Dari 1930 – 2018

Biodata Cristiano Ronaldo

Nama Penuh : Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro

Nama Gelaran : CR, CR7, Cris, C.Ronaldo, Rocket Ronaldo  

Tarikh Lahir : 5 Februari 1985 (37 tahun)

Tempat lahir : Madeira, Portugal

Tinggi : 1.85 meter

Net worth : US$ 450 juta

Karier Cristiano Ronaldo dalam Arena Bola Sepak

2002 – 2003 : Sporting Clube de Portugal

2003 – sekarang : Portugal

2003 – 2009 : Manchester United FC

2009 – 2018 : Real Madrid CF

2018-2021 : Juventus FC

2021-2022 : Manchester United FC

Pencapaian Cristiano Ronaldo Dalam Arena Bola Sepak

Kejayaan beliau dalam menjaringkan 4 gol ketika menentang Arsenal pada FA Cup Final musim 2004-2005 merupakan turning point paling besar dalam kariernya.

Sejak itu, nama Cristiano Ronaldo menjadi buah mulut penggemar bola sepak dari serata dunia.

Memetik talksport.com, Cristiano Ronaldo melakarkan sejarah sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dengan rekod 819 gol dalam 1,144 perlawanan sejak beliau aktif pada 2001 hingga sekarang.

Rekod ini mengalahkan Lionel Messi yang memegang kedudukan kedua dengan rekod jaringan 796 gol.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Ronaldo adalah salah satu pemain bola sepak terbaik dunia.

Buktinya, sepanjang kariernya, Cristiano berjaya merangkul sehingga 34 anugerah bertaraf dunia termasuk 10 kali dinobatkan sebagai Footballer of the Year, pemenang Champions League sebanyak 5 kali, Golden Boot Winner (5 kali), FIFA World Cup Winner (4 kali), UEFA Best Player in Europe (3 kali) dan banyak lagi.

Wajah beliau juga sering muncul dalam iklan bagi jenama besar seperti Shopee, Coca-Cola, Nike dan Unilever.

Beliau dikatakan berjaya meraih keuntungan kira-kira $45 juta setahun hasil daripada penglibatan dalam iklan sahaja.

Meskipun beliau sudah mengesahkan tidak akan menyertai Piala Dunia FIFA, namun rata-rata masih ramai penggemar bola sepak yang tetap menunggu beliau beraksi di perlawanan lainnya.

Menurut sumber, Ronaldo merancang untuk bersara pada usia 40 tahun.

Jika dihitung dengan usianya sekarang, masih berbaki 3 tahun lagi untuk Ronaldo akhiri kariernya sebagai pemain bola sepak. Sama-sama kita nantikan perkembangan Ronaldo pada masa akan datang.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 4.3 / 5. Vote count: 6

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment