Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah & Alasan

Ada kalanya seseorang pelajar tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah atas pelbagai alasan – dalam sesetengah perkara amatlah digalakkan untuk menghantar surat tidak hadir sekolah bagi memberikan penjelasan rasmi kepada pihak guru.

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir atas alasan kesihatannya yang tidak mengizinkan, maka surat cuti sakit atau MC boleh digunakan.

Namun, sekiranya ketidakhadiran pelajar tersebut adalah atas sebab-sebab lain, maka para ibu bapa digalakkan menulis surat tidak hadir sekolah untuk anak-anak mereka.

Surat ini boleh dikirim kepada anak untuk diberikan kepada guru kelas mereka.

Contoh Situasi Yang Memerlukan Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Seseorang pelajar mungkin tidak dapat hadir ke sekolah atas alasan-alasan berikut:

  1. Ibu bapa sakit
  2. Masalah kewangan
  3. Kematian
  4. … dan pelbagai lagi alasan yang munasabah

Apa jua sebabnya, para ibu bapa digalakkan untuk surat tidak hadir sekolah bagi pihak anak mereka untuk mengelakkan salah faham dengan pihak sekolah yang mungkin menyangka anak-anak sengaja ponteng atau tidak menghadirkan diri.

Selain itu, penulisan surat ini mampu memudahkan pihak sekolah menawarkan sebarang bantuan sekiranya keluarga pelajar tersebut mempunyai masalah yang boleh dibantu.

Format Surat Rasmi

Secara ringkasnya, surat ini menggunakan format surat rasmi kerana ia adalah sebuah dokumen rasmi yang diberikan kepada pihak sekolah.

Secara ringkasnya, bentuk surat ini sama sahaja dengan surat tunjuk sebab tidak hadir kerja kecuali tajuk dan isinya sahaja yan berbeza.

Secara umumnya, surat ini mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:

  1. Nama
  2. Alamat
  3. Tarikh
  4. Nama guru
  5. Nama dan alamat sekolah
  6. Tajuk: KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH / TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH KERANA [masukkan sebab ketidakhadiran]
  7. Isi surat:
    • Nyatakan dengan jelas tarikh tidak hadir dan sebab ketidakhadiran. Contohnya: “Pada tarikh 29 Januari 2022, anak tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana menghadiri majlis pengebumi datuknya yang baru sahaja meninggal dunia
    • Nyatakan akujanji akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan guru kepada kelas

Contoh Surat

Izzat bin Aziz
No 70, Jalan Mega Jaya 1,
Taman Mega Jaya,
43650 Bandar Baru Bangi Selangor.


Guru Darjah 1 Cerdik,
Sekolah Menengah Mega Jaya,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 20 Jun 2022

Tuan / Puan

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 19 Jun 2022

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa anak saya [NAMA ANAK] tidak dapat hadir ke sekolah pada 19 Jun 2022.

2. Ini kerana keluarga kami perlu menghadiri majlis pengebumian datuknya yang baru meninggal dunia di Lenggong, Perak.

2. Saya, Izzat bin Aziz, bapa kepada [NAMA ANAK] akan memastikan anak saya menyoapkan tugasan setelah kembali ke sekolah.

Kerjasama Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

________________

surat tidak hadir sekolah

Surat ini bukanlah satu kewajipan tetapi sangat digalakkan bagi mengelakkan salah faham dengan pihak guru kelas dan sekolah.

Selain itu, ia secara tidak langsung mengajar anak akan adab untuk menghormati guru dengan memberitahu mereka dengan jujur sebab ketidak hadiran ke sekolah.

Muat Turun : Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Untuk memudahkan anda mencetak dan edit surat ini, anda boleh muat turun template surat di bawah:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!