Contoh Kertas Kerja Program Di Pejabat / Sekolah

Adakah anda sedang mencari contoh kertas kerja untuk pelaksanaan sesuatu program di sekolah, agensi atau jabatan kerajaan?

Sekiranya anda telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi sesuatu program sama ada di peringkat sekolah, organisasi atau jabatan, anda biasakan akan diminta untuk memberikan cadangan untuk menjayakan sesuatu program tersebut.

Kebiasaannya cadangan ini akan ditulis dalam bentuk kertas kerja.

Sesetengah pihak mengatakan bahawa kertas kerja merupakan perkara yang merumitkan namun realitinya dengan menyediakan kertas kerja program yang dirancangkan, anda dapat melihat keseluruhan program daripada aspek kewangan, aturcara dan lain-lain lagi bagi memastikan idea tersebut sama ada realistik ataupun tidak.

Apa itu kertas kerja?

Kertas kerja merupakan dokumen rasmi cadangan untuk menyakan sesuatu program yang turut disertakan dengan beberapa butiran penting seperti yang berikut:

  1. Bajet kewangan
  2. Objektif
  3. Tarikh
  4. Masa dan aturcara program
  5. Nama AJK yang terlibat sebagai pelaksana
  6. Tempat
  7. … dan segala butiran lain yang dirasakan perlu bagi memastikan idea atau cadangan yang dinyatakan dalam kertas kerja ini mudah difahami dan dipertimbangkan

Contoh program yang memerlukan kertas kerja

contoh kertas kerja

Berikut merupakan antara program-program yang memerlukan penganjur menyediakn kertas-kerja bagi menyakan program-program ini:

  1. Program lawatan sambil belajar
  2. Program sukaneka
  3. Program keceriaan kelas
  4. Mesyuarat PIBG
  5. Program merentas dewa
  6. Acara sukan tahunan
  7. Program seminar motivasi PMR/SPM
  8. Pertandingan kawad kaki
  9. Perarakan bulan kemerdekaan
  10. Sambutan Hari Guru
  11. Program pemantapan sahsiah murid
  12. Program Anugerah Pelajar Cemerlang
  13. Program Majlis Persaraan
  14. Kem Motivasi Pelajar
  15. Program Perkhemahan Perdana
  16. Seminar Teknik Menjawab Soalan PMR/SPM
  17. dan lain-lain lagi

Perkara wajib dinyatakan dalam kertas kerja

Berikut merupakan panduan perkara-perkara yang mesti dinyatakan dalam kertas kerja anda agar kertas kerja tersebut lebih mudah difahami dan diterima.

  1. Pendahuluan – Nyatakan secara ringkas berdekanaan latar belakang program
  2. Matlamat
  3. Objektif
  4. Tarikh pelaksanaan
  5. Senarai ahli jawatankusaa – Nyatakan nama dan jawatan setiap ahli
  6. Anggaran perbelanjaan – Nyatakan butiran perbelanjaan
  7. Jadual dan atur cara program
  8. dan butiran-butiran lain yang diperlukan
    • contohnya sekiranya anda ingin menjemput penceramah dari luar, anda perlu juga menyediakan surat jemputan rasmi kepada pihak penceramah. Anda juga boleh memasukkan sedikit sebanyak profil penceramah, memperlihatkan sebab mengapa penceramah tersebut layak dipanggil untuk memberikan ceramah bagi program yang dianjurkan

Contoh kertas kerja

Sekiranya anda berminat untuk memuat turun contoh atau template kertas kerja, anda boleh klik pautan di bawah untuk memuat turun contoh kertas kerja yang disediakan di laman Jabatan Kebajikan Masyarakat.

>>> Muat turun contoh template kertas kerja

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!