Biodata Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi, Inovasi

Chang Lih Kang baru sahaja diumumkan sebagai Menteri Kabinet baharu dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau akan memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi, Inovasi, sebuah portfolio penting yang akan menentukan hala tuju Malaysia dalam dunia sains dan teknologi.

Chang Lih Kang merupakan seorang ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat dan berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Tanjung Malim pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), kerusi yang turut dimenanginya pada PRU14 yang lalu.

Mari kita lihat sedikit sebanyak latarbelakang Menteri Sains, Teknologi, Inovasi yang baru ini.

Latar belakang

Nama penuh: Chang Lih Kan

Asal: Ipoh Perak

Tarikh Lahir: 23 Oktober 1980

Media sosial:

  1. Twitter
  2. Facebook

Pendidikan:

  • Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Awam dari Universiti Putra Malaysia
  • Lee Kuan Yew Schol of Public Policy – Sarjana dalam Pentadbiran Awam

Beliau telah berkahwin dengan Chong Lai Chan dan dikurniakan seorang anak lelaki berumur 1 tahun.

Karier politik

Chang Lih Kang berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Tanjung Malim yang dimenenanginya pada PRU15 baru-baru ini.

Di peringkat parti, beliau merupakan Naib Presiden Keadilan.

Antara jawatan yang disandangnya adalah seperti beriku:

  • Menteri Sains dan Teknologi (2022)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja
  • Ahli Parlimen Tanjong Malim (2018)
  • Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak (2022)

Beliau adalah seorang aktivis politik dan pejuang hak asasi manusia yang berjiwa rakyat.

Beliau fasih dalam ketiga-tiga Bahasa Malaysia, Tioghua dan Inggeris.

Semasa belajar di universiti, beliau merupakan seorang pemimpin mahasiswa yang aktif.

Beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia, sebuah gabungan mahasiswa pelbagai kaum dan agama yang membantah Akta Universiti dan Koleh Universiti (AAUKU) yang menzalimi para mahasiswa.

Selepas graduan, beliau turut berkhidmata di SUARAM (Suara Rakyat Malaysia).

Beliau adalah penyelaras kempen yang mengendalikan kes keganasan dan penyelewengan pihak penguatkuasa.

Beliau juga berjuang untuk rakyat yang dizalimi oleh Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang ditahan tanpa bicara.

Diharapkan perlantikannya sebagai Menteri Sains, Teknologi, Inovasi akan membawa Malaysia ke tahap yang lebih maju dalam masa beberapa tahun akan datang.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!