Ketika ramai rakyat Malaysia cuba mengakses MyGov bagi urusan berkaitan FIFA World Cup 2026, ada pengguna yang menyedari akaun MyDigital ID mereka perlu dikemas kini terlebih dahulu. Masalah seperti gagal log masuk, nombor telefon lama tidak lagi aktif atau pengesahan identiti yang tidak berjaya antara isu yang mula dibangkitkan pengguna.
Bagi yang sedang mencari cara renew MyDigital ID, berikut ialah langkah-langkah yang boleh diikuti untuk mengaktifkan semula akaun dan kembali mengakses portal MyGov dengan lancar.
Baca juga: MyDigital ID – Cara Daftar & Login Semua App Kerajaan (2026)
Apa itu MyDigital ID dan Mengapa Ia Perlu Diperbaharui?
Untuk yang masih tidak tahu, MyDigital ID adalah adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan, tanpa menyimpan sebarang data peribadi serta tidak menggantikan sistem MyKad.
Melalui MyDigital ID, pengguna boleh log masuk ke platform seperti MyGov tanpa perlu mengingati banyak nama pengguna dan kata laluan yang berbeza.
Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana akaun MyDigital ID perlu diperbaharui atau dikemas kini. Antaranya termasuk Sijil MyDigital ID tamat tempoh, masalah pengesahan identiti, atau akaun yang tidak dapat diakses akibat isu keselamatan.
Melakukan pembaharuan MyDigital ID penting bagi memastikan akaun kekal aktif, maklumat peribadi sentiasa terkini dan proses log masuk dapat dilakukan dengan lancar.
Bila Anda Perlu Renew MyDigital ID?
Sijil MyDigital ID setiap orang mempunyai tarikh tamat tempoh yang tertentu dan ia hanya sah selama 1 tahun sahaja.
Anda boleh semak tarikh sah laku sijil anda dengan klik pada “View Digital ID” dan paparan seperti di bawah akan muncul.

Cara Renew MyDigital ID Langkah Demi Langkah
Untuk cara renew MyDigital ID, anda boleh ikut langkah mudah ini:
- Buka aplikasi MyDigital ID di telefon anda masing-masing.
- Tekan butang “Perbaharui”
- Kemudian, tekan “Ya”
- Imbas muka.
- Tetapkan kata laluan sama ada baru atau pun lama. Yang penting kena minimum 8 aksara.
- Aktifkan biometrik anda.
- Selesai!

Baca juga: MyDigital ID Kiosk- Senarai Lokasi Seluruh Malaysia (2026)
Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Renew MyDigital ID
Untuk proses renew MyDigital ID yang belum lebih 90 hari tamat tempoh saya rasa anda tidak akan menemukan sebarang masalah kerana langkah untuk perbaharui sangat direct.
Mungkin masalah akan timbul jika anda akan renew MyDigital ID yang sudah lebih 90 hari tamat tempoh. Dalam situasi ini, pengguna tidak lagi boleh melakukan pembaharuan seperti biasa.
Sebaliknya, mereka perlu melalui beberapa langkah tambahan seperti mengemas kini aplikasi MyDigital ID kepada versi terkini, melakukan proses revoke terhadap ID lama dan membuat pendaftaran semula untuk mendapatkan sijil baharu.
Berapa Lama Proses Renew MyDigital ID Mengambil Masa?
Bagi pengguna yang Sijil MyDigital ID belum lebih 90 hari tamat tempoh, proses renew MyDigital ID tidak mengambil masa yang lama untuk diproses. Ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk siap.
Namun, bagi pengguna yang Sijil MyDigital ID sudah pun lebih 90 hari tamat tempoh, anda perlu masa agak lama sedikit kerana adanya penambahan langkah untuk renew. Di mana pengguna perlu update aplikasi terbaru, revoke ID lama dan buat pendaftaran semula.
Hal ini penting untuk mengekalkan keselamatan identiti digital anda.
Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Renew MyDigital ID Berjaya?
Lepas proses renew MyDigital ID berjaya, anda boleh cuba untuk log masuk semula ke akaun MyGov atau mana-mana platform kerajaan yang menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti.
Ini penting bagi memastikan akaun anda telah dikemas kini sepenuhnya dan boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
Tips Sebelum Renew MyDigital ID
Sebelum renew MyDigital ID, pastikan anda menggunakan sambungan internet yang stabil bagi mengelakkan proses pembaharuan terganggu di tengah jalan. Ini penting kerana pengesahan identiti dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi MyDigital ID.
Selain itu, pastikan kamera telefon berfungsi dengan baik dan anda berada di tempat yang mempunyai pencahayaan mencukupi sekiranya perlu melakukan imbasan wajah. Wajah yang tidak jelas boleh menyebabkan proses pengesahan gagal.
Anda juga disarankan untuk menyemak sama ada nombor telefon dan alamat e-mel yang didaftarkan masih aktif dan terkini. Maklumat ini diperlukan untuk menerima kod pengesahan serta mengurus akaun pada masa hadapan.
Akhir sekali, jangan berkongsi kod OTP, TAC atau maklumat MyDigital ID dengan sesiapa. Semua urusan pembaharuan hanya perlu dilakukan melalui aplikasi dan saluran rasmi MyDigital ID bagi memastikan keselamatan identiti digital anda terjamin.
Soalan Lazim Mengenai Cara Renew MyDigital ID
Anda boleh memperbaharui MyDigital ID melalui aplikasi MyDigital ID di telefon pintar. Proses ini biasanya melibatkan pengesahan identiti dan pembaharuan Sijil MyDigital ID yang digunakan untuk log masuk ke pelbagai perkhidmatan digital kerajaan.
Jika Sijil MyDigital ID belum melebihi 90 hari selepas tamat tempoh, proses pembaharuan biasanya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Namun, jika sijil telah tamat tempoh lebih daripada 90 hari, pengguna perlu melalui beberapa langkah tambahan seperti mengemas kini aplikasi, revoke ID lama dan membuat pendaftaran semula.
Pengguna perlu memastikan aplikasi MyDigital ID telah dikemas kini kepada versi terkini. Selepas itu, anda perlu melakukan proses revoke terhadap ID lama sebelum membuat pendaftaran semula untuk mendapatkan Sijil MyDigital ID yang baharu.
Langkah tambahan tersebut diperkenalkan bagi meningkatkan keselamatan identiti digital pengguna. Ia membantu memastikan akaun yang tidak digunakan dalam tempoh yang lama tidak boleh diakses oleh pihak yang tidak dibenarkan.
Setakat ini, pembaharuan dan penggunaan MyDigital ID adalah percuma. Walau bagaimanapun, pengguna disarankan untuk merujuk maklumat terkini daripada saluran rasmi MyDigital ID sekiranya terdapat perubahan pada masa hadapan.
Ya. Selepas proses pembaharuan selesai dan akaun disahkan, anda boleh menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke MyGov serta perkhidmatan digital kerajaan lain yang menyokong sistem pengesahan tersebut.
Pastikan nombor telefon yang didaftarkan masih aktif dan mempunyai liputan rangkaian yang baik. Jika masalah berterusan, cuba semula selepas beberapa minit atau hubungi pusat bantuan rasmi MyDigital ID.
Memperbaharui MyDigital ID lebih awal dapat menjimatkan masa kerana prosesnya lebih ringkas. Jika sijil tamat tempoh melebihi 90 hari, anda perlu melalui proses tambahan yang mengambil masa lebih lama sebelum akaun boleh digunakan semula.




