Cara Kenal Wang Kertas Palsu, Kena Check 3 Benda Ni! – BNM

Kita sebagai pengguna matawang Ringgit haruslah tahu cara kenalpasti wang kertas palsu agar kita tidak tipu.

Ada peniaga yang terpaksa menanggung kerugian kerana ada pelanggan mereka dengan sengaja menggunakan wang kertas palsu untuk membeli secara tunai dengan mereka.

Walaupun kes-kes penipuan menggunakan wang kertas palsu amat terpencil, apabila kita tahu cara kenalpasti dan membezakan wang kertas palsu dengan wang sebenar kita boleh terus melaporkannya kepada pihak polis.

Kebiasaannya peniaga yang berniaga di pasar malam dan tempat tumpuan ramai menjadi sasaran sindiket wang kertas palsu ini kerana mereka tahu peniaga ini biasanya tidak akan meneliti satu persatu wang kertas yang diterima mereka.

Menyedari perkara, Bank Negara Malaysia juga turut turun padang bagi memberikan kesedaran kepada para peniaga agar tidak menjadi mangs penipuan wang palsu dengan mengajar mereka cara kenalpasti wang palsu dengan mudahh.

Artikel berkaitan: Duit Kertas Rosak : Garis Panduan Pertukaran Nilai Di BNM

Ciri Keselamatan Pada Wang Kertas / Duit Syiling Asli

Anda boleh mengenalpasti beberapa ciri keselamatan pada duit syiling dengan meneliti rekabentuk sisi, garisan mikro dan imej pendam yang ditunjukkan melalui infografik di bawah:

Menurut Ketua Pejabat BNM Pulau Pinang, terdapat 10 ciri keselamatan yang dimasukan ke dalam semua wang kertas negara antaranya dapat dikenal pasti dengan merasa, melihat, sendeng dan periksa.

Antara ciri keselamatan yang boleh dikesan oleh orang awam, antaranya cetakan timbul, potret tanda bayang, tanda pandang telus pada angka 100 (bagi RM100), benang keselamatan kanta makro, petak kilat berwarna dan benang serat keselamatan.

Berikut merupakan contoh ciri-ciri keselamatan pada wang kertas RM20:

Wang palsu duit syiling bnm
Cara Kenalpasti Wang Kertas Palsu

Cara kenalpasti wang kertas palsu

Untuk mengenal pasti sama ada wang kertas adalah tulen atau palsu, sila perhatikan dan periksa ciri-ciri penting berikut yang terdapat pada wang kertas (untuk semua wang kertas):

Wang palsu duit syiling bnm

(i) Bezakan kualiti dan periksa ciri cetakan timbul wang kertas

Wang kertas tulen menggunakan substrat (bahan) bermutu tinggi dan oleh itu ia adalah unik berbanding dengan kertas biasa. Anda disarankan supaya memeriksa ciri cetakan timbul yang terdapat pada potret di wang kertas dan pada angka denominasi dan teks.

(ii) Pegang dan halakan wang kertas ke arah cahaya lampu putih dan perhatikan ciri-ciri berikut:

  • Potret tiga dimensi DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama yang kelihatan lebih terang dan nyata berbanding dengan warna kertas di sekitarnya. Potret ini akan kelihatan tanpa garis-garis yang jelas.
  • Tanda Pandang Telus – reka bentuk grafik pada bahagian depan dan belakang wang kertas akan kelihatan selari dan membentuk imej corak/numeral yang lengkap.
  • Benang keselamatan dengan ciri teks mikro yang dijalin secara bersulam pada wang kertas.

 (iii) Sengetkan wang kertas untuk melihat ciri warna/corak yang berubah-ubah pada jalur holografik dan benang keselamatan.

Jalur holografik (bagi wang kertas RM50 sahaja),  petak berkilat berwarna, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah dan benang keselamatan kanta mikro (bagi wang kertas RM100 sahaja) akan dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan di bawah cahaya terang.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Untuk maklumat lanjut, layari bnm.gov.my/TLFC

Aplikasi MyRinggit

Bagi yang tidak tahu, Bank Negara Malaysia juga telah membangunkan aplikasi MyRinggit untuk membantu para peniaga khususnya, mengenalpasti wang kertas palsu.

Aplikasi MyRinggit ini adalah percuma dan boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar Android.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!