Cara Kenalpasti Ejen Hartanah Berdaftar atau Palsu

cara kenalpasti ejen hartanah
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Dalam industri hartanah yang semakin berkembang, mengetahui cara kenalpasti ejen hartanah berdaftar merupakan langkah paling kritikal untuk memastikan urusan jual beli atau sewaan hartanah anda berjalan lancar dan selamat daripada sebarang penipuan.

Ramai individu menjadi mangsa kerana terpedaya dengan pujuk rayu individu yang menyamar sebagai ejen profesional, sedangkan mereka langsung tidak mempunyai lesen sah. 

Peranan Ejen Hartanah Berdaftar

ejen hartanah berdaftar

Sebelum membincangkan cara kenalpasti ejen hartanah bedaftar, penting untuk memahami siapa yang layak menjalankan tugas ini secara sah.

Di Malaysia, ejen hartanah perlu berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH).

Mereka biasanya bernaung di bawah firma hartanah berlesen dan mempunyai nombor pendaftaran rasmi.

Ejen berdaftar bertanggungjawab mengendalikan urusan pemasaran, rundingan harga, dokumentasi serta memastikan transaksi mematuhi peraturan sedia ada.

Sebaliknya, individu yang tidak berdaftar tidak mempunyai kelayakan profesional mahupun perlindungan undang-undang untuk menguruskan transaksi hartanah.

Jika berlaku pertikaian, pelanggan mungkin sukar mendapatkan pembelaan kerana urusan dilakukan di luar rangka kerja perundangan yang sah.

Dua Kategori Utama Ejen Hartanah

jual rumah guna ejen

Sebelum menyemak sebarang lesen, anda perlu terlebih dahulu memahami dua status profesional dalam bidang ini, iaitu Perunding Hartanah (REN) dan Ejen Hartanah (REA).

Seorang REN adalah individu yang telah menghadiri Kursus Pensijilan Perunding Hartanah dan bertugas di bawah sesebuah agensi atau firma hartanah berdaftar.

Manakala seorang REA pula adalah ejen yang lebih berpengalaman, memiliki kelayakan diploma dalam bidang berkaitan, dan berhak membuka agensi hartanah sendiri.

Kedua-duanya mestilah berdaftar dengan LPPEH, tetapi skop tanggungjawab mereka berbeza.

REN tidak dibenarkan bertindak secara solo atau membuka firma sendiri, sebaliknya perlu sentiasa berada di bawah seliaan REA atau firma berdaftar.

Memahami perbezaan ini penting kerana ia membantu anda mengenal pasti had kuasa dan

Tag Pengenalan LPPEH

semakan ejen hartanah berdaftar

Kaedah paling mudah dan cepat untuk mengesahkan status seseorang ejen adalah dengan memeriksa tag pengenalan LPPEH yang wajib dipakai semasa berurusan.

Ejen berdaftar tidak akan memakai tag syarikat biasa, sebaliknya tag rasmi yang hanya dikeluarkan oleh LPPEH.

Tag ini mempunyai kod warna yang spesifik:

  1. Tag merah menandakan pemakainya adalah seorang REN
  2. Tag biru pula menunjukkan pemakainya adalah seorang REA

Selain warna, tag rasmi ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan iaitu hologram logo LPPEH.

Hologram ini sukar dipalsukan dan menjadi bukti sah bahawa tag tersebut adalah asli.

Sekiranya ejen yang anda temui memakai tag tanpa hologram, atau enggan menunjukkan tag dengan alasan ia masih dalam proses pembuatan atau tertinggal, ini adalah “redflag” yang serius dan anda berhak menolak untuk meneruskan urusan sehingga mereka dapat mengemukakan bukti pengenalan yang sah.

Semakan Nombor Pendaftaran Ejen Berdaftar

ejen jual beli rumah

Apabila anda berurusan dengan ejen yang berdaftar, anda sebenarnya mendapatkan perlindungan undang-undang. 

Ini bermakna jika berlaku sebarang isu atau pertikaian, anda mempunyai saluran untuk membuat aduan kepada LPPEH yang akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. 

Ejen tidak berdaftar pula beroperasi di luar kerangka undang-undang ini dan jika anda anda berdepan  masalah, tiada pihak berkuasa yang dapat membantu anda. 

Oleh itu, langkah pertama dalam cara kenalpasti ejen hartanah berdaftar adalah dengan menghargai kepentingan status pendaftaran ini.

Anda boleh melayari laman web rasmi LPPEH di https://search.lppeh.gov.my/.

Portal ini menyediakan dua fungsi carian utama: pertama, carian menggunakan nombor pendaftaran REN/REA yang boleh anda minta terus daripada ejen; kedua, carian menggunakan nama syarikat atau firma hartanah yang didakwa menaungi ejen tersebut.

Jika nama syarikat yang diberikan tidak wujud dalam pangkalan data LPPEH, atau jika nombor pendaftaran ejen tidak sah, maka sudah pasti individu tersebut adalah palsu.

Anda juga boleh menghubungi terus firma berkenaan untuk mengesahkan bahawa REN atau REA itu benar-benar berkhidmat di bawah pengurusan mereka.

Senarai Semak Maklumat di Iklan Hartanah

ejen hartanah malaysia

Ejen haram sering menggunakan iklan di media sosial, portal hartanah, atau papan tanda untuk memancing mangsa.

Menurut peraturan LPPEH dan garis panduan Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), setiap iklan hartanah yang sah mestilah memaparkan empat maklumat penting:

  1. Nombor e-pendaftaran firma hartanah dengan LPPEH.
  2. Nama REA atau REN yang bertanggungjawab ke atas iklan tersebut.
  3. Nombor pendaftaran REA atau REN berkenaan.
  4. Maklumat untuk dihubungi yang sah.

Jika anda melihat sebarang iklan yang tidak memaparkan maklumat ini, atau memaparkan nombor yang mencurigakan, jangan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Tangkap gambar iklan tersebut beserta lokasi, tarikh, dan masa, kemudian hantarkan laporan lengkap (sertakan nama dan nombor telefon anda) kepada LPPEH. 

Menguasai cara kenalpasti ejen hartanah berdaftar adalah satu kemestian bagi sesiapa yang ingin melabur atau memiliki hartanah.

Jangan sesekali bertolak ansur dengan keselamatan urusan anda hanya kerana desakan masa atau godaan tawaran murah.

Artikel berkaitan: Status Hartanah Hakmilik Sementera, Kekal, Freehold, Leasehold

Follow eCentral di WhatsApp
Ikut
Penulis di eCentral yang berkongsi artikel berkaitan kewangan, bantuan kerajaan, pendidikan, kerjaya dan isu semasa dengan penyampaian yang ringkas, jelas dan mudah difahami.