Prooses kemaskini maklumat peribadi STR 2027 kini dibuka secara rasmi bermula 15 Oktober 2026. Semua pemohon yang mempunyai perubahan maklumat wajib membuat kemaskini.
Bagi pemohon yang tidak pernah membuat sebarang kemas kini maklumat dalam tempoh tiga tahun berturut-turut (2024-2026), anda juga dikehendaki membuat kemaskini di portal MySTR walaupun tiada sebarang butiran peribadi yang berubah.
Rujuk panduan lengkap cara kemaskini ST 2027 di bawah.
Apa Itu STR 2027?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 adalah program bantuan kewangan bersasar oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) mendepani kos sara hidup.
Melalui Belanjawan 2027, kerajaan telah meningkatkan peruntukan keseluruhan STR dan program bantuan makanan asas, Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kepada RM16 bilion (berbanding RM15 bilion pada tahun sebelum ini) bagi memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penerima.
Bantuan ini diagihkan dalam bentuk tunai terus ke akaun bank penerima yang layak secara berfasa sepanjang tahun 2027.
Di bawah pengumuman Belanjawan 2027, beberapa penambahbaikan utama telah diperkenalkan:
- Semua penerima STR kini layak menerima elaun barangan dapur dan makanan asas (SARA Madani) sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun yang dikreditkan ke dalam MyKad mereka.
- Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR (termasuk kumpulan M40) akan menerima kredit tunai SARA MADANI sebanyak RM100 sebanyak dua kali (sebelum Hari Raya Aidilfitri dan menjelang sambutan Hari Kebangsaan).
Tarikh Kemaskini STR 2027 Dibuka
Permohonan baharu dan kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 secara rasminya telah mula dibuka mengikut kaedah permohonan berikut:
- Secara Manual (Kaunter Pejabat HASiL): Telah dibuka sejak 1 Oktober 2026.
- Secara Dalam Talian (Online): Dibuka bermula 15 Oktober 2026.
Anda boleh melayari Portal Rasmi MySTR untuk menghantar borang kemas kini secara online atau pergi ke kaunter Hasil berdekatan untuk permohonan/kemaskini secara manual.
Siapa Perlu Kemaskini STR?
Jika anda tersenarai dalam kategori di bawah, anda perlu mengemaskini STR anda dengan segera.
- Penerima Sedia Ada (Tiada Kemas Kini 3 Tahun): Individu yang langsung tidak pernah mengemas kini permohonan mereka dalam tempoh tiga tahun berturut-turut (2024, 2025, dan 2026). Golongan ini wajib berbuat demikian walaupun tiada sebarang perubahan maklumat peribadi bagi mengelakkan akaun mereka disekat atau gagal diproses untuk fasa seterusnya.
- Individu yang Berubah Status Perkahwinan:
- Pemohon kategori bujang yang telah berkahwin.
- Penerima kategori isi rumah yang telah bercerai atau kematian pasangan.
- Ibu Bapa yang Mempunyai Anak/Tanggungan Baharu: Pemohon yang mahu menambah bilangan anak (berumur 18 tahun ke bawah, atau 19 tahun ke atas yang masih belajar di IPT sepenuh masa) untuk menaikkan kadar jumlah bantuan isi rumah.
- Penerima yang Bertukar Maklumat Bank: Individu yang telah menutup akaun bank lama, menukar ke akaun bank baharu, atau akaun bank sedia ada sudah tidak aktif. Ini penting bagi mengelakkan masalah “Gagal Kredit” semasa pembayaran dijalankan.
- Penerima yang Berubah Alamat & Nombor Telefon: Bagi memastikan sebarang surat-menyurat, pemberitahuan SMS, atau urusan rasmi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) sampai kepada anda.
- Individu yang Berubah Pendapatan Bulanan: Sesiapa yang mengalami penurunan atau kenaikan gaji isi rumah yang menjejaskan julat kategori kelayakan mereka (Isi Rumah RM2,500 ke bawah ATAU RM2,501 hingga RM5,000).
Siapa yang TIDAK PERLU Kemaskini?
Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada (pernah mengemas kini maklumat pada tahun 2025 atau 2026) dan tiada sebarang perubahan maklumat peribadi, status perkahwinan, tanggungan, atau akaun bank, permohonan anda akan diproses secara automatik menggunakan data sedia ada. Anda tidak perlu mengambil apa-apa tindakan.
Cara Kemaskini STR 2027








- Layari Portal Rasmi STR (hasil.gov.my).
- Klik butang Log Masuk MySTR. Butang Log Masuk MySTR terletak jelas di bahagian atas menu utama portal. Anda boleh log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
- Sekiranya anda telah mendaftar MyDigital ID, anda boleh memilih kaedah ini untuk log masuk dengan lebih pantas tanpa perlu menaip kata laluan, dengan hanya melakukan imbasan biometrik atau kod QR pada peranti anda.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke halaman utama ahli (Dashboard). Di sini dipaparkan status permohonan lama anda.
- Cari menu atau ikon yang tertera Kemas Kini Permohonan atau Perubahan Maklumat. Klik menu tersebut untuk membuka borang digital interaktif STR 2027.
- Sistem akan memaparkan maklumat lama anda. Sila semak baris demi baris dan buat pertukaran pada data yang sudah berubah mengikut situasi semasa:
- Maklumat Perhubungan: Nombor telefon yang aktif adalah kritikal untuk menerima SMS pengesahan atau info pembayaran. Alamat surat-menyurat juga perlu dikemas kini mengikut tempat tinggal sekarang.
- Status Perkahwinan: Jika anda sebelum ini bujang dan kini telah berkahwin (atau sebaliknya), status ini mesti diubah kerana ia menentukan kategori jumlah bantuan yang bakal anda terima.
- Tanggungan (Anak): Masukkan maklumat anak yang baharu lahir atau anak yang masih belajar di IPT bagi memastikan anda mendapat kadar tambahan isi rumah.
- Sekiranya terdapat perubahan besar pada status perkahwinan atau penambahan anak, sistem akan mewajibkan anda memuat naik dokumen yang diperlukan.
- Sebelum menghantar, anda perlu memasukkan kod captcha (gabungan huruf atau nombor rawak) yang tertera di skrin.
- Tanda (tick) pada kotak perakuan untuk mengesahkan bahawa segala maklumat dan dokumen yang dihantar adalah benar dan sahih.
- Klik butang Hantar. Selepas skrin memaparkan status “Berjaya Dihantar”, pastikan anda menekan butang Cetak Slip atau Simpan PDF slip pengesahan tersebut sebagai bukti rujukan rasmi sekiranya berlaku sebarang masalah teknikal kelak.
Selesai.
Nota Keselamatan: Elakkan menekan pautan (link) rawak daripada aplikasi WhatsApp atau SMS pihak ketiga untuk mengelakkan perangkap phishing (kecurian data talian).
Panduan Bergambar Kemaskini Permohonan STR 2027








Muat Turun Panduan Pengguna Kemaskini Permohonan STR 2027 (PDF)
Maklumat Lanjut
Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut STR 2027 di saluran rasmi berikut:
- Portal MySTR
- Rujuk juga panduan / soalan lazim berikut:
Soalan Lazim Cara Kemaskini STR 2027
Kementerian Kewangan dan HASiL telah menetapkan bahawa permohonan baharu dan kemas kini STR 2027 dibuka sepanjang tahun bermula 15 Oktober 2026 secara dalam talian. Tiada tarikh tutup yang dinyatakan, namun anda digalakkan mengemas kini segera sebelum pembayaran Fasa 1 diproses untuk memastikan anda menerima bayaran tanpa gangguan.
Ya, sekiranya anda tidak pernah mengemas kini data dalam tempoh 3 tahun berturut-turut (2024, 2025, dan 2026).
Dokumen sokongan diperlukan sekiranya terdapat perubahan pada status perkahwinan atau tanggungan. Antara dokumen utama:
– Status Perkahwinan Baharu: Sijil Kahwin / Sijil Nikah rasmi.
– Status Perceraian / Kematian: Sijil Cerai atau Sijil Kematian pasangan.
– Penambahan Anak: Sijil Lahir / MyKid anak.
Jika anda terlupa kata laluan, ikuti langkah ini pada menu utama Portal Rasmi STR:
– Klik Log Masuk MySTR.
– Masukkan Nombor MyKad, kemudian klik Semak.
– Klik pada pautan Terlupa Kata Laluan.
– Jawab soalan keselamatan yang telah anda tetapkan sebelum ini untuk menetapkan semula (reset) kata laluan baharu.
– Sekiranya akaun anda disekat atau soalan keselamatan juga gagal dijawab, anda perlu menghubungi talian bantuan HASiL atau hadir terus ke Pejabat HASiL berdekatan untuk set semula akaun anda.




