Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Tanpa Caj (JomPay TH Online)

CARA SIMPAN & KELUARKAN DUIT DARI TABUNG HAJI SECARA ONLINE (TH)

Mungkin ramai dah tahu, kalau nak keluarkan duit Tabung Haji boleh dibuat secara online saja sekarang ni.

Tapi kalau transfer duit ke TH guna internet banking, caj yang dikenakan adalah RM1.

Walaupun hanya RM1, tapi kalau setiap bulan transfer ke enam akaun dah RM6 juga kan, dan kalau setahun RM72 kan?

Sebenarnya, dah ada kaedah untuk transfer secara percuma iaitu melalui JomPay! Jom kami kongsikan caranya.

Apakah JomPay Tabung Haji?

Dengan JomPAY, pendeposit boleh memindahkan dana dari akaun Simpanan atau Semasa pendeposit ke akaun TH melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih melalui 23 Bank di Malaysia.

Bagaimana nak gunakan JomPay untuk keluarkan duit Tabung Haji dan pindahkan ke akaun bank lain?

Ikuti langkah mudah di bawah.

keluarkan duit tabung haji jompay

Cara Simpan & Keluarkan Duit Tabung Haji Online Melalui Jompay TH, Tanpa Sebarang Caj!

  1. Pendeposit perlu log masuk ke perbankan internet pilihan (tak kisahlah M2U, CIMBClicks, BSN atau mana-mana online banking anda)
  2. Pilih JomPAY
  3. Pendeposit perlu mengisi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
    • Biller Code – 60228 (mana-mana bank pun sama kod ni ya)
    • Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
    • Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
    • Ref-2 – jika ada
    • Amaun (RM)
  4. Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan sebaliknya dana akan dikembalikan. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919.

CONTOH TRANSFER DUIT TABUNG HAJI DARI MAYBANK

Ikut langkah yang sama, kemudian masa dah pilih JomPay, masukkan Biller Code 60228 seperti yang dinyatakan.

Angka 5 digit Biller Code ni sama juga jika anda gunakan bank lain ya.

keluarkan duit tabung haji simpan th

Baca juga: Panduan Pindahmilik Tanah Tanpa Peguam (Download Borang 14A)

CONTOH TRANSFER DUIT TABUNG HAJI KE AKAUN CIMB

Ikut langkah yang sama, kemudian masukkan kod JomPay 60228 seperti paparan di bawah.

simpan duit th

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info lanjut berhubung cara pengeluaran wang anda dari Tabung Haji ke akaun bank lain, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/soalan-lazim/soalan-lazim-jompay

Apakah JomPay Tabung Haji

JomPAY adalah inisiatif nasional, yang disokong oleh Bank, untuk membolehkan pindahan wang melalui perkhidmatan JomPAY yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Berapa lama masa yang diperlukan untuk transaksi deposit dimasukkan ke dalam akaun TH saya?

Transaksi akan masuk pada keesokan hari bekerja (T+1). Sekiranya transaksi dilakukan selepas jam 5:00 petang, maka T akan menjadi hari kerja berikutnya.

Adakah terdapat had untuk transaksi JomPAY?

Oleh kerana transaksi JomPAY dilakukan melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih, had transaksi ditentukan oleh bank masing-masing.

Baca juga: Cara Keluarkan Duit ASB Online (Transfer Ke Mana-mana Bank Lain)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!