Untuk bakal jemaah Haji dan Umrah yang bakal mengerjakan ibadah ini di Tanah Suci, anda perlu mengetahui cara-cara untuk menggunakan Aplikasi Nusuk yang dilancarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Muat turun di GooglePlay atau Apple App Store.
Para Jemaah Haji diwajibkan memuat turun dan mengaktifkan aplikasi Nusuk bagi memudahkan urusan ibadah di Tanah Suci. Melalui aplikasi ini, Jemaah Haji juga boleh mengakses Kad Nusuk secara digital.
Aplikasi Nusuk merupakan platform digital rasmi yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Arab Saudi bagi mengawal pergerakan serta memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah sepanjang Musim Haji 1447H/2026M.
Apakah maksud dan kegunaan aplikasi ini?

Mengenai Aplikasi Nusuk
Aplikasi Nusuk merupakan platform digital rasmi yang diperkenalkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk memudahkan perancangan dan pengurusan perjalanan ibadah Haji dan Umrah.
Aplikasi ini menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk permohonan eVisa, tempahan hotel dan penerbangan, penyelarasan pengangkutan, serta panduan pelaksanaan ritual di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Sebelum ini, terdapat ramai jemaah Haji atau Umrah yang perlu melayari pelbagai laman web, agensi pelancongan, dan pejabat di darat untuk menyelaraskan tempahan, lesen, rancangan perjalanan, dan lain-lain.
Dengan adanya aplikasi ini, ia boleh membantu dalam memastikan jemaah haji dapat membuat persiapan dan menumpukan perhatian kepada ibadah mereka.

Fungsi Aplikasi Nusuk
Terdapat beberapa fungsi aplikasi ini seperti:
- Permit Masuk Raudhah: Permohonan permit masuk ke Raudhah (di Masjid Nabawi, Madinah) bagi jemaah lelaki dan wanita.
- Permit Umrah: Memohon permit untuk menunaikan ibadah umrah.
- Pengurusan Visa: Memudahkan urusan permohonan visa umrah dan visa pelancong.
- Tempahan Slot Ibadah: Membuat tempahan slot masa untuk solat di Raudhah dan ziarah.
- Peta & Panduan: Menyediakan peta interaktif dan maklumat tapak-tapak suci di Makkah dan Madinah.
- Perkhidmatan Lain: Menyediakan akses kepada lebih 100 fungsi untuk memperkaya pengalaman jemaah, termasuk kemudahan pengangkutan dan maklumat perkhidmatan di sekitar dua masjid suci. iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Terdapat beberapa ciri aplikasi ini iaitu:
- Perancangan Perjalanan: Membantu pengguna merancang perjalanan mereka dengan menyediakan maklumat mengenai penginapan, pengangkutan, dan jadual ibadah.
- Permohonan eVisa: Memudahkan proses permohonan visa elektronik untuk memasuki Arab Saudi bagi tujuan Haji dan Umrah.
- Tempahan Perkhidmatan: Membolehkan pengguna menempah hotel, penerbangan, dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan perjalanan ibadah mereka.
- Panduan Ibadah: Menyediakan panduan langkah demi langkah untuk melaksanakan Haji dan Umrah dengan betul.
- Maklumat Terkini: Memberikan kemas kini terkini mengenai peraturan dan garis panduan yang berkaitan dengan ibadah Haji dan Umrah.
Cara Muat Turun & Daftar Nusuk
Untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Muat Turun Aplikasi:
- Untuk pengguna Android, aplikasi Nusuk boleh dimuat turun melalui Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.moh.nusukapp&hl=en
- Untuk pengguna iOS, aplikasi ini tersedia di App Store : https://apps.apple.com/us/app/nusuk-%D9%86%D8%B3%D9%83/id6469515422

2. Pendaftaran Pengguna Baharu:
- Buka aplikasi dan pilih pilihan untuk mendaftar sebagai pengguna baharu.
- Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan, termasuk nombor pasport, kewarganegaraan, dan tarikh lahir.
- Ikuti arahan selanjutnya untuk melengkapkan proses pendaftaran.
Kegunaan Kad Nusuk & Kad Nusuk Digital
Penggunaan kad Nusuk sebagai “pasport ibadah” menjadi antara tumpuan utama musim haji tahun ini apabila kerajaan Arab Saudi memperketatkan penguatkuasaan peraturan sedia ada bagi memastikan kelancaran ibadah jutaan jemaah.

Kad Nusuk yang berfungsi sebagai pengenalan diri serta permit rasmi, kini menjadi syarat wajib untuk memasuki kawasan suci termasuk Masjidil Haram, selain digunakan di pelbagai kawasan pemeriksaan yang dikawal rapi oleh pihak berkuasa.
Pastikan membawanya untuk memastikan :
- Memudahkan pergerakan
- Memudahkan akses perkhidmatan
- Panduan apabila perlu

Sekiranya jemaah haji kehilangan Kad Nusuk, jangan bimbang. Gunakan kad nusuk versi digital yang terpapar dalam aplikasi Nusuk.
Peringatan: Aktifkan versi digital terlebih dahulu bagi memastikan kesediaan anda apabila diperlukan.
Untuk bantuan, hubungi 1966 atau kunjungi pusat Nusuk Care terdekat atau hubungi segera Petugas Haji TH untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Melalui aplikasi #Nusuk, jemaah boleh mendapatkan kad SIM dengan mudah sebaik sahaja ketibaan mereka di Arab Saudi.
Muat turun aplikasi daripada platform-platform sah: https://onelink.to/nusuk
Soalan Lazim Tentang Cara Daftar Kad Nusuk
Aplikasi Nusuk merupakan platform digital rasmi yang untuk memudahkan perancangan dan pengurusan perjalanan ibadah Haji dan Umrah.
Terdapat pelbagai perkhidmatan menerusi aplikasi ini seperti permohonan eVisa, tempahan hotel dan penerbangan, penyelarasan pengangkutan, serta panduan pelaksanaan ritual di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Ya. Kad Nusuk digital boleh diperolehi menerusi aplikasi ini.
Ya. Aplikasi ini untuk melakukan ibadah di dalam Raudhah.
Ya. Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk mengetahui peraturan dan garis panduan yang berkaitan dengan ibadah Haji dan Umrah.
Para Jemaah Haji diwajibkan memuat turun dan mengaktifkan aplikasi Nusuk bagi memudahkan urusan ibadah di Tanah Suci. Melalui aplikasi ini, Jemaah Haji juga boleh mengakses Kad Nusuk secara digital.
Aplikasi Nusuk merupakan platform digital rasmi yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Arab Saudi bagi mengawal pergerakan serta memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah sepanjang Musim Haji 1447H/2026M.
Sila layari https://onelink.to/nusuk dan muat turun aplikasi untuk mendaftar.
Sekiranya jemaah haji kehilangan Kad Nusuk, jangan bimbang. Gunakan kad nusuk versi digital yang terpapar dalam aplikasi Nusuk.
Info lanjut, sila layari laman web Tabung Haji iaitu https://www.tabunghaji.gov.my/.
Baca juga: Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP




