Cara Update / Tukar No Telefon Tabung Haji (THiJARI)

CARA TUKAR NO TELEFON TABUNG HAJI / THIJARI

Pihak Tabung Haji telah maju selangkah lagi dalam usaha memudahkan pelanggan mereka menguruskan akaun Tabung Haji mereka secara online melalui aplikasi di telefon mudah alih yang dikenali sebagai THiJARI.

Aplikasi ini ini boleh dimuat turun secara percuma dan pengguna boleh melakukan pelbagai perkara antaranya menyemak jumlah simpanan dan menyemak tahun giliran menunaikan Haji.

Akaun Tabung Haji Online / THiJARI

THiJARI

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di mana-mana kaunter Tabung Haji.

Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan.

Penyimpan TH dikehendaki mengesahkan nombor telefon bimbit bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses log masuk pada sistem THiJARI.

Seterusnya, hanya ikuti langkah-langkah dibawah untuk menggungkana perkhidmatan yang disediakan melalui THiJARI:

  1. Layari www.thijari.com.my (melalui telefon pintar / komputer / komputer riba dll.)
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor IC dan nombor akaun TH.
  3. Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang didaftarkan. Pendeposit dikehendaki memasukkan maklumat peribadi.

Setelah selesai, penyimpan boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.

Muat turun aplikasi

Bagi memudahkan anda mengakses segala kemudahan yang disediakan melalui di telefon mudah alih anda, sila muat turun aplikasi ini melalui pautan di bawah:

  1. Google Play (Untuk pengguna Android)
  2. App Store (Untuk pengguna iOS)

Selepas memuat turun, buka dan log masuk ke dalam akaun anda untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan melalui aplikasi ini.

Baca juga: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Kemudahan yang disediakan melalui THiJARI

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam aplikasi mudah alih THiJARI adalah sama seperti yang terdapat di web THiJARI seperti yang berikut:

  1. Menguruskan Simpanan dan Pengeluaran
  2. Pembukaan Akaun Maya (Virtual Account Opening – VAO)
  3. Urusan Haji
  4. Rayuan Haji
  5. Pencalonan/ Hibah Amanah
  6. Kelab Taha

Cara Tukar No Telefon Tabung Haji

Bermula 1 September 2020, anda boleh mengemaskini nombor telefon bimbit anda untuk perkhidmatan THiJARI dengan menghubungi THCC di talian 03-6207 1919 atau emel ke [email protected].

Syarat permohonan untuk tukar no telefon Tabung Haji adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai salinan kad pengenalan
  2. Salinan 3 bulan bil telefon terkini didaftarkan atas nama pemohon
  3. Memiliki alamat e-mel sendiri

Sila rujuk infografik di bawah:

tukar no telefon tabung haji

Selain itu, anda boleh membuat kemaskini no telefon dengan hadir ke kaunter berdekatan untuk membuat pertukaran nombor telefon pada akaun Tabung Haji.

Soalan dan pertanyaan

Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut mengenai THiJARI, sila kunjungi Cawangan TH berhampiran anda atau hubungi:

Tabung Haji Contact Center (THCC)

Phone : +603 – 6207 1919
Fax : +603 – 7728 4959
Email : [email protected]

Selain itu, anda boleh menggunakan khidmat SMS dengan menghantar mesej berikut ke 33990:

TH<jarak>Soalan Anda

Caj RM0.50 akan dikenakan untuk setiap SMS yang diterima.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!