Membeli rumah pertama adalah salah satu keputusan terbesar dalam hidup dan ramai individu yang tidak tahu bagaimana cara beli rumah pertama.
Ia memerlukan perancangan teliti, pengetahuan, dan komitmen kewangan jangka panjang.
Berikut adalah langkah-langkah utama untuk membantu anda membeli rumah pertama dengan yakin.
1. Tentukan Bajet Anda
Tips pertama dalam cara beli rumah pertama sudah tentulah mengenai bajet anda.
Sebelum memulakan pencarian rumah, tentukan bajet yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda.
Gunakan kaedah Debt-to-Income Ratio sebagai panduan, di mana ansuran bulanan rumah tidak melebihi 30% daripada pendapatan bulanan anda.
Jangan lupa untuk mengambil kira kos tambahan seperti cukai, insurans, yuran guaman, dan penyelenggaraan rumah.
2. Simpan Duit Pendahuluan
Untuk membeli rumah, anda perlu menyediakan bayaran pendahuluan (down payment), biasanya sekitar 10%-20% daripada harga rumah.
Selain itu, pastikan anda mempunyai simpanan kecemasan untuk menghadapi perbelanjaan yang tidak dijangka selepas membeli rumah.
Ada bank yang boleh memberikan pinjaman 100%.
3. Semak Skor Kredit Anda
Skor kredit memainkan peranan penting dalam mendapatkan pinjaman perumahan.
Pastikan skor kredit anda dalam keadaan baik sebelum memohon pinjaman.
Bayar semua hutang tepat pada masanya bagi mengelakkan ada mempunyai rekod buruk dalm skor kredit anda.
4. Dapatkan Kelulusan Prabayar Pinjaman
Hubungi bank atau institusi kewangan untuk mendapatkan kelulusan prabayar pinjaman perumahan.
Proses ini membantu anda mengetahui jumlah pinjaman yang layak anda terima dan memudahkan proses pembelian rumah.
Anda boleh bertanyakan beberapa bank mengenai pinjaman perumahan dan bandingkan kesemuanya.
Artikel berkaitan: Takrifan Semula Pengkelasan Isi Rumah – Pendapat Pakar
5. Pilih Lokasi yang Sesuai
Lokasi rumah adalah faktor utama yang mempengaruhi nilai hartanah.
Pilih lokasi yang strategik, berdekatan dengan kemudahan seperti sekolah, hospital, pasar raya, dan akses pengangkutan awam.
Lokasi yang baik juga meningkatkan nilai pelaburan anda pada masa hadapan.
Disarankan untuk bertanya mereka yang lebih pakar dan berpengalaman seperti mereka yang terrlibat dalam pelaburan hartanah.
6. Gunakan Ejen Hartanah
Penggunaan ejen hartanah adalah tidak wajib namun ejen hartanah yang berpengalaman dapat membantu anda mencari rumah yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
Ramai individu yanng tidak tahu cara beli rumah pertama menggunakan ejen sebagai pemudah cara da urusan pembelian rumah.
Mereka juga dapat menguruskan rundingan harga dan dokumen perjanjian jual beli.
7. Lakukan Pemeriksaan Rumah
Sebelum membuat keputusan akhir, lakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap rumah yang ingin dibeli (bagi rumah yang sudah siap).
Pastikan rumah tersebut berada dalam keadaan baik dan bebas daripada masalah struktur atau kerosakan besar.
Bagi anda yang membeli rumah sub-sale, pastikan anda menyemak dahulu sama ada penjual projek perumahan tersebut mempunyai rekod buruk projek terbengkalai atau tidak.
8. Tandatangani Perjanjian Jual Beli
Setelah memilih rumah, tandatangani Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) dengan pihak bank.
Pastikan anda memahami semua terma dalam perjanjian ini sebelum menandatangani.
9. Uruskan Pinjaman dan Proses Guaman
Setelah perjanjian ditandatangani, uruskan pinjaman perumahan anda dengan bank dan lantik peguam untuk menguruskan dokumen hak milik dan transaksi hartanah.
10. Bayar Deposit dan Mula Membayar Ansuran
Bayar deposit rumah kepada penjual dan mula membayar ansuran bulanan kepada bank mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Membeli rumah pertama adalah satu langkah besar yang memerlukan perancangan dan persediaan rapi.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda boleh memastikan proses pembelian berjalan lancar dan rumah yang dibeli memenuhi keperluan serta impian anda.
Sentiasa dapatkan nasihat daripada pakar kewangan dan ejen hartanah untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak.