No Pin UPUOnline 2026 boleh dibeli bermula 28 Januari 2026 (Rabu). Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan perbankan MyBSN, walk-in di mana-mana cawangan BSN atau menggunakan mesin ATM BSN. Untuk mengetahui cara mohon UPUOnline dan syarat kelayakan, layari portal rasmi UPUOnline di https://upu.mohe.gov.my/
Jika anda merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Asasi, Sijil, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2026/2027, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membeli Nombor Pin UPUOnline.
Nombor pin ini penting untuk mengakses sistem permohonan UPUOnline, yang digunakan untuk memohon ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, dan institusi di bawah MARA.
Bagi memudahkan calon, pembelian Nombor Pin boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu:
i) walk-in di kaunter BSN
ii) melalui mesin ATM BSN, atau
iii) secara online menggunakan perbankan internet myBSN.
Artikel ini akan menerangkan dengan terperinci cara beli Nombor Pin UPUOnline 2026, sama ada secara fizikal di cawangan BSN atau secara dalam talian, supaya anda boleh membuat permohonan tanpa sebarang masalah
Permohonan UPUOnline Sesi 2025/2027 Lepasan SPM & STPM
Permohonan UPU 2026 Bagi Kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) Sesi Akademik 2026/2027 akan dibuka pada 29 Januari 2026 sehingga 23 Mac 2026 bagi Fasa Permohonan Lepasan SPM dan Fasa Pertama Lepasan STPM/Setaraf.
Fasa kedua pua akan dibuka untuk Lepasan STPM/Setaraf bermula pada 13 April sehingga 15 Mei 2026 untuk program yang tidak bertemuduga dan/atau ujian sahaja.
TARIKH PERMOHONAN UPU DIBUKA:-
FASA 1 : Lepasan SPM & STPM/Setaraf
- 29 Januari 2026 sehingga 23 Mac 2026
FASA 2 : Program Pengajian yang Tidak Bertemu Duga & atau Ujian
- 13 April sehingga 15 Mei 2026


Cara Beli No Pin UPUOnline 2026
Pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di:
- 387kaunter cawangan BSN
- 843 mesin ATM BSN
- Perbankan Internet myBSN
Pembelian boleh dilakukan mulai 28 JANUARI 2026 sebelum membuat permohonan. BSN akan mengeluarkan Nombor Pin bersama resit pembayaran. Pemohon perlu menyimpan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian untuk rujukan.
Harga Pin UPUOnline ialah RM10.60 (termasuk caj perkhidmatan).

KAEDAH 1 : MELALUI KAUNTER BSN
- Pemohon boleh pergi sendiri ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad dan wang untuk membuat bayaran.
- Salinan MyKad pemohon perlu diberikan semasa membeli Pin Unik ID UPU.
KAEDAH 2 : MENERUSI MESIN ATM BSN
- Masukkan Kad ATM dan Nombor PIN
- Pilih Urusan: “Beli Pin”
- Pilih Jenis Permohonan: “IPTA”.
- Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan
- Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.
- Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.
KAEDAH 3 : MENERUSI PERBANKAN INTERNET (ONLINE BANKING DI myBSN)
Pemohon perlu mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN untuk mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Selepas pendaftaran selesai, pemohon boleh membeli nombor PIN melalui perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:
- Log masuk ke dalam akaun myBSN online banking.
- Klik “Pin Purchase”.
- Pilih Organization “UPU”.
- Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”.
- Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.
Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPUOnline 2026
| Perkara | Tarikh Mula | Tarikh Tutup |
| Pembelian No. Pin BSN | 28 Januari 2026 | 15 Mei 2026 |
| Permohonan Fasa 1 (Semua Kategori) | 29 Januari 2026 | 23 Mac 2026 |
| Fasa Kemaskini (Lepasan SPM) | 16 Mac 2026 | 23 Mac 2026 |
| Permohonan Fasa 2 (Lepasan STPM/Setaraf) | 13 April 2026 | 15 Mei 2026 |
Maklumat Lanjut Berkaitan Permohonan UPUOnline 2026/2027
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
- FACEBOOK: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
- TALIAN HOTLINE : 03 8684 2363
- ALAMAT EMEL : [email protected]
Sebarang pertanyaan berkaitan UPUONLINE, boleh hubungi BKPA melalui:
- UPUChat: https://upuchat.org/
- Maklumbalas UPU: jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Soalan Lazim No Pin UPUOnline
Anda boleh membeli No PIN melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembelian boleh dibuat melalui tiga saluran utama: Kaunter Cawangan BSN, Mesin ATM BSN, Perbankan Internet (myBSN).
Harga No PIN adalah RM10.60 sahaja. Sila pastikan anda menyimpan resit pembelian sebagai bukti.
Pastikan anda membeli No PIN yang betul mengikut kategori kelayakan anda:
Kategori A: Lepasan SPM (untuk program Diploma/Asasi).
Kategori B: Lepasan STPM/Setaraf (untuk program Ijazah Sarjana Muda).
No PIN hanya sah untuk satu musim permohonan sahaja. Contohnya, No PIN yang dibeli untuk sesi akademik 2026/2027 tidak boleh digunakan untuk tahun hadapan.
Jika anda kehilangan slip No PIN, anda boleh:
Merujuk semula ke cawangan BSN tempat anda membeli (dengan membawa kad pengenalan).
Menyemak semula dalam sistem perbankan internet jika anda membeli secara dalam talian.
Peringatan: Jangan dedahkan No PIN anda kepada orang lain untuk mengelakkan penyalahgunaan akaun permohonan.
Langkah Mudah Pembelian No PIN di ATM:
– Masukkan kad ATM dan PIN anda.
– Pilih menu “Simpanan/Urusi Wang” atau “Pembelian/Pembayaran”.
– Pilih “UPU”.
– Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
– Sahkan jumlah bayaran dan simpan resit yang mengandungi No PIN tersebut.




