Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC): Tarif Baru Mulai 1 Jun 2024

Caj Perkhidmatan Penumpang, PSC bagi Tempoh Kawal Selia Pertama (First Regulatory Period – RP1) akan bermula 1 Jun 2024 hingga 31 Disember 2026 mengikut pindaan terbaru yang diumumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) baru-baru ini.

Tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.

MAVCOM memaklumkan bahawa pindaan itu merupakan tanggungjawabnya dalam pengawalseliaan ekonomi Caj Perkhidmatan Penerbangan (ASC) di Malaysia di bawah Seksyen 46 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771), yang merangkumi kuasa untuk menetapkan caj perkhidmatan penerbangan seperti PSC, serta caj pendaratan dan parkir pesawat, antara lain.

Suruhanjaya itu juga membenarkan lapangan terbang lain yang tidak dikendalikan oleh anak-anak syarikat Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd, iaitu JHB, Lapangan Terbang Kerteh (KTE), dan Lapangan Terbang Tanjung Manis (TGC), untuk mengemukakan cadangan tarif bagi RP1.

Sumber: https://www.mavcom.my/en/2024/03/12/mavcom-announces-revisions-to-the-aviation-services-charges-asc/

Apa itu Passenger Services Charges (PSC)?

Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) (dahulunya dikenali sebagai ‘Cukai Lapangan Terbang’) dibayar oleh penumpang yang berlepas.

Di lapangan terbang, PSC dikumpul oleh syarikat penerbangan masing-masing selepas pembelian tiket dan hanya dibayar kepada Lapangan Terbang Malaysia selepas selesai penerbangan.

Tiket penerbangan yang tidak digunakan layak mendapat bayaran balik penuh untuk PSC daripada syarikat penerbangan masing-masing.

Seperti yang digariskan dalam Warta di bawah Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Caj Perkhidmatan Penerbangan) 2016, PSC dikenakan kepada penumpang domestik dan antarabangsa yang berlepas dari dan pemindahan melalui semua lapangan terbang nasional.

Kadar Caj Perkhidmatan Penumpang Terbaru Bermula 1 Jun 2024

Berdasarkan kadar PSC baharu, PSC ASEAN dan destinasi melangkau ASEAN telah digabungkan menjadi PSC antarabangsa tunggal.

Kadar yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – RM73
  • Terminal 2 KLIA (berserta lapangan terbang lain) – RM50

Jadual 1 memperincikan kadar pindaan PSC baharu yang ditetapkan oleh MAVCOM untuk RP1 yang dikenakan kepada penumpang yang berlepas dan transfer dari Malaysia. Kadar tersebut termasuk caj keselamatan, iaitu caj bagi penyediaan perkhidmatan keselamatan di lapangan terbang.

Jadual 1: Kadar PSC semasa dan kadar pindaan bagi pelepasan dari lapangan terbang di Malaysia

Sumber: MAVCOM

Nota:

  • Untuk makluman, istilah *melalui merujuk kepada penumpang pindahan yang dijadualkan untuk berlepas ke penerbangan seterusnya. Penumpang pindahan ini akan dikenakan caj PSC transfer. 
  • KUL Terminal 2 rujuk kepada Lapangan Terbang Antarabangsa KL Terminal 2.
  • Kadar PSC di atas tidak terpakai untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (JHB). Sila rujuk halaman 3 siaran akhbar ini untuk maklumat lanjut.

Jadual 2: Kadar PSC semasa dan kadar pindaan untuk pelepasan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (JHB)

Nota: Untuk makluman, istilah *melalui merujuk kepada penumpang pindahan yang dijadualkan untuk berlepas ke penerbangan seterusnya. Penumpang pindahan ini akan dikenakan caj PSC transfer.

Sebagai perbandingan, Kadar PSC semasa ASEAN dan destinasi melangkau ASEAN masing-masing pada RM35 dan RM73.

  • Perjalanan domestik melalui semua lapangan terbang – RM7,
  • Perjalanan antarabangsa melalui Terminal 1 KLIA – RM42
  • Perjalanan antarabangsa melalui Terminal 2 KLIA dan lapangan terbang lain – RM29

Tarikh Kuatkuasa

Seperti yang digariskan dalam Warta di bawah Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Caj Perkhidmatan Penerbangan) 2016, PSC dikenakan kepada penumpang domestik dan antarabangsa yang berlepas dari dan transfer melalui semua lapangan terbang nasional. Pindaan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2024.

Tiket-tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baru, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas 1 Jun 2024.

Maklumat Lanjut

Layari laman web MAVCOM untuk maklumat lanjut.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!