Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5 KSSM

sains sukan tingkatan 5
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk pembelajaran Sains Sukan bagi Tingkatan 5, murid boleh memuat turun buku teks Sains Sukan Tingkatan 5 untuk rujukan pembelajaran mereka.

Berikut merupakan maklumat mengenai buku teks ini dan isi kandungannya.

Mengenai Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5

Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5 merupakan kesinambungan daripada Buku
Teks Tingkatan 4.

Empat bidang utama yang menjadi fokus dalam buku teks ini iaitu:

  • Kecergasan dan Persediaan Fizikal
  • Pemakanan Sukan
  • Asas Psikologi Sukan dan Sosiologi Sukan
  • Kecederaan Sukan dan Langkah Pencegahan

Setiap bidang dimulakan dengan halaman rangsangan yang dicetak secara
double spread mengandungi foto dan ilustrasi yang dapat menarik perhatian murid
serta menyediakan mereka untuk proses pembelajaran.

Pada halaman tersebut juga disenaraikan objektif pembelajaran bidang dan unit-unit yang terdapat di dalamnya dan diakhiri dengan rumusan, refleksi dan ujian topikal.

Setiap unit juga dimulakan dengan halaman rangsangan yang mengandungi
standard pembelajaran untuk dicapai oleh setiap murid.

Kandungan dalam setiap unit disertakan dengan praktis kemahiran melibatkan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan, pencarian maklumatsecara individu atau berpasangan dan pelbagai aktiviti yang dapat menggalakkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran.

Secara keseluruhan, buku teks ini memberi pendedahan kepada murid tentang pengetahuan, kemahiran, nilai dan aplikasi asas dalam sains sukan.

Isi Kandungan Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5

Isi kandungan buku teks ini merangkumi perkara-perkara berikut:

BIDANG 4: KECERGASAN DAN PERSEDIAAN FIZIKAL

  • Unit 4.1 Pengenalan Kecergasan
  • Unit 4.2 Prinsip Latihan Fizikal
  • Unit 4.3 Pengukuran Kecergasan Fizikal
  • Unit 4.4 Kaedah Latihan Fizikal
    – Rumusan
    – Refleksi
    – Ujian Topikal

BIDANG 5: PEMAKANAN SUKAN

  • Unit 5.1 Pengenalan Pemakanan Sukan
  • Unit 5.2 Keperluan Tenaga dan Sumber Tenaga dalam Pemakanan Sukan
  • Unit 5.3 Bendalir Tubuh, Elektrolit dan Pentermokawalaturan
  • Unit 5.4 Bantuan Ergogenik Pemakanan
  • Unit 5.5 Strategi Pemakanan Sukan
    – Rumusan
    – Refleksi
    – Ujian Topikal

BIDANG 6: ASAS PSIKOLOGI SUKAN DAN SOSIOLOGI SUKAN

  • Unit 6.1 Asas Psikologi dalam Sukan
  • Unit 6.2 Motivasi dan Penetapan Matlamat
  • Unit 6.3 Keagresifan dalam Sukan
  • Unit 6.4 Kebimbangan dan Kemahiran Psikologi Sukan
  • Unit 6.5 Pengenalan Sosiologi Sukan
  • Unit 6.6 Kesan Penglibatan dalam Sukan
    – Rumusan
    – Refleksi
    – Ujian Topikal

BIDANG 7: KECEDERAAN SUKAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN

  • Unit 7.1 Pengenalan Kecederaan Sukan
  • Unit 7.2 Jenis-jenis Kecederaan Sukan
  • Unit 7.3 Pengurusan Kecederaan Sukan
  • Unit 7.4 Terapi dan Rehabilitasi Sukan
  • Unit 7.5 Stres Haba
    – Rumusan
    – Refleksi
    – Ujian Topikal

Muat Turun Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5

Buku teks ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Baca juga: Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4 KSSM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});