Buah Gajus Penyebab Alergik? Ini Khasiat & Kesan Sampingannya

Tahukah anda buah gajus adalah satu-satunya kacang yang tumbuh melalui pokok?

Bukan itu sahaja, gajus juga biasanya dijual di kedai tanpa kulit luarnya tidak seperti kekacang yang lain. Apakah sebabnya?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah gajus, kesan sampingan dan cara kegunaannya dalam masakan.

Baca juga:

Apa itu buah gajus?

Buah gajus (Anacardium occidentale) adalah sejenis kacang yang berasal dari Amerika Selatan atau lebih tepatnya Brazil.

Ia mempunyai tekstur rasa yang berkrim, manis, berperisa serta berbentuk seakan-akan seperti buah pinggang.

Menariknya tentang buah ini, ia sangat mudah ditambah dalam diet anda atau dijadikan snek harian.

Menggabungkan gajus dengan pelbagai hidangan berkuah, bergoreng, bakar, atau kukus bukanlah satu masalah.

Justeru tidak hairanlah buah gajus sangat popular sebagai kacang sihat yang banyak manfaatnya pada kesihatan.

Fakta kandungan nutrisi

Setiap 100 gram buah gajus mengandungi khasiat seperti berikut:

  • Air: 5.2 g
  • Tenaga: 553 kcal
  • Protein: 18.2 g
  • Jumlah lemak: 43.8 g
  • Karbohidrat: 30.2 g
  • Serat: 3.3 g
  • Jumlah gula: 5.91 g
  • Kanji: 23.5 g
  • Zat besi: 6.68 mg
  • Kalsium: 660 g
  • Magnesium: 292 mg
  • Fosforus: 593 mg
  • Kalium: 660 mg
  • Natrium: 12 mg
  • Zink: 5.78 mg
  • Kuprum: 2.2 mg
  • Mangan: 1.66 mg
  • Selenium: 19.9 µg
  • Vitamin C: 0.5 mg
  • Thiamin: 0.423 mg
  • Niasin: 1.06 mg
  • Asid pantothenik: 0.864 mg
  • Vitamin B-6: 0.417 mg
  • Folat: 25 µg
  • Vitamin K: 34.1 µg

Khasiat dan manfaat

Antara khasiatnya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Membantu meningkatkan kesuburan

Faktor kesuburan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan manusia yang sihat.

Buah gajus ini mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti magnesium, zink dan selenium untuk kesihatan keseluruhan lelaki. Nutrien ini boleh membantu menyokong pengeluaran dan motilitas sperma yang sihat.

Selain itu, gajus adalah sumber lemak dan protein yang sihat, yang boleh membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan menyokong pengeluaran hormon.

Berat badan yang sihat dan mempunyai hormon yang seimbang juga boleh memberi kesan positif kepada kesuburan.

Tambahan pula, gajus kaya dengan antioksidan, yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan. Keradangan kronik telah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk ketidaksuburan.

2. Membantu mencegah kanser

Gajus kaya dengan sumber antioksidan untuk mengurangkan risiko kanser tertentu seperti kanser prostat dan kanser usus.

Antioksidan aktif yang terdapat di dalamnya dipercayai sangat berkesan dalam mencegah kanser yang berkaitan dengan saluran penghadaman.

3. Meningkatkan penglihatan mata

Mendapatkan cukup nutrisi vitamin A, K, dan E adalah sangat disyorkan setiap hari kerana ia penting untuk mengekalkan kesihatan mata yang baik.

Buah gajus mengandungi semua jenis vitamin yang dimaksudkan ini serta menyediakan juga dos antioksidan yang banyak untuk menggalakkan penglihatan lebih baik.

Bagi anda yang mempunyai masalah penglihatan kabur atau ingin memastikan kesihatan mata dalam keadaan baik untuk jangka masa panjang, anda boleh memasukkan 5-6 biji gajus ke dalam diet harian.

4. Meningkatkan tahap testosteron

Makanan kaya selenium telah dikaitkan dengan peningkatan tahap testosteron pada lelaki. Kajian membuktikan bahawa memasukkan gajus dalam diet harian boleh membantu meningkatkan tahap hormon testosteron.

Cadangan kami, cuba anda tambahkan 7-10 kacang gajus setiap kali sarapan pagi dan sebagai snek waktu malam.

Namun begitu, elakkan mengambil gajus secara berlebihan kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan yang lain.

5. Meningkatkan pengeluaran serat

Pengambilan serat yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan tubuh badan seseorang.

Gajus dikatakan mengandungi asid oleik dan palmitik yang bertanggungjawab menghasilkan serat yang bermanfaat dalam sistem pencernaan dan lemak badan.

6. Menggalakkan kesihatan jantung

Buah gajus adalah sumber lemak tak tepu tunggal dan lemak poly tak tepu yang menyihatkan jantung.

Ia boleh membantu menurunkan paras kolesterol dan trigliserida yang seterusnya mengurangakn risiko penyakit jantung.

Buah ini juga kaya dengan antioksidan, magnesium dan kalium yang menggalakkan kesihatan jantung.

7. Membina tulang lebih kuat

Gajus kaya dengan sumber magnesium yang penting untuk memastikan tulang anda kuat dan sihat.

Mengamalkan pengambilan gajus dalam diet harian dapat membantu mengekalkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.

8. Meningkatkan sistem imun

Zink, tembaga dan vitamin E adalah antara mineral dalam gajus yang membentuk sistem imun yang kuat.

Vitamin E misalnya, merupakan sejenis antioksidan yang kuat boleh melindungi sel daripada bahaya dan mengurangkan tekanan oksifatif dan keradangan.

9. Membantu menurunkan berat badan

Gajus mengandungi lebih rendah kalori berbanding jenis kacang atau buah-buahan yang lain.

Kandungan serat dan proteinnya yang tinggi boleh membantu mengurangkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.

Apabila disatukan semua faktor ini, ia boleh membantu anda mengurangkan berat badan berlebihan.

10. Mengawal paras gula dalam darah

Kacang gajus mempunyai indeks glisemik rendah yang membantu mencegah lonjakan paras gula dalam darah.

Walaupun kandungan seratnya tinggi, ia boleh melambatkan penyerapan gula dalam aliran darah, dan meningkatkan sensitiviti insulin.

Kegunaan kacang gajus

Fleksibiliti dalam penyediaan kacang gajus memberikan pelbagai pilihan untuk anda menikmatinya. Termasukan untuk dimakan secara mentah, digoreng atau sebagai bahan tambahan dalam hidangan lain.

Kesan sampingan buah gajus

Makan buah gajus secara mentah sebenarnya boleh memudaratkan sesetengah orang. Hal ini kerana ia mengandungi racun berbahaya yang dipanggil sebagai urushiol.

Urushiol adalah sejenis zat yang terdapat di semua keluarga Anacardiaceae dari pokok termasuklah seperti kacang gajus, mangga, racun ivy, oak racun, sumac, lada peru, dan pistachio. 

Walaupun racun ini berada si semua bahagian tanaman seperti akar, batang daun. Tetapi ia juga banyak ditemukan di dalam minyak di antara buah gajus dan kacang di dalamnya.

Jika anda bersentuhan langsung dengan urushiol ia akan mengakibatkan dermatitis kontak alergik, ruam kulit yang hampir serupa simptom apabila terdedah kepada racun ivy.

Justeru, elak dari makan gajus secara mentah adalah digalakkan. Panggang atau kukus gajus pada suhu tinggi akan menghilangkan urushiol yang mungkin meresap melalui cengkerang dan masuk ke kacang, menjadikannya selamat untuk dimakan.  Oleh sebab itulah, gajus tidak dijual bersama kulit luarnya.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah gajus dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Are Cashews Good for You? Nutrition, Benefits, and Downsides. Heathline
  2. Health Benefits of Cashews. Medical News Today
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!