Buah Keras: Kandungan Nutrisi & Khasiat Pada Kesihatan

Buah keras adalah merupakan salah satu bahan yang sering digunakan dalam masakan oleh masyarakat di Malaysia dan juga beberapa negara lain seluruh dunia.

Namun tahukah anda, buah ini kaya dengan nutrisi lengkap yang sangat “mahal” kepada kesihatan manusia?

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah keras dan perbezaanya dengan buah macadamia.

Baca juga:

Apa itu buah keras?

buah keras

Buah keras (Aleurites moluccanus) adalah sejenis kacang yang berasal dari keluarga euphorbiaceae.

Ia juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti; kemiri (Indonesia), kekuna (Sri Lanka), lumbang bato (Filipina), kyainthee (Myanmar), kukui (Hawaii)  dan sebagainya. Nama saintifiknya pula ialah, Aleurites moluccanus.

Pokonya berasal dari Asia Tenggara, India, Taiwan, China, Sri Lanka dan Kepulaun Pasifik yang mana kemudian tersebar meluas ke banyak tempat.

Bagi anda yang tidak kenal dengan buah ini, bentuknya bulat, isinya berwarna putih yang mudah pecah, serta mempunyai permukaan seperti bertepung dan keras seperti kekacang tetapi bersaiz lebih besar.

Salah satu keunikan buah ini ialah, ia menghasilkan minyak yang biasanya digunakan untuk menghidupkan lampu pada zaman dahulu.

Kerana itulah ia mudah untuk berbau tengik disebabkan kandungan minyak yang tinggi.

Fakta kandungan nutrisi

Setiap 28 gram buah keras mengandungi nutrisi seperti berikut:

  • Tenaga: 688 kcal
  • Air: 5 g
  • Protein: 18.2 g
  • Lemak: 62.3 g
  • Serat: 3.1 g
  • Abu: 2.9 mg
  • Kalsium: 154.0 mg
  • Zat besi: 3.4 mg
  • Fosforus: 603.0 mg
  • Potasium: 440.0 mg
  • Sodium: 24.0 mg
  • Retinol: 0.0 µg
  • Karotine: 0.0 µg
  • Renium: 0.0 µg
  • Vitamin B1: 0.1 mg
  • Vitamin B2: 0.1 mg
  • Karbon: 0.0 mg
  • Niasin: 0.4 mg

Beza buah macadamia dan buah keras

Ciri-CiriBuah MacadamiaBuah Keras
Bentuk dan warnaCangkerang keras dan licin yang sukar dipecahkanCangkerang coklat gelap yang
keras. Isinya berwarna putih dan berminyak
RasaRasa berkrim dan mentegaAgak berkrim. rasa seperti kacang badam tetapi lebih ringan
KegunaanSering dimakan mentah, dibakar sebagai snek atau digunakan dalam makanan yang dibakarSebagai agen pemekat dalam masakan
Cara makanBoleh dimakan mentahTidak boleh dimakan mentah kerana ia mengandungi toksin yang dipanggil saponin. Ia akan menyebabkan muntah dan masalah gastrousus yang lain
Hidangan yang sesuaiBahan popular dalam makanan bakar seperti biskut dan browniesDigunakan dalam hidangan seperti kari dan rebusan

Khasiat dan manfaat

Antara khasiatnya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Menjadikan sistem penghadaman bertambah baik

Buah keras mengandungi jumlah serat yang tinggi yang bermanfaat untuk saluran Indeks glisemik (GI).

Ia menggalakkan pergerakan usus yang teratur dan membantu masalah sembelit, kerana minyaknya adalah sejenis julap ringan.

2. Mengurangkan risiko sakit jantung

Tahukah anda, buah keras juga memberi manfaat kesihatan jantung dan mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.

Hal ini kerana, ia boleh membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang mampu menyumbat saluran jantung dan juga meningkatkan kolesterol baik dengan mengurangkan proses penyerapan lemak di bahagian usus serta merencatkan penghasilan kolesterol oleh hati. 

3. Mengatasi masalah insomnia

Masalah insomnia ialah masalah sukar tidur yang boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah depresi, terlalu banyak fikiran dan sebagainya.

Terdapat banyak cara untuk menyelesaikan masalah ini termasuklah dengan pengambilan makanan yang mengandungi buah keras.

Buah keras mengandungi hormon melatonin, iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh otak untuk membolehkan anda lebih bertenang dan tidur dengan lena. 

4. Membentuk sendi dan tulang yang sihat

Pengambilan buah ini secara tetap dapat membantu mengelakkan sakit pada sendi, dan melegakan kekejangan sendi akibat arthritis.

Hal ini kerana, buah keras mengandungi fosforus yang berfungsi bersama kalsium dan vitamin D dalam badan anda untuk memastikan tulang sentiasa sihat dan kuat.

5. Melegakan sembelit

Mengandungi serat yang tinggi, pengambilan buah keras boleh membantu untuk melancarkan sistem pencernaan sekaligus melegakan masalah sembelit.

Selain itu, ia juga bermanfaat untuk melegakan masalah cirit birit kerana mempunyai sifat antimikrobial yang mampu melawan kuman, dan punca cirit birit. 

Kandungan minyak yang terdapat dalam buah ini juga membantu pergerakan usus agar lebih lancar dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus.

Anda boleh cuba cari resipi atau cara mengamalkan petua menggunakan buah keras bagi membantu anda melegakan masalah sembelit, cirit birit, dan melancarkan sistem pencernaan anda. 

6. Mengawal tekanan darah

Buah keras juga kaya dengan kandungan potassium yang berupaya untuk membantu mengawal tekanan darah.

Potassium mempunyai keupayaan untuk mengurangkan ketegangan pada salur darah agar darah boleh mengalir dengan lebih mudah. Secara tidak langsung, ia juga menyumbang kepada penurunan risiko terkena penyakit jantung. 

7. Membantu melebatkan rambut

Minyak buah keras juga terbukti boleh membantu untuk melebatkan rambut, membantu pertumbuhan misai, janggut atau jambang dengan penggunaan yang kerap. 

8. Menghilangkan nafas berbau

Untuk pengetahuan anda, air rendaman kulit pokok dan buah tumbuhan ini yang masih berwarna hijau dipercayai boleh membantu menghilangkan nafas berbau.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh melegakan sakit tekak, batuk dan tonsilitis. 

Kegunaan dalam masakan

Dalam masakan Indonesia dan Malaysia, buah keras sering digunakan dalam kari dan rebusan kerana kandungan minyaknya yang tinggi menjadikan kuah lebih pekat.

Buah keras juga ditambah pada pes cili untuk menjadikannya lebih pekat dan berkrim seperti masakan Jawa iaitu sambal bakal.

Di Hawaii pula, buah keras akan dipanggang dan ditumbuk lalu dicampur dengan sedikit garam untuk menghasilkan rasa lazat yang dipanggil inamona.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah keras dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Candlenut – Uses, Side Effects, and More. WebMD
  2. All About Candlenut (Understanding Spices). Seasoned Pioneers
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!