Buah Zaitun: 14 Kelebihan Menurut Pakar Pemakanan

Tahukah anda, khasiat buah zaitun memberi manfaat yang sangat besar kepada kesihatan manusia?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah zaitun dan tips untuk memilih buah ini yang segar di pasar.

Baca juga:

Apa itu buah zaitun?

Buah zaitun (Oleaeurofea) adalah buah-buahan kecil yang tumbuh dari pokok zaitun. Ia tergolong dalam kumpulan buah yang dipanggil sebagai drupes dan berkait rapat dengan mangga, ceri, pic, badam dan pistachio.

Buah zaitun mempunyai pengemarnya yang tersendiri dalam hidangan salad, sandwic, dan sajian lainnya.

Buah yang matang biasanya berwarna hijau dan apabila ia masak bertukar menjadi warna hitam.

Di rantau Mediterranean, 90% buah zaitun digunakan untuk membuat minyak zaitun.

Fakta kandungan nutrisi

Setiap 100 gram buah zaitun mengandungi nutrisi seperti berikut:

  • Air: 80 g
  • Tenaga: 116 kcal
  • Protein: 0.84 g
  • Jumlah lemak: 10.9 g
  • Karbohidrat: 6.04 g
  • Serat: 1.6 g
  • Kalsium: 88 mg
  • Zat besi: 6.28 mg
  • Magnesium: 4 mg
  • Fosforus: 3 mg
  • Kalium: 8 mg
  • Natrium: 735 mg
  • Zink: 0.22 mg
  • Mangan: 0.22 mg
  • Selenium: 0.9 µg
  • Vitamin C: 0.9 mg
  • Thiamin: 0.003 mg
  • Niasin: 0.037 mg
  • Vitamin B-6: 0.009 mg
  • Kolin: 10.3 mg
  • Karotena: 198 µg
  • Vitamin A: 330 IU
  • Vitamin E: 1.65 mg
  • Vitamin K: 1.4 µg
  • Asid lemak tepu: 2.28 g
  • Asid lemak tak tepu: 7.65 g

Jenis-jenis buah zaitun

Terdapat pelbagai jenis buah zaitun di dunia ini. Berikut adalah antara spesis yang popular:

  • Frantoio: Berasal dari Itali. Bahan asas dalam minyak ziatun.
  • Picholine marocaine olives: Banyak ditanam di Morocco. Saiznya sederhana, berwarna hijau, berbentuk memanjang, isinya lembut, rasa seperti kacang.
  • Manzanillo: Berasal dari Sepanyol. Saiznya besar, berwarna ungu kehijauan, berbentuk bulat bujur, dan isinya tebal.
  • Kornoneiki: Berasal dari Greece. Saiz buahnya kecil dan agak sukar untuk ditanam, namun ia digunakan secara eksklusif untuk pengeluaran minyak berkualiti tinggi.
  • Picholine: Banyak ditanam di Selatan Perancis serta Morocco. Paling stabil dan sangat berkualiti tinggi.

Khasiat dan manfaat

buah zaitun

1. Tinggi antioksidan

Antioksidan ialah molekul yang selamat boleh berinteraksi dengan radikal bebas.

Zaitun mengandungi antioksidan seperti polifenol dan vitamin C yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Ini bermakna setiap kali anda memakannya, anda secara tidak langsung sedang menghantar sekumpulan peneutral ke dalam sistem untuk membantu radikal bebas dinyah aktifkan.

Kesannya ia mampu untuk mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.

2. Mengurangkan tekanan darah

Khasiat buah zaitun juga merangkumi kesannya dalam mengurangkan tekanan darah.

Komponen seperti polifenol dapat membantu mengendalikan tekanan darah dalam badan.

3. Meningkatkan kesihatan kulit dan rambut

Minyak zaitun adalah hidrat semula jadi yang hebat untuk kulit. Ia membantu mengelakkan kulit daripada kering dan mengurangkan risiko penyakit kulit seperti ekzema.

Hal ini terbukti dari kandungan asid lemak dan antioksidan dalam buah zaitun yang bertindak dalam menyuburkan dan menghidrat kedua-dua kulit dan rambut. 

Selain itu, Vitamin E juga adalah yang paling kuat daripada semua antioksidan dalam buah zaitun.

Ia bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran ultraungu malah membantu mencegah kedutan dan mengekalkan kesihatan kulit.

Asid oleik dalam buah zaitun pula dikatakan mampu meningkatkan lagi penampilan kulit dan meningkatkan kesihatan rambut.

4. Mengurangkan risiko diabetes

Walaupun hasil dapatan kajian ini masih dikaji, namun sesetengah sumber menyakinkan bahawa buah zaitun sememangnya boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah.

Buah ini boleh mengubah cara badan seseorang bertindak balas terhadap insulin, dan membantu pesakit yang mempunyai paras gula yang tinggi.

5. Menyokong kesihatan otak

Otak sebahagian besarnya diperbuat daripada asid lemak, seperti mana yang terkandung dalam khasiat buah zaitun.

Asid lemak dalam buah ini membantu mengekalkan ingatan dan juga meningkatkan tumpuan. 

Pengambilan buah zaitun juga didapati dapat mencegah kematian sel otak (akibat penyakit) dan mengurangkan masalah hilang ingatan.

Kandungan antioksidan dan asid lemak omega-3 dalam minyak zaitun baik untuk otak dan dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan kemerosotan kognitif.

6. Menyokong fungsi hati

Buah zaitun membantu memelihara fungsi hati yang sihat dan dapat mengurangkan risiko penyakit hati berlemak.

7. Mengurangkan risiko kanser

Kandungan antioksidan dalam zaitun boleh membantu melindungi sel daripada mutasi yang boleh menyebabkan kanser.

Ia juga dikaitkan dengan penurunan risiko kanser payudara dan usus besar.

Hal ini dibuktikan dari kajian epidemiologi, bahawa kadar kanser tertentu lebih rendah di Mediterranean berbanding di AS.

Yang mana ini sangat berkait rapat dengan diet orang Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun.

Satu kajian mendapati bahawa asid oleik dalam minyak zaitun mampu menyekat pertumbuhan sel-sel kanser payudara.

8. Mengurangkan keradangan

Keradangan difahamkan berpunca dari penyakit. Justeru itu, mengambil langkah pertama untuk mengurangkan keradangan adalah sangat penting bagi proses penyembuhan yang singkat.

Kandungan anti-radang dalam buah zaitun membantu mengurangkan keradangan dalam badan, yang dapat menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

9. Melancarkan sistem pencernaan

Minyak zaitun Extra Virgin mempunyai sifat anti-bakteria yang boleh membantu melawan jangkitan bakteria dalam sistem pencernaan dan merangsang sistem pencernaan.

10. Mengurangkan risiko osteoporosis

Kalsium dalam buah zaitun membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya pada wanita menopaus.

11. Menurunkan berat badan

Minyak zaitun boleh membantu mengurangkan lemak abdominal dan mengurangkan risiko obesiti.

Asid lemak berpotensi meningkatkan tahap kolesterol, menjadikan badan lebih cekap dalam melakukan aktiviti, termasuk membakar kalori.

Menariknya lagi, buah zaitun sesuai untuk dijadikan snek sebelum makan kerana kandungan lemak dalam buah zaitun itu sendiri sudah mengenyangkan.

12. Mengurangkan risiko strok

Kandungan antioksidan dalam buah zaitun dapat membantu mengurangkan risiko stroke dengan meningkatkan aliran darah ke otak.

Secara keseluruhannya, buah zaitun adalah makanan yang sangat sihat dan berguna untuk kesihatan manusia.

Penggunaan minyak zaitun Extra Virgin dalam pemakanan harian dan pelbagai hidangan sangat disarankan untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik.

13. Mengurangkan risiko osteoporosis

Kalsium dalam buah zaitun membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya pada wanita menopaus.

14. Meningkatkan kesihatan mata

Di samping itu, antioksidan dalam buah zaitun turut membuktikan satu perkara dalam mengekalkan kesihatan mata. 

Tekanan oksidatif biasanya akan menjejaskan penglihatan. Sebagai berlawanan, antioksidan dalam buah zaitun boleh menghalang perkara ini daripada berlaku.

Zaitun mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua nutrien yang baik untuk mata. Ia melindungi mata daripada degenerasi makula dan katarak.

Tips memilih minyak zaitun yang berkualiti

Bagi anda yang berminat untuk membeli minyak zaitun yang berkualiti, berikut adalah antara ciri penting yang perlu dikenal pasti kerana minyak ini sangat sensitif kepada cahaya, oksigen, tempoh masa dan suhu.

  • Pilih grade EXTRA VIRGIN (EVOO) sahaja
  • Mesti dalam botol kaca gelap kalis UV atau tin aluminium
  • Pastikan ada maklumat syarikat pengeluar dari negara asli
  • Pastikan bukan EVOO dalam botol plastik
  • Pastikan bukan dalam bentuk kapsul atau softgel
  • Pastikan bukan minyak zaitun unfiltered atau tanpa tapisan
  • Pembotolan dengan nitrogen injection
  • Ada maklumat “harvest date”. production date dan expiry date

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah zaitun dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Buah Zaitun Kerberkatan dan Rahsia Perubatan. USIM
  2. Types of Olives Worth Seeking Out. Serious Eats
  3. Olives 101: Nutrition Facts and Health Benefits. Healthline
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!