BSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tannpa Faedah Hingga RM10,000

PEMBIAYAAN PERIBADI MYRINGGIT-I BANJIR BSN

BSN menawarkan kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir, pembiayaan peribadi bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Jumlah pembiayaan peribadi tanpa faedah khas untuk mangsa banjir, BSN MyRinggit-i Banjir ditingkatkan kepada sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini, susulan kenyataan terkini kerajaan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BSN My Ringgit-i.

Apakah BSN MyRinggit-i Banjir?

BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan kadar kosong peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan buat mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir ini meupakan pembiayaan peribadi yang bertujuan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis).
  • Bukan seorang yang muflis.
  • Hanya satu (1) permohonan sahaja daripada satu isi rumah.

Tarikh Permohonan

Permohonan akan dibuka mulai 27 Disember 2021 hingga 31 Januari 2022.

Mangsa-mangsa terjejas banjir boleh memohon dengan melengkapkan dokumen secara atas talian mulai tarikh yang dinyatakan.

Cara Permohonan

Untuk memohon, mangsa banjir boleh melengkapkan borang secara dalam talian melalui laman web rasmi BSN, www.bsn.com.my atau terus ke https://www.bsn.com.my/page/bsn-myringgit-i-banjir

Bagi pemohon yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan.

Borang permohonan secara dalam
talian boleh didapati melalui laman sesawang
https://bsncheckin.com.my/floodfinancing/applicationform.aspx .

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
  • Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Kadar Keuntungan0.00%
Had PembiayaanSehingga RM10,000
Tempoh Pembiayaan3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan
Kaedah Bayaran Tunai di kaunter BSNArahan TetapIBG/ e-paymentATM/ CDM/ myBSNMana-mana kaedah yang dibenarkan oleh BSN

TEMPOH PEMBIAYAAN 3 TAHUN

Amaun Pembiayaan (RM)Kadar Keuntungan
0.00%
1,00028
2,00056
3,00084
4,000112
5,000139
6,000167
7,000195
8,000223
9,000250
10,000278

NOTA: Jadual ini hanyalah sebagai rujukan.

Semakan Status Permohonan

Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem
pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh
permohonan dilakukan.

Pelanggan juga boleh menyemak status
permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan
https://bsncheckin.com.my/FloodFinancing/checkstatus.aspx/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut boleh didapati di www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!