Border Pass Malaysia : Syarat & Cara Permohonan Pas Sempadan

Border Pass Malaysia : Syarat & Cara Permohonan Pas Sempadan

Tahukah anda apakah itu Border Pass / Sempadan Malaysia-Thailand?

Dokumen ini dikeluarkan untuk rakyat Malaysia yang ingin ke Thailand tanpa memerlukan passport merah (dengan bersyarat).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pas sempadan Malaysia ini.

border pass

Apakah Itu Border Pass Malaysia?

Selain pasport, border pass merupakan satu lagi cara alternatif bagi rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke Thailand.

Walau bagaimanapun, hanya rakyat daripada beberapa buah negeri di utara Malaysia sahaja yang layak memohon dokumen perjalanan ini untuk memasuki Thailand bagi tujuan pelancongan.

Border pass adalah sebuah dokumen yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.

Had perjalanan

Walaupun border pass membolehkan rakyat Malaysia untuk memasuki Thailand secara sah, namun ianya terhad untuk perjalan ke lokasi tertentu sahaja.

Pas ini adalah sah untuk pergerakan dari sempadan ke selatan Thailand khususnya Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani sahaja.

Antara wilayah atau bandar yang dibenarkan menggunakan “border pass” ialah:

1) Betong di wilayah Yala

2) Tak Bai di wilayah Narathiwat

3) Seluruh wilayah Songkhla – Hatyai, Danok, Padang Besar, Sadao, Klong Ngek, Samila Beach

4) Seluruh wilayah Satun – Pak Bara, Tanyong Po, Tammalang, Manang, KOH LIPE

Bagi lawatan atau percutian melebihi had perjalanan ini, anda perlu menggunakan Pasport Malaysia.

Tempoh sah

Tempoh Sahlaku adalah 1 tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.

Tempoh sah ini tidak boleh dipanjangkan dan setiap individu perlu memohon pas baru sekiranya pas mereka telah tamat tempoh.

Tempoh sah pas sempadan mestilah tidak kurang daripada 30 hari sebelum perjalanan keluar ke Thailand.

  • Border Pass boleh dibuat di Imigresen UTC negeri-negeri yang bersempadan dengan negara Thai seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Hulu Perak.
  • Boleh juga dibuat di Imigresen negeri sempadan.
  • UTC buka setiap hari.
  • Bayaran RM10 sahaja

Dokumen permohonan

Individu yang ingin memohon border pass Malaysia ini mestilah menyediakan bersama dokumen-dokumen berikut:

Berumur 12 tahun ke bawah

  1. Satu (1) salinan gambar terkini pemohon
    • latar belakang putih
    • Rambut tidak menutupi dahi
    • Tudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)
  2. Borang permohonan
  3. Sijil kelahiran
  4. Borang A1/B1 – borang kebenaran ibu bapa
  5. Pemohon mesti ditemani ibu atau bapa

Bawah 18 tahun:

  1. Satu (1) salinan gambar terkini pemohon
    • latar belakang putih
    • Rambut tidak menutupi dahi
    • Tudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)
  2. Borang permohonan
  3. Kad pengenalan
  4. Borang A1/B1 – borang kebenaran ibu bapa
  5. Pas Sempadan Sebelumnya (jika ada)

18 tahun ke atas:

  1. Satu (1) salinan gambar terkini pemohon
    • latar belakang putih
    • Rambut tidak menutupi dahi
    • Tudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)
  2. Borang permohonan
  3. Kad pengenalan
  4. Pas Sempadan Sebelumnya (jika ada)
  5. Suami isteri perlu memohon border pass secara berasingan

Syarat Permohonan Border Pass Malaysia

Untuk makluman, permohonan untuk Border Pass ini tidak boleh dibuat secara online / dalam talian.

Pemohon perlulah menghadirkan diri ke pejabat Jabatan Imegresen Malaysia atau mana-mana UTC yang menyediakan perkhidmatan JIM.

Golongan 1 – Pemegang kad pengenalan 03, 08, 09 dan 02

Golongan 2:

  • Bukan pemegang kad pengenalan Golongan 1, tetapi menetap LEBIH SETAHUN di Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.
  • Sudah tukar alamat di kad pengenalan, baru boleh memohon
  • Had Perjalanan – Pas ini hanya sah untuk perjalanan dari negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.

Cara memohon pas sempadan

Permohonan bagi border pass ini boleh dibuat pejabat Jabatan Imegresen Malaysia atau mana-mana UTC yang menyediakan perkhidmatan JIM.

  1. Hadirkan diri anda ke pejabat JIM atau mana-mana UTC yang mempunyai perkhidmatan JIM
  2. Ambil nombor giliran
  3. Lengkapkan borang permohonan border pass
  4. Hantar borang permohonan bersama-sama dokumen sokongan (seperti senarai di atas) dan gambar
  5. Setelah nombor giliran anda dipanggil, hadirkan diri dan hantar borang yang telah dilengkapkan
  6. Lakukan pengesahana cap jari
  7. Lakukan bayaran RM10

Proses mendapatkan border pass ini adalah cepat dan mudah dan biasanya pemohon akan mendapatnya pada hari yang sama.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh bertanya kepada pegawai imegresen yang bertugas atau rujuk maklumat melalui saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: