Bismillah (بِسْمِ اللَّهِ): Maksud, Huraian & Kepentingan

Bismillah (بِسْمِ اللَّهِ): Maksud, Huraian & Kepentingan

Bismillah adalah merupakan satu perkataan Bahasa Arab yang digunakan dalam kehidupan seharian kita. Ia mempunyai makna yang mendalam berkaitan dengan tauhid dan pegangan tauhid kita sebagai Umat Islam. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ): Maksud & Bila Perlu Ucapkan

Maksud Bismillahirrahmanirrahim

Bismillah bermaksud, “Dengan nama Allah”.

Manakala, Bismillahirrahmanirrahim pula bermaksud, “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.”

  • Bism bermaksud ‘dengan’, ‘oleh’, atau ‘nama’.
  • Ilah ialah  perkataan Arab yang bermaksud “Allah”.
  • Ar Rahman dan Ar Rahim adalah nama-nama Allah yang merujuk kepada sifat Allah yang penyayang, lembut, dan pemurah.

Kalimah ini dibaca setiap hari apabila hendak melakukan sesuatu, atau paling biasa anda akan mendengar kalimah ini diucapkan sebelum membaca ayat Al-Quran. Satu-satunya surah dalam Al-Quran yang tidak bermula dengan kalimah ini adalah Surah At-Taubah.

Huraian

Ketika seorang Muslim mengucapkan “Bismillah”, ia menyatakan keimanan dan kebergantungan kepada Allah SWT. 

Memulakan sesuatu dengan menyebut nama-Nya adalah bentuk penghormatan dan pengakuan atas kekuasaan dan kebesaran Allah sebagai pencipta alam semesta.

Ungkapan “Bismillah” juga merupakan permohonan keberkatan daripada Allah SWT dengan sifatNya yang maha pemurah dan penyayang. 

Rasulullah Muhammad SAW mengajarkan umatnya untuk menyebut nama Allah sebelum memulakan segala sesuatu agar mendapatkan  perlindungan daripada segala kejahatan dan bencana. Selain itu, mengucapkan “Bismillah” sebelum melakukan sesuatu  juga mengundang keberkatan Allah.

Sabda Nabi SAW:

كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيم فهو أقْطَعُ

Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji Allah, maka amalan tersebut akan terputus.

Riwayat Ibnu Majah (1894)

Hukum Membaca Bismillah

Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan para fuqaha’ bersepakat bahawa disyariatkan menyebut lafaz basmalah bagi setiap amalan yang dilakukannya walaupun dengan menutup pintu rumah. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 8/92).

Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA. Sabda Nabi SAW:

وَأَغْلِقْ بَابَكَ، وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّه

Maksudnya: Tutuplah pintu rumah kamu (pada waktu malam) dan sebutlah nama Allah

Riwayat al-Bukhari (3280)

Walaubagaimanapun, makruh hukum menyebut nama Allah SWT atau lafaz basmalah ketika melakukan sesuatu perkara yang lagha atau perkara yang sia-sia seperti bermain alat muzik dan lain-lain.

Ini kerana lafaz basmalah itu sendiri merupakan lafaz yang memberi keberkatan dalam melakukan sesuatu perkara yang disyariatkan. Justeru, kami berpendapat meninggalkannya adalah lebih baik.

Contoh Penggunaan “Bismillah” dalam Kehidupan Seharian

Mengucapkan Bismillah atau Bismillahirrahmanirrahim adalah cara untuk mengingatkan diri sendiri bahwa segala sesuatu yang kita lakukan harus dimulai dengan nama Allah, dan kita berharap agar Allah memberi keberkatan dalam perkara tersebut. 

Bismillah (بِسْمِ اللَّهِ): Maksud, Huraian & Kepentingan

Sebelum Makan

Diriwayatkan daripada Umm Kulthum: Dari ‘Aisyah bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda:

“Apabila seseorang di antara kamu makan makanan, maka hendaklah dia mengucapkan: ‘Bismillah.’ Jika dia terlupa di awal, maka hendaklah dia mengucapkan: ‘Bismillah Fi Awwalihi Wa Akhirih (Dengan nama Allah di awal dan di akhirnya).”

Sebelum Masuk Ke Rumah

Jabir (Semoga Allah meredhai dia) melaporkan:

Aku mendengar Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Jika seseorang menyebut Nama Allah ketika masuk ke rumahnya atau makan, syaitan berkata kepada pengikutnya: ‘Kamu tidak akan mendapat tempat untuk bermalam dan makan malam.’ Tetapi jika dia masuk tanpa menyebut Nama Allah, syaitan berkata (kepada pengikutnya); ‘Kamu telah mendapat tempat untuk bermalam, dan jika dia tidak menyebut Nama Allah pada waktu makan, syaitan berkata: ‘Kamu telah mendapat tempat untuk bermalam serta makanan juga.’ – [Muslim] – Riyad As Salihin

Manfaat mengucapkan Bismillah

1. Menguatkan Hubungan Dengan Pencipta.

Memulakan tindakan anda dengan nama Allah memupuk rasa ‘kehambaan’ sekaligus menguatkan hubungan rohani anda dengan Allah. 

2. Perlindungan dari Keburukan.

Ungkapan in juga dipercayai akan memberikan perlindungan dari pengaruh negatif, termasuk bisikan-bisikan syaitan. Ia bertindak sebagai perisai terhadap kekuatan jahat.

3. Dikabulkan Permintaan/Doa.

Menurut hadis, sebarang permohonan yang bermula dengan Bismillah tidak akan ditolak oleh Allah. Ini menggambarkan kepentingan frasa ini dalam mencari berkat dan pertolongan.

4. Menyembuhkan

Apabila merasa kesakitan fizikal atau emosi, ucapkanlah Bismillah dengan ikhlas. Letakkan tangan di kawasan yang sakit semasa mengucapkan kalimah ini. Semoga dengan itu, Allah berikan kesembuhan. 

5. Amalan Seharian

Mengamalkan ucapan Bismillah ke dalam rutin harian sangat dianjurkan. Bermula daripada bangun tidur hingga pelbagai aktiviti harian seperti masuk tandas,  makan, sebelum pergi bekerja atau sekolah, dan sebagainya. Ia dapat menjauhkan daripada pengaruh negatif.

6. Melawan Ketidakadilan

Menulis ‘Bismillahirrahmanirrahim’ sebanyak 500 kali dan mengucapkan Bismillah sebanyak 150 kali dapat memberikan perlindungan apabila berurusan dengan individu yang tidak adil. Ini dipercayai dapat melindungi anda dari bahaya.

RUJUKAN: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4178-al-kafi-1603 

Bantu kami share artikel ini: