Bismillah 7 : Bacaan Rumi, Makna & Kelebihan Mengamalkannya

Bismillah 7 merupakan satu amalan doa yang boleh diamalkan oleh setiap umat Islam sebagai doa memohon perlindungan daripada Allah S.W.T.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang doa ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

Diharapkan artikel ini dapat membantu kita menjadi umat Islam yang lebih baik, dan dalam masa yang sama membantu dalam melindungi diri kita.

Apa itu Bismillah 7?

Bismillah 7 merupakan satu doa yang setiap pemulaan ayatnya dimulakan dengan lafaz bismillah yang membawa erti “Dengan nama Allah“. Amalan membaca bismillah tujuh ini tidak dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis, namun selagi tidak melanggar syarak ia boleh diamalkan.

Dengan mengamalkan doa ini, kita memohon Allah untuk menerangkan hati, meluaskan rezeki, memakbulkan segala hajat, menghindarkan kita dari segala penyakit serta mengelakkan dari gangguan jin dan syaitan.

Hal ini menyebabkan doa ini sangat popular dalam perubatan Islam. Kerana ia dipercayai dapat melakukan perkara-perkara di atas dan dikatakan juga dapat menjadi penawar bagi racun dan juga mengubati orang yang terkena sihir.

bismillah 7

Lafaz Ayat (Bacaan Rumi & Makna)

Berikut merupakan tujuh Lafaz Bismillah dalam Bismillah 7 yang boleh anda amalkan beserta makna dan bacaan rumi sebagai panduan anda:

BISMILLAH 1

بسمِ اللهِ فِي رُوحِي

Bismillahi fii ruuhi

Makna:Dengan nama Allah dalam Rohku

BISMILLAH 2

بسم الله في جسمي

Bismillahi fii jismii

Makna: Dengan nama Allah dalam badanku

BISMILLAH 3

بِسْمِ اللهِ فِي دَمِي

Bismillahi damii

Makna: Dengan nama Allah dalam darahku

BISMILLAH 4

بسمِ اللهِ فِي الحَمِي

Bismillahi fii lahmii

Makna: Dengan nama Allah dalam dagingku

BISMILLAH 5

بسْمِ اللهِ فِي عَصْبِي

Bismillahi fii ‘asbii

Makna: Dengan nama Allah dalam urat sarafku

BISMILLAH 6

بِسْمِ اللهِ فِي جَلْدِي

Bismillahi fii jildii

Makna: Dengan nama Allah dalam kulitku

BISMILLAH 7

بسمِ اللهِ فِي عَظْمِي

Bismillahi fii ‘azh mii

Makna: Dengan nama Allah dalam tulangku

Dapatkan Buku 101 Doa Harian Lengkap Berserta Rahsia Manfaat 99 Asmaul Husna Berserta bacaan RUMI ini di Shopee bagi mengetahui lebih lagi tentang doa-doa yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian anda.

Kelebihan Mengamalkan Bismillah 7

Bagi anda yang ingin mengamalkan doa ini, berikut merupakan kelebihan dab hikmah yang bakal anda peroleh daripada amalan ini:

  1. Mampu merapatkan hubungan suami isteri terutama yang telah dingin
  2. Dilindungi daripada segala penyakit
  3. Boleh dijadikan untuk memagar rumah dan pendinding diri dan keluarga
  4. Mengubati penyakit santau dan dilindungi daripada perbuatan jahat manusia.
  5. Melindungi diri daripada racun dan bahan-bahan yang berbahaya.
  6. Mengubati penyakit berbisa dan penyakit yang disebabkan oleh haiwan berbisa seperti kala jengking, ular, lebah dan sebagainya.
  7. Sebagai penawar ketika ditimpa musibah atau penyakit.

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda dalam memahami apa itu Bismillah Tujuh, dan seterusnya membantu kita bersama-sama menjadi umat Islam yang lebih baik, yang sentiasa dilindungi Allah S.W.T.

Baca juga: Doa Khatam Quran : Teks Doa Arab / Rumi Berserta Makna

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!