Doa Khatam Quran : Teks Doa Arab / Rumi Berserta Makna

Berikut adalah teks doa khatam Al-Quran beserta maknanya buat pengetahuan anda.

Sebagai seorang muslim, Al-Quran merupakan panduan hidup kita di muka bumi ini. Al-Quran merupakan rujukan utama umat Islam dalam semua perkara daripada kita bangun tidur sehingga kita tidur semula, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Setelah selesai membaca 30 juzuk Al-Quran, kita digalakkan untuk membaca doa khatam Al-Quran sebagai tanda kejayaan. Dengan membaca doa ini kita meminta kebaikan ke atas bacaan Al-Quran yang telah kita lakukan.

Doa Khatam Al-Quran

Perkataan Khatam itu sendiri membawa maksud menutup atau tamat, jadi doa khatam Al-Quran ini merujuk kepada satu doa yang dibaca apabila seseorang itu telah berjaya menamatkan 30 Juzuk bacaan Al-Quran mereka.

Doa khatam al-Quran ini juga merupakan satu doa yang makbul dan tidak akan ditolak permohonan seseorang yang membacanya. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan dalam ahthar tabiin berikut:

doa

Oleh itu, setiap individu yang khatam Al-Quran patut mengambil peluang untuk berdoa ketika dengan doa yang memberikan kebaikan buatnya dan ahli keluarganya serta umat Islam dan umat manusia sama ada kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.

Doa Versi Ringkas

Bagi anda yang ingin membaca doa khatam quran namun mempunyai kekangan masa, anda boleh baca doa di bawah:

  • الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن
  • واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً
  • الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِّيْنَا
  • وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا
  • وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ
  • آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار
  • واجْعَلهُ لَنَا حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن

ALLAAHUMMARHAMNAA BIL QUR’AANI. WAJ’ALHU LANAA IMAAMAN WA NUURAN WA HUDAN WA ROHMAH. ALLAAHUMMA DZAKKIRNAA MINHU MAA NUSIINAA WA ‘ALLIMNAA MINHU MAA JAHILNAA. WARZUQNII TILAA WATAHU AANAA-AL LAILI WA ATHROOFAN NAHAAR. WAJ’ALHU LANAA HUJJATAN YAA RABBAL ‘AALAMIIN.

Maksudnya: Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami dilupakan, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.

Makna doa:

Ya Allah rahmatkan kami dengan Al-Quran, dan jadikanlah Quran Imam, Cahaya, Hidayat dan Rahmat untuk kami. Ya Allah ingatkan kami dari Quran yang kami dilupakan, dan ajarilah kami dari Quran yang kami jahil akannya. Kurniakanlah kami membacanya siang dan malam. Dan jadikanlah Quran Pembela kami Wahai Rabbul ‘Alamin.

Dapatkan Al-Quran Tagging di Shopee, untuk dijadikan panduan bacaan anda nanti.

Doa Versi Panjang

Berikut merupakan doa khatam quran versi panjang. Jika anda mempunyai masa yang lebih panjang selepas selesai 30 juzuk, lebih baik anda membaca doa versi panjang ini:

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ.

اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَالَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ

Makna Doa:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuk dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran. Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah. Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”

doa khatam quran
doa khatam quran
doa khatam quran
Sumber: Facebook Bahagian Dakwah JAKIM

Kelebihan Membaca Al-Quran

Banyak kelebihan atau kebaikan yang boleh kita peroleh dengan membaca Al-Quran ini. Antaranya ialah:

  1. Sebagai Sumber Syafaat Di Akhirat Nanti. 
    • Di hari akhirat, al-Quran akan datang membawa pertolongan dengan melepaskan pembacanya dari kesusahan serta kesengsaraan, dan bakal menjadi pelindung buat pembacanya di padang Mahsyar di mana ia akan bertindak sebagai pembela utama di hari akhirat.
  2. Membaca Al-Quran Adalah Sebaik-Baik Amalan
    • Al-Quran disifatkan sebagai sumber peraturan dan hukum-hakam dalam mengawal tingkah laku manusia. Al-Quran turut mengajak pembacanya supaya mentauhidkan Allah serta bertakwa kepada Nya. Ia  merupakan sebaik-baik amalan dalam membangunkan jiwa setiap insan.
  3. Diberi Kemulian dan Ganjaran Dua Pahala Bagi yang Tidak Mahhir
    • Allah akan mengangkat martabat dan kemuliaan pembaca al-Quran. Mereka akan diletakkan bersama para rasul yang mulia.
    • Selain itu, golongan yang tidak mahir membaca akan turut diberikan ganjaran berganda sebagai ganjaran ke atas usaha mereka. 
  4. Keharuman jiwa
    • Golongan yang membaca al-Quran disifatkan sebagai buah yang harum dan manis rasanya.
  5. Mampu Memberikan Ketenangan
    • Manusia hanya akan beroleh ketenangan sekiranya fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat.  Al-Quran merupakan senjata yang mampu menumpaskan musuh-musuh jiwa seperti syaitan dan nafsu. Ia  ibarat penawar buat hati dan fikiran yang nescaya mampu memberikan ketenangan untuk hidup di dunia serta kebahagiaan di akhirat.
  6. Dikurniakan Pahala daripada Setiap Satu Huruf yang Dilafazkan
    • Allah yang Maha Pemurah memberikan pahala  yang amat besar kepada orang yang membaca al-Quran.  Malah, Baginda s.a.w turut berpesan, al-Quran adalah sumber bagi banyak kebaikan kerana ia membekalkan pahala yang melimpah.
  7. Rumahnya Bercahaya
    • Bacaan al-Quran baik dengan memahami erti atau tidak merupakan satu ibadah yang akan memberi faedah dan manfaat kepada pengamalnya. Justeru al-Quran akan memberikan cahaya yang terang benderang di dalam hati pembacanya serta cahaya di dalam rumah tempat ia dibaca.

Baca juga: Rukun Iman: Prinsip Kehidupan & Kepercayaan Umat Islam

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!