Bintang RTM 2024: Ujibakat, Keputusan & Senarai Peserta

Walaupun telah wujud banyak program realiti seumpanya, program Bintang RTM tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dalam industri hiburan tanah air.

Melalui platform ini jugalah telah lahirnya nama-nama berbakat besar dalam industri hiburan tanah air antaranya Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin, Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad, Rosemaria Abdul Hamid, Jennifer Yen, Dato’ Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Datuk Aznil Haji Nawawi  Ernie Zakri dan banyak lagi, sekadar menyebut beberapa nama.

Bintang RTM bakal kembali bagi musim 2024 setelah kali kali terakhir dianjurkan pada tahun 2018 yang menyaksikan menyaksikan Hariz merangkul gelaran juara.

Malaysian Book of Records juga pernah menamakan program ini sebagai pertandingan nyanyian paling lama bertahan dalam industri muzik Malaysia.

Sejarah Bintang RTM

Istilah “Bintang RTM” mula digunakan apabila Bakat Radio dan Bakat TV diselaraskan serta digabungkan menjadi Bintang RTM.

Sejarah pertandingan ini bermula pada awal 1959 dan dikenali sebagai “Bintang Radio”, sebuah program anjuran Radio Malaya.

Tetapi, pertandingan Bintang Radio hanya mengetengahkan lagu-lagu yang berentak langgam, asli, keroncong dan seriosa.

Pada tahun 1964, Bintang Radio telah memulakan siaran pertamanya di televisyen serta TV Malaya pula muncul untuk mencari bakat-bakat baru untuk pertandingan “Bakat TV”.

Pertandingan Akhir yang pertama telah disiarkan pada 26 Februari 1974 dan seterusnya, Bintang RTM menjadi acara tahunan sehingga tahun 1986.

Artikel berkaitan: Cara Terminate Akaun Netflix / Tukar Pelan Pakej Langganan

Konsep & Skim Pemarkahan

Berikut merupakan skim pemarkahan yang baru diperkenalkan oleh pihak Bintang RTM.

  • Vokal (mewakili 80%)
  • Persembahan dan penampilan (mewakili 20%)
  • Markah keseluruhan (100%)

Pembahagian markah kepada peserta adalah melibatkan juri profesional atau bebas untuk menilai kemantapan vokal, persembahan serta penampilan peserta. Berikut merupakan penilaian yang baru diperkenalkan oleh pihak Bintang RTM.

  • Panel penilai juri atau bebas lantikan RTM (100%).
  • Teknologi SMS (Untuk menarik perhatian daripada penonton)

Promosi: Dapatkan lanyard ekslusif RTM

Jadual Ujibakat

Pertandingan yang bermula pada Januari 2024 ini telah membuka ujibakat secara dalam talian pada 10 Julai hingga 10 September 2023. Ujibakat terbuka ini layak disertai oleh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 25 tahun.

Untuk pemilihan bagi program Bintang RTM 2024, beberapa sesi pemilihan dan ujibakat telah diadakah di seluruh pelosok tanah air seperti jadual berikut:

  • Utara (Pulau Pinang) – Royale Chulan Hotel Penang: 5 – 6 Ogos 2023
  • Selatan (Johor Bahru) – Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor: 18 – 20 Ogos 2023
  • Timur (Kuantan) – RTM Kuantan, Pahang: 26 – 27 Ogos 2023
  • Sabah (Kota Kinabalu) – RTM Kota Kinabalu, Sabah: 2 – 3 September 2023
  • Sarawak (Kuching) – Vivacity Megamall Kuching, Sarawak: 9 – 10 September 2023
  • Tengah (Kuala Lumpur): RTM Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur – 23 – 24 September 2023

Syarat kelayakan Bintang RTM 2023/2024

Bintang RTM hanya layak disertai oleh calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:

  • Mengisi borang penyertaan uji bakat secara lengkap.
  • Terdiri daripada warganegara Malaysia.
  • Had umur adalah 17 tahun hingga 25 tahun sahaja.
  • Taraf perkhawinan ialah bujang (belum pernah berkahwin).
  • Peserta yang amatur sahaja.
  • Belum pernah merakam album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman.
  • Menyertakan dengan lengkap satu salinan kad pengenalan.
  • Menyertakan sekeping gambar berwarna bersaiz poskad.
  • Menyanyikan lagu-lagu ciptaan tempatan atau antarabangsa sama ada lagu berirama Pop Kemersial, Balada, Rock, R&B, Jazz, Dangdut dan Pop Etnik.
  • Genre lagu yang tidak dibenarkan ialah irama ‘Trash’, ‘Punk’, ‘Heavy Metal’, ‘Black Metal’, ‘Underground’ dan lagu-lagu yang tidak diluluskan oleh pihak Rakam Khanah RTM

Video: Ujibakat BINTANG RTM

Senarai pesrta Bintang RTM 2024

Artikel akan dikemaskini setelah senarai penuh peserta Bintang RTM 2024 diumumkan oleh pihak RTM.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!