Skim Agihan Bina Rumah Untuk Guru KAFA Negeri Kedah

Berita baik buat guru KAFA di negeri Kedah yang merancang untuk membina rumah di atas tanah sendiri.

Permohonan bagi “Skim Agihan Bina Rumah” untuk Guru KAFA di negeri Kedah telah dibuka melalui Skim Pembiayaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Skim ini khusus untuk guru KAFA yang mengajar dan menetap di Kedah sahaja, terutamanya yang sudah berkeluarga tetapi masih belum mempunyai rumah sendiri untuk didiami.

Pinjaman ini adalah bagi pembinaan sebuah rumah bernilai RM57,000 (RM63,000 bagi yang tinggal di Langkawi) bagi pembinaan di tanah sendiri atau pasangan sahaja.

Tempoh permohonan

Permohonan bagi Skim Agihan Bina Rumah ini telah dibuka pada 1 Julai 2022.

Tarikh tutup permohonan pula adalah pada 22 Julai 2022.

Kepada guru KAFA yang layak anda dipersilakan menghantar permohonan dengan mengisi borang permohonan dan menghantarnya sebelum tarikh tutup permohonan.

Jenis pinjaman

guru kafa

Skim pembiayaan ini dilakukan dengan kerjasama BIMB dan LZNK.

LZNK membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu RM 28,500.00 manakala bagi daerah Langkawi RM 31,500.00.

Sementara itu, pembiayaan peribadi (pinjaman) dari pihak BIMB pula adalah 50% dari kos sebuah rumah.

Kadar bayaran bulanan adalah antara RM200-RM300 sebulan dalam tempoh 10 tahun.

Syarat permohonan

Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat berikut yang akan dipertimbangkan untuk skim pembiayaan ini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.
  • Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
  • Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.
  • Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari
  • RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.
  • Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.
  • Memiliki keluasan tanah sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi dan selamat dibina.
  • Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIMB

Cara memohon

Bagi individu yang berminat, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon skim pembiayaan ini:

  1. Layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun.
  2. Di bahagian “Skim Agihan Bina Rumah” muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang dengan menggunakan HURUF BESAR
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan (lihat senarai di bawah)
  6. Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.

Pastikan permohonan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan kerana permohonan yang dihantar selepas itu tidak akan dilayan sama sekali.

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.
  2. Salinan sijil perkahwinan, sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
  3. Slip elaun Guru KAFA (3 bulan terkini).
  4. Slip gaji pasangan/pengesahan pendapatan.
  5. Surat pengesahan jawatan daripada Majikan.
  6. Penyata bank pengkreditan elaun (3 bulan terkini).
  7. Penyata pendapatan (Borang B/eBE/EA/EC) terkini atau Penyata KWSP terkini.
  8. Salinan geran tanah yang disahkan.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!