Tajaan Pengajian LZNK 2022: Pengajian Asasi di UniSHAMS

Berita baik bagi pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian peringkat Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) kerana pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi tajaan pengajian LZNK bagi tahun 2022.

Tajaan pengajian LZNK ini adalah pengajian di peringkat Asasi sahaja, tidak seperti tajaan LZNK di UniSHAMS pada tahun 2021 yang lalu yang menaja pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Syarat permohonan

tajaan pengajian LZNK

Sebelum anda memohon, pastikan anda membacca dengan teliti syarat syarat permohonan di bawah.

Hanya calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh LZNK akan dipertimbangkan untuk tajaa pengajian ini:

  1. Pemohon beragama Islam dan sedang bermastautin / menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun
  2. Proses Permohonan kemasukan ke UniSHAMS akan diuruskan oleh LZNK untuk sesi pengajian 2022 (bagi pelajar yang belum membuat permohonan)
  3. Terbuka untuk semua bidang pengajian Asasi di UniSHAMS
  4. Permohonan dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-sekurangnya  LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah
  6. Bagi Permohonan Asasi Sains , Keputusan SPM sekurang-kurangnya B dalam Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan
  7. Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja

Bidang pengajian

Selain mmenuhi syarat-syarat kelayakan di atas, tajaan LZNK ini juga hanya terhad untuk pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang berikut sahaja:

  • Asasi Pengajian Islam
  • Asasi Pengurusan
  • Asasi Sains

Jenis tajaan

Pelajar yang menerima tajaan pendidikan LZNK selepas disaring kelak bakal menerima bantuan kewangan bagi perkara-perkara berikut:

  • Yuran Pendaftaran
  • Yuran Penginapan Asrama
  • Elaun Sara Hidup (Bulanan)
  • Yuran Pengajian di UniSHAMS sepanjang tempoh pengajian

Pelajar tajaan yang memperoleh keputusan yang cemerlang juga berpeluang cerah ditawarkan bantuan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS.

Cara memohon

Permohonan untuk tajaan pendidikan ini dilakukan secara dalam talian sepenuhnya.

Calon yang berminat boleh mula memohon dengan mengisi maklumat anda dalam borang Google Form di pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdJru5ZIyVLlsif01KdIKUPFUYSARLx-G9Dar13S6oMPSp8zg/viewform

Tarikh tutup permohonan pada 3 Julai 2022.

Pertanyaan dan makluman lanjut

Segala proses permohonan akan dilakukan secara dalam talian dan hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk proses seterusnya.

Namun sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai tajaan pengajian LZNK di UniSHAMS ini, boleh berhubung secara terus dengan Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 013-4592071.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!