Bila Tarikh PRN Johor 2026? Persoalan ini mula menjadi perhatian rakyat Johor susulan spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Walaupun tarikh rasmi masih belum diumumkan, terdapat beberapa maklumat dan jangkaan yang boleh dijadikan rujukan oleh pengundi.
Baca juga: MySPR Semak – Cara Semakan Pusat Mengundi PRN 2026 (SPR)
Dun Johor Dibubarkan
Baru-baru ini, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi dibubarkan berkuat kuasa 1 Jun 2026.
Pembubaran DUN Johor ini adalah selepas diperkenankan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selaras peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
Bila Tarikh PRN Johor?
Tarikh rasmi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 belum ditetapkan secara rasmi oleh SPR.
Namun demikian, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.
Senarai DUN di Johor & Ahli Dewan Negeri
Berikut adalah senarai DUN di Johor & Ahli Dewan Negeri yang bertanggungjawab berdasarkan keputusan PRN Johor 2022:
- N26: Machap – Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi
- N1: Buloh Kasap – Yang Berhormat Dato’ Zahari bin Sarip
- N50: Bukit Permai – Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor
- N33: Tenggaroh – Yang Berhormat Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy
- N11: Serom – Yang Berhormat Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On
- Â N44: Larkin – Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah
- N17: Semerah – Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Fared bin Haji Mohd Khalid
- N19: Yong Peng – Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon
- N30: Paloh – Yang Berhormat Tuan Lee Ting Han
- N8: Bukit Pasir – Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh
- N39: Tanjung Surat – Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin
- N53: Benut – Yang Berhormat Dato’ Ir. Hasni bin Mohammad
- N20: Semarang – Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari bin Jamali
- N31: Kahang – Yang Berhormat Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan
- N18: Sri Medan – Yang Berhormat Dato’ Haji Zulkurnain bin Kamisan
- N27: Layang-Layang – Yang Berhormat Tuan Haji Abd. Mutalip bin Abd. Rahim
- N29: Mahkota – Yang Berhormat Tuan Syed Hussien bin Syed Abdullah
- N22: Parit Raja – Yang Berhormat Puan Hajah Nor Rashidah binti Haji Ramli
- N34: Panti – Yang Berhormat Tuan Hahasrin bin Hashim
- N35: Pasir Raja – Yang Berhormat Puan Rashidah binti Ismail
- N56: Kukup – Yang Berhormat Datuk Haji Jefridin bin Atan
- N25: Rengit – Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi
- N3: Pemanis – Yang Berhormat Tuan Anuar bin Abd. Manap
- N5: Tenang – Yang Berhormat Puan Haslinda binti Salleh
- N14: Bukit Naning – Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Fuad bin Tukirin
- N9: Gambir – Yang Berhormat Tuan Sahrihan bin Jani
- N6: Bekok – Â Yang Berhormat Tuan Tan Chong
- N36: Sedili – Yang Berhormat Tuan Muszaide bin Makmor
- N4: Kemelah – Yang Berhormat Puan Saraswati a/p Nallathamby
- N55: Pekan Nanas – Â Yang Berhormat Tuan Tan Eng Meng
- N38: Penawar – Yang Berhormat Puan Fauziah binti Misri
- N54: Pulai Sebatang – Yang Berhormat Puan Hajah Hasrunizah binti Hassan
- N21: Parit Yaani – Yang Berhormat Datuk Mohamad Najib bin Samuri
- N16: Sungai Balang – Yang Berhormat Tuan Haji Selamat bin Takim
- N37: Johor Lama – Yang Berhormat Cik Norlizah binti Noh
- N43: Permas – Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib
- N47: Kempas – Yang Berhormat Datuk Haji Ramlee bin Bohani
- N24: Senggarang – Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Yusla bin Ismail
- N49: Kota Iskandar – Yang Berhormat Datuk Pandak bin Ahmad
- N40: Tiram – Yang Berhormat Tuan Haji Azizul bin Bachok
- N46: Perling – Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong
- N13: Simpang Jeram – Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Haji Nazri bin Abdul Rahman
- N45: Stulang – Yang Berhormat Tuan Chen Kah Eng
- N41: Puteri Wangsa – Yang Berhormat Puan Amira Aisya binti Abd. Aziz
- N42: Johor Jaya – Yang Berhormat Cik Liow Cai Tung
- N23: Penggaram – Yang Berhormat Puan Gan Peck Cheng
- N51: Bukit Batu – Yang Berhormat Tuan Chiong Sen Sern
- N12: Bentayan – Yang Berhormat Tuan Ng Yak Howe
- N10: Tangkak – Yang Berhormat Tuan Ee Chin Li
- N28: Mengkibol – Yang Berhormat Tuan Chew Chong Sin
- N48: Skudai – Yang Berhormat Puan Marina binti Ibrahim
- N2: Jementah – Yang Berhormat Puan Ng Kor Sim
- N52: Senai – Yang Berhormat Tuan Wong Bor Yang
- N7: Bukit Kepong – Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Sahruddin bin Haji Jamal
- N32: Endau – Yang Berhormat Puan Hajah Alwiyah binti Talib
- N15: Maharani – Â Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Aziz bin Talib

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hotline SPR di 03-8892 7218 atau layari https://www.spr.gov.my/aduan-pertanyaan/
Anda juga boleh rujuk di sini senarai Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN): https://spr.gov.my/cawangan/
Soalan Lazim Tarikh PRN Johor
DUN Johor dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Pembubaran ini membolehkan rakyat Johor memilih kerajaan negeri yang baharu untuk penggal seterusnya.
Pembubaran DUN Johor diperkenankan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
Ya. DUN Johor masih mempunyai baki tempoh sebelum tamat secara automatik, namun pembubaran awal dibuat bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.
Sebanyak 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan dalam PRN Johor ke-16.
Tarikh rasmi penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui mesyuarat khas yang akan diumumkan kemudian.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertanggungjawab menetapkan semua tarikh penting berkaitan PRN Johor ke-16.
Keputusan PRN Johor 2022 adalah seperti berikut:
Barisan Nasional (BN): 40 kerusi
Pakatan Harapan (PH): 12 kerusi
Perikatan Nasional (PN): 3 kerusi
MUDA: 1 kerusi
Selepas pembubaran DUN, SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen, pengundian awal dan hari pengundian.
PRN Johor ke-16 diadakan bagi memilih wakil rakyat dan membentuk kerajaan negeri Johor yang baharu untuk penggal pentadbiran seterusnya.
Pilihan raya ini akan menentukan parti atau gabungan yang akan mentadbir Johor serta meneruskan dasar dan agenda pembangunan negeri bagi beberapa tahun akan datang.




