Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) di Sabah, Sarawak dan Labuan. Ini bermaksud, penggunaan fleet card diperkenalkan untuk pembelian diesel bersubsidi dengan kelulusan dan senarai kenderaan. Permohonan SKDS bagi kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Labuan dibuka mulai 4 Mei 2026 melalui portal MySubsidi.
Pastikan syarat kelayakan dipenuhi dan permohonan dikemukakan mengikut tempoh ditetapkan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara permohonan.
Pengenalan / Ringkasan SKDS Sabah, Sarawak & Labuan 2026
Pelaksanaan penyaluran subsidi bahan api diesel bagi sektor pengangkutan darat barangan melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan. Fasa awal peluasan ini akan melibatkan permohonan pendaftaran menyertai SKDS bagi syarikat-syarikat sektor pengangkutan darat barangan di ketiga-tiga wilayah bermula 4 Mei 2026.
Kenderaan-kenderaan yang didaftarkan di bawah SKDS oleh syarikat-syarikat pengangkutan darat barangan yang berkelayakan boleh memanfaatkan subsidi diesel tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kadar harga subsidi semasa bagi SKDS sektor pengangkutan darat barangan adalah RM2.15 seliter.
Pembelian diesel bersubsidi bagi sektor pengangkutan darat barangan akan dilaksanakan menggunakan kaedah fleet card.
Bagi syarikat pengangkutan darat barangan yang telah diluluskan di bawah SKDS, permohonan fleet card perlu dibuat kepada syarikat minyak pilihan dengan mengemukakan surat kelulusan berserta senarai kenderaan yang boleh dicetak melalui sistem SKDS.

Syarat Permohonan SKDS Sabah, Sarawak & Labuan 2026
Syarat-syarat kelayakan pendaftaran SKDS bagi kenderaan pengangkutan darat barangan ialah seperti berikut:
- Mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah dan aktif;
- Berdaftar sebagai kenderaan perdagangan dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah atau Sarawak;
- Syarikat/Perniagaan/Koperasi/Perdagangan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM); dan
- Tersenarai dalam 23 kategori kenderaan darat barangan yang diluluskan di bawah SKDS.

23 Jenis Kenderaan Layak Di Bawah SKDS ialah :
- Lori Rigid – Kargo Am
- Lori Refrigerated
- Penggerak Utama / Articulated Vehicle
- Lori Rigid – Kandang Haiwan
- Lori Rigid – Hasil Pertanian
- Lori Rigid – Kombinasi
- Lori Tangki Rigid – Air
- Window Van
- Panel Van
- Lori Rigid – Luton
- Lori Rigid – Sampah
- Lori Rigid – Minuman Botol
- Bas Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid – Tangki Tepung
- Lori Tangki Rigid – Minuman
- Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid – Curtainsider
- Bas Food Catering
- Lori Rigid – Open Platform
- Van Perkhidmatan Bergerak
- Lori Food Catering
- Van Food Catering
- Semi Panel Van
Kategori Pendaftaran
Kategori pendaftaran ialah seperti berikut:
- Kategori Syarikat bagi kenderaan perdagangan yang berdaftar di bawah SSM;
- Kategori Koperasi/PBT bagi kenderaan perdagangan yang berdaftar di bawah SKM atau PBT; dan
- Kategori Pemilikan Tunggal bagi kenderaan perdagangan yang berdaftar di bawah nombor MyKad Individu dan berdaftar dengan LPKP Sabah atau Sarawak.
Cara Permohonan SKDS
Permohonan untuk mendapatkan manfaat subsidi diesel bagi sektor pengangkutan ini boleh dibuat melalui portal MySubsidi di pautan mysubsidi.kpdn.gov.my bermula 4 Mei 2026, jam 9.00 pagi.
Bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar, semua syarikat/entiti perniagaan yang berkelayakan dimohon menyemak kelayakan kenderaan serta syarat-syarat permohonan yang ditetapkan, termasuk membuat pemilihan kategori pendaftaran yang tepat.
Syarikat dibenarkan untuk memilih sehingga maksimum tiga syarikat minyak untuk mengemukakan permohonan fleet card daripada pilihan berikut:
- PETRONAS
- Talian: 1-300-88-8282
- Pautan: https://www.mymesra.com.my/for-business/smartpay
- Shell
- Talian: 1-300-22-8181
- Pautan: https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html
- Petron
- Talian: 1-800-88-8298
- Pautan: https://www.petronfleetcard.com.my/
Tempoh pemprosesan dan penghantaran fleet card dianggarkan antara dua hingga tiga minggu bergantung kepada proses dalaman syarikat minyak pilihan masing-masing.

Pada masa yang sama, tempoh sah laku surat kelulusan SKDS adalah bergantung kepada tempoh sah laku LKM atau cukai jalan kenderaan. Sehubungan itu, LKM atau cukai jalan kenderaan hendaklah dikemas kini sebelum 28 hari bulan setiap bulan dan tarikh tamat LKM tersebut perlu melangkaui bulan berikutnya bagi memastikan pemohon layak mendapat subsidi bulan berikutnya.
Info Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkaitan SKDS boleh diajukan ke Pusat Panggilan yang tersedia antara hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh menghubungi Pusat Panggilan Negeri menerusi talian berikut:
i. Pusat Panggilan KPDN W.P. Putrajaya: 03-8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667 / 6331 / 6557
ii. Pusat Panggilan KPDN Sabah: 088-484553 / 088-484368
iii. Pusat Panggilan KPDN Sarawak: 082-537700 / 082-537713
iv. Pusat Panggilan KPDN W.P. Labuan: 087-423152 / 087-423209
v. Portal MySubsidi (https://mysubsidi.kpdn.gov.my)
KPDN menyeru syarikat/entiti perniagaan sektor pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang layak untuk memohon kemudahan subsidi di bawah SKDS. Kerajaan kekal komited memastikan dasar penyaluran subsidi dilaksanakan secara seimbang, inklusif dan berkesan demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi negara.



Soalan Lazim Pelaksanaan SKDS Sabah, Sarawak & Labuan
Berikut soalan lazim berkenaan sistem ini :
SKDS atau Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi ialah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah KPDN untuk mengurus pengagihan diesel bersubsidi kepada kenderaan awam dan barangan yang layak melalui platform MySubsidi Diesel bagi mengurangkan kos operasi logistik. Program ini, termasuk SKDS 2.0, menggunakan sistem fleet card untuk merekodkan pengisian bahan api bagi memastikan subsidi disasarkan kepada kumpulan sasar
SKDS terbuka kepada syarikat atau entiti perniagaan dalam sektor pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
Kenderaan mesti:
Ada LKM sah & aktif
Berdaftar sebagai kenderaan perdagangan (LPKP)
Syarikat berdaftar dengan SSM / SKM / PBT
Permohonan dibuka mulai 4 Mei 2026, jam 9.00 pagi melalui portal MySubsidi.
Kadar subsidi semasa ialah RM2.15 seliter, tertakluk kepada perubahan kerajaan.
Syarikat yang lulus perlu guna fleet card.
Permohonan fleet card dibuat melalui syarikat minyak seperti: PETRONAS, Shell, Petron dan lain-lain.
(Tempoh proses: sekitar 2–3 minggu)
Untuk kekalkan kelayakan subsidi:
-LKM mesti dikemas kini sebelum 28 haribulan setiap bulan
-Tarikh tamat LKM mesti melepasi bulan seterusnya
Jika tidak, boleh hilang kelayakan subsidi bulan berikutnya.




