Geran LiKES TalentCorp memberi bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta syarikat pemula (start-ups) menampung kos elaun bagi menyediakan program latihan amali (internship) yang berbayar dan berstruktur.
Ini bermaksud, setiap syarikat SME/syarikat pemula (start-ups) yang ambil intern berpeluang menerima geran pendahuluan sebanyak RM2,000 (untuk pengambilan sehingga 5 pelatih) dan/atau cashback 50% bagi kos elaun yang dibayar selepas tamat latihan.
Rujuk penerangan lanjut mengenai Geran LiKES TalentCorp di bawah.
Apa Itu Geran LiKES TalentCorp?
Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS & Syarikat Pemula (LiKES) ialah bantuan kewangan daripada kerajaan melalui TalentCorp.
Insentif ini diwujudkan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta syarikat pemula (start-ups) di Malaysia menawarkan program praktikal (internship) yang berbayar dan tersusun, tanpa perlu risau tentang beban kos yang tinggi.
Melalui LiKES, syarikat boleh melatih bakat muda, memperkukuh tenaga kerja, dan memberi pendedahan industri yang sebenar kepada pelajar.
Pada masa yang sama, syarikat dapat menguruskan kos operasi mereka dengan lebih cekap.


Untuk tahun 2026, TalentCorp telah menambah baik inisiatif ini dengan menyediakan pilihan dana yang lebih fleksibel demi menyokong aliran tunai dan keperluan pengambilan pekerja oleh majikan.
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia (KESUMA), majikan yang layak kini boleh menerima dana pendahuluan (upfront) sebanyak RM2,000 di bawah program LiKES, bermula 1 Mac 2026.
Secara ringkasnya, LiKES membantu majikan untuk:
- Mengurangkan kos mengambil pelajar praktikal (interns).
- Melatih bakat muda untuk dijadikan calon pekerja tetap pada masa hadapan.
- Menyediakan pengalaman kerja yang bermakna dan tersusun.
- Membolehkan PKS memainkan peranan yang lebih besar dalam membangunkan bakat negara.
- Menyokong peralihan pelajar daripada alam pengajian ke alam pekerjaan.
Bagi tahun 2026, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan di bawah Geran Padanan LiKES untuk menyokong PKS dan syarikat pemula (start-ups) di seluruh negara.

Siapa Boleh Mohon Geran LiKES TalentCorp?
Sistem geran LiKES ini mewajibkan kedua-dua pihak iaitu Syarikat dan Pelajar untuk memenuhi syarat di bawah supaya duit bantuan boleh diluluskan:
| Syarikat (Company) | Pelatih (Intern) |
|---|---|
| PKS dan syarikat pemula (start-ups) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan pendaftaran perniagaan sah lain yang diterima di Malaysia. | Warganegara Malaysia yang belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi di Malaysia atau di luar negara. |
| Menyediakan penempatan latihan industri untuk tempoh minimum 2.5 bulan dan maksimum 12 months. | Mendapat tawaran latihan industri dengan Syarikat di bawah program LiKES. |
| Membayar elaun bulanan minimum kepada pelatih mengikut tahap (tier) yang ditetapkan. | Menjalani latihan industri di dalam Malaysia. |
| Melengkapkan struktur modul latihan industri dan huraian kerja (job description). | Telah menyelesaikan pendaftaran di MyNext Talent melalui portal talent.mynext.my. |
| Berdaftar dan diluluskan oleh TalentCorp. | Menyelesaikan latihan industri sebelum tamat program pengajian mereka. |

Maksud PKS(SME) & Syarikat Pemula
Sesebuah syarikat layak dikira sebagai PKS jika ia memenuhi salah satu daripada kriteria jualan tahunan (pulangan jualan) ATAU bilangan pekerja sepenuh masa berikut:
| Kategori Syarikat | Sektor Pembuatan (Manufacturing) | Sektor Perkhidmatan & Sektor Lain (Services & Others) |
|---|---|---|
| Mikro (Semua Sektor) | Jualan tahunan kurang RM300,000 OR pekerja kurang 5 orang. | Jualan tahunan kurang RM300,000 OR pekerja kurang 5 orang. |
| Kecil (Small) | Jualan RM300,000 hingga kurang RM15 juta OR pekerja 5 hingga kurang 75 orang. | Jualan RM300,000 hingga kurang RM3 juta OR pekerja 5 hingga kurang 30 orang. |
| Sederhana (Medium) | Jualan RM15 juta hingga RM50 juta OR pekerja 75 hingga 200 orang. | Jualan RM3 juta hingga RM200 juta OR pekerja 30 hingga 75 orang. |
Syarikat anda dikira sebagai Start-up jika memenuhi ketiga-tiga syarat ini:
- Syarikat ditubuhkan di Malaysia selama lebih daripada dua (2) tahun tetapi tidak melebihi lima (5) tahun.
- Jumlah pendapatan tahunan dan/atau saiz pelaburan adalah kurang daripada RM20 juta.
- Perniagaan berasaskan inovasi dan disruptive, dan menggunakan teknologi (technology-enabled).

Pilihan Pembiayaan LiKES
Kelayakan geran/geran padanan LiKES bergantung kepada aktiviti latihan industri:
1. Geran Pendahuluan RM2,000 (Advance Grant)
- Menerima RM2,000 secara upfront (awal) untuk mengurangkan kos permulaan latihan industri dan menyokong aliran tunai awal syarikat.
- Terpakai untuk latihan industri yang bermula dari Mac 2026.
- Syarat tempoh latihan industri mestilah minimum 4 bulan.
2. Geran Padanan 50% (Bayar & Tuntut / Pay & Claim)
- Majikan membayar elaun bulanan intern terlebih dahulu, kemudian menuntut semula reimbursement (pemulangan wang) sehingga 50% berdasarkan kadar yang diluluskan.
- Had tuntutan maksimum adalah RM850 sebulan untuk setiap intern.
- Tempoh tuntutan ditanggung sehingga 12 bulan.

Bagaimana Geran LiKES TalentCorp Berfungsi?
Geran Padanan Penempatan Latihan Industri (LiKES) menyokong SME dan syarikat pemula (start-ups) mengambil pelatih industri tanpa membebankan aliran tunai perniagaan.
Berikut ialah bagaimana LiKES berfungsi:
1. Pelatih yang Bermula pada Tahun 2025
- Jika intern anda mula masuk praktikal pada tahun 2025, dia tertakluk kepada mekanisma Geran Padanan (Bayar & Tuntut) sebelum ini.
- Majikan bayar dulu elaun penuh mereka, kemudian tuntut semula bantuan tetap sebanyak RM250 atau RM300 sebulan mengikut kategori yang ditetapkan.
2. Pelatih yang Bermula pada Tahun 2026
- Jika intern baru mula masuk pada tahun 2026, anda layak menggunakan sistem insentif baharu LiKES , iaitu gabungan Duit Pendahuluan RM2,000 dan/atau Subsidi Elaun 50% (Bayar & Tuntut).


Had Maksimum Tuntutan Bagi Setiap Majikan
Geran LiKES TalentCorp mengehadkan jumlah tuntutan mengikut peraturan berikut:
1. Maksimum 10 Orang Intern: Sesebuah syarikat hanya boleh menuntut manfaat geran LiKES ini untuk maksimum 10 orang pelatih sahaja secara keseluruhan.
2. Had Duit Pendahuluan (Maksimum 5 Orang): Bantuan tunai upfront RM2,000 itu terhad untuk 5 orang intern pertama sahaja (diberi keutamaan mengikut tarikh paling awal mereka mula bekerja).
3. Peraturan Jika Ambil Lebih 5 Intern: Jika syarikat anda mengambil lebih daripada 5 orang intern:
- Intern ke-1 hingga ke-5: Dapat Duit Pendahuluan RM2,000 + Subsidi Elaun 50%.
- Intern ke-6 hingga ke-10: Tiada lagi duit pendahuluan RM2,000, tetapi mereka masih layak dituntut di bawah Geran Padanan 50% (Bayar & Tuntut).

Elaun Bayaran Intern
Berikut ialah kadar elaun (minimum) yang wajib majikan bayar kepada intern, serta jenis bantuan wang yang akan dibayar balik oleh TalentCorp mengikut kelayakan akademik pelajar:
| Kategori (Tier) | Elaun Bulanan Minimum | Bayaran Balik oleh TalentCorp |
|---|---|---|
| Tahap 1 (Tier 1) Sijil termasuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1–3, Diploma, atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). | RM500.00 | 1. Geran Pendahuluan RM2,000 untuk tempoh latihan industri selama 4 bulan. dan/atau 2. Bayaran balik (subsidi) 50% daripada elaun bulanan yang dibayar. Jumlah tuntutan bulanan had maksimum RM850/sebulan untuk tempoh sehingga 12 bulan. |
| Tahap 2 (Tier 2) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Ijazah Sarjana Muda (Bachelor’s Degree), Ijazah Sarjana (Master’s Degree), atau Sijil Profesional. | RM600.00 | 1. Geran Pendahuluan RM2,000 untuk tempoh latihan industri selama 4 bulan. dan/atau 2. Bayaran balik (subsidi) 50% daripada elaun bulanan yang dibayar. Jumlah tuntutan bulanan had maksimum RM850/sebulan untuk tempoh sehingga 12 bulan. |

Kalkulator LiKES
Majikan boleh menggunakan Kalkulator LiKES untuk mengira anggaran kelayakan geran berdasarkan tarikh mula pelatih, tempoh latihan, elaun, dan tahap (tier) akademik pelatih.
Sebagai contoh:
- Tahap Pelatih: Ijazah Sarjana Muda / Degree
- Elaun Bulanan: RM1,200
- Tarikh Mula: Mac 2026
- Tempoh: 6 bulan
Masukkan semua info ini ke dalam Kalkulator LiKES dan klik ‘Calculate My Grant’.

Sebagai majikan, anda boleh lihat jumlah geran yang layak diterima seperti di bawah:

Cara Mohon & Tuntut Geran LiKES 2026
Untuk memohon LiKES 2026 dan claim semula bayaran, anda boleh rujuk cara-caranya berikut:
Langkah 1: Pendaftaran Awal (Ambil masa ~10 Hari Bekerja)
- Layari portal TalentCorp di talentcorp.com.my & isi borang pendaftaran (klik Register now di bahagian bawah).
- Atau, terus klik pautan berikut: [Registration Form] Latihan Industri Untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (LiKES 2026)

Langkah 2: Muat Naik Dokumen Syarikat & Intern (~14 Hari Bekerja)
- Selepas pendaftaran awal lulus, syarikat akan menerima e-mel pengesahan dan perlu melengkapkan semua butiran.
- MUAT NAIK: Surat Penerimaan (Acceptance Letter), Salinan Kad Pelajar, Surat Tawaran (Offer Letter) kepada intern, Maklumat Intern, Struktur Rangka Kerja & Huraian Kerja Latihan Industri, Maklumat Bank, dan Surat Aku Janji.
Langkah 3: Kelulusan & Penilaian Majikan (~5 Hari Bekerja)
- Syarikat akan dapat emel kelulusan rasmi bersama satu borang penilaian. Proses untuk urusan bayaran kepada syarikat hanya akan bermula selepas anda isi borang penilaian tersebut. Ingatkan juga intern anda untuk daftar akaun di MyNext Talent.
4. Langkah 4: E-mel Tuntutan Bayaran Balik (~14 Hari Bekerja)
- Syarikat menerima akan menerima emel rasmi yang memaparkan nama intern dan jumlah duit subsidi yang bakal dimasukkan ke akaun syarikat. Pastikan akaun bank tiada masalah supaya urusan pemindahan wang dalam tempoh 14 hari ini berjalan lancar.
5. Langkah 5: Notis Nasihat Pembayaran
- Kerajaan akan menghantar satu resit atau emel notis transaksi bagi membuktikan duit bantuan geran tersebut sudah selamat ditransfer masuk ke dalam akaun bank syarikat anda.
6. Langkah 6: Selesai & Penilaian Pelatih
Proses selesai! Intern wajib mengisi borang penilaian pelatih yang disediakan di dalam sistem bagi mengesahkan mereka telah tamat menjalani praktikal.

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS & Syarikat Pemula (LiKES), sila rujuk:
- Portal TalentCorp
- Facebook TalentCorp Malaysia
- Emel: [email protected] / [email protected]
- Talian: +60 3-7839 7000
Muat Turun:

Soalan Lazim Geran LiKES TalentCorp 2026
Ia adalah bantuan kewangan daripada kerajaan melalui TalentCorp untuk membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) serta syarikat pemula (start-ups) yang menyediakan program latihan amali (internship) kepada pelajar praktikal (intern).
– RM2,000 sekaligus: Diberi sebagai pendahuluan (Advance Grant) untuk kos pengurusan/latihan.
– Subsidi elaun bulanan: TalentCorp akan bayar balik 50% daripada elaun bulanan intern, maksimum RM850 sebulan.
Semua PKS dan start-ups yang berdaftar di Malaysia (ada SSM) dan mempunyai pegangan ekuiti warga tempatan sekurang-kurangnya 51%. Syarikat besar atau GLC tidak layak.
– Untuk dapat RM2,000: Tempoh praktikal mesti minimum 4 bulan dan pelajar mula bekerja pada/selepas 1 Mac 2026.
– Untuk subsidi elaun bulanan: Tempoh praktikal mesti antara 2.5 bulan hingga 12 bulan.
Tidak. Duit RM2,000 itu dimasukkan terus ke akaun bank syarikat (majikan) untuk membantu kos operasi, bukan dibayar kepada pelajar.
Layari portal TalentCorp di talentcorp.com.my & isi borang pendaftaran (klik Register now di bahagian bawah). Atau, terus klik pautan berikut: [Registration Form] Latihan Industri Untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (LiKES 2026)







