Advertisements

BINGKAS Selangor 2022: Bantuan RM300 Bulan / 12 Bulan

Advertisements

Untuk makluman semua, bagi tahun 2022 ini, Kerajaan Selangor akan melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Ia merupakan program baharu yang memberikan bantuan sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak pasca COVID-19.

BINGKAS boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan tersebut.

Apakah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)?

Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga termasuk ibu tunggal yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) di bawah inisiatif baharu yang dilaksanakan di bawah program BINGKAS.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 30,000 keluarga di Selangor akan menerima manfaat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dengan peruntukan RM108 juta dan jangkaan 180,000 penerima manfaat.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM300 sebulan selama 12 bulan, iaitu berjumlah RM3,600.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Syarat Kelayakan

Bantuan ini diperuntukkan untuk keluarga dan ibu tunggal, termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.

Dengan program BINGKAS, bukan sahaja ibu miskin akan mendapatkan bantuan tetapi keluarga-keluarga miskin lain yang tercicir sebelum ini boleh dirangkumi sekali, bukan sahaja 21,000 orang penerima sedia ada di dalam program KISS akan menikmati manfaat daripada BINGKAS tetapi tambahan 9000 kuota di bawah program BINGKAS telah membenarkan permohonan baru supaya tiada yang tercicir.

Syarat kelayakan lanjut akan diperincikan dan diumumkan dalam masa terdekat.

Cara Memohon

Cara memohon bantuan ini akan diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Maklumat Lanjut BINGKAS Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Facebook Rasmi Menteri Besar Selangor Amirudin Shari atau Media Selangor.

Leave a Comment