Tawaran Biasiswa UTMNexus Untuk Bakal Pelajar PhD

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini menawarkan Biasiswa UTMNexus bagi pelajar yang bakal menyambung pengajian ke peringkat PhD.

Biasiswa ini ditawarkan kepada calon yang cemerlang dalam bidang akademik serta berpotensi dalam menyumbang kepada bidang Penyelidikan dan Inovasi di UTM.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kelebihan dan syarat permohonan biasiswa ini serta cara membuat permohonan mulai 1 Ogos hingga 30 September 2022.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Untuk Siswa Ijazah Sarjana Muda

Manfaat Biasiswa UTMNexus

Penerima biasiswa bakal menerima faedah seperti berikut :

  • Tajaan yuran pengajian bagi Semester 1 hingga 6.
  • Elaun bulanan sebanyak RM2,250 untuk 36 bulan.

Calon-calon terpilih hendaklah menunjukkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik sepanjang pengajian serta menyumbang kepada keunggulan bidang Penyelidikan dan Inovasi di UTM.

Syarat-Syarat Kelayakan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun daripada tarikh permohonan.
  • Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke Program Doktor Falsafah (sepebuh masa) bagi semester 1 2022/2023 sebelum 30 September 2022.
  • Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan pengajian daripada mana-mana syarikat, yayasan, agensi kerajaan, atau badan penaja.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dalam program Sarjana.
  • Permohonan juga dibuka kepada pelajar baharu program PhD (Fast-Track) UTM Semester 1.
UTMNexus

Tarikh Permohonan

Calon yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon bermula 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.

Cara Memohon Biasiswa UTM Nexus 2022

Calon boleh kemukakan permohonan menerusi pautan berikut selepas tarikh permohonan dibuka. http://pgs.utm.my/openbiasiswa/account/login.aspx

Maklumat lanjut dan panduan pengguna bagi permohonan UTMNexus ini boleh didapati di: https://sps.utm.my/scholarship/

MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA

Manual pengguna Sistem Permohonan Biasiswa ini disediakan oleh pihak SPS bagi tujuan memudahkan pelajar membuat permohonan UTMNexus.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa UTMNexus, sila hubungi Sekolah Pengajian Siswazah di talian 07-5537816/37769 atau email ke [email protected].

Permohonan kemasukan ke program pascasiswazah UTM boleh dibuat di laman web: https://admission.utm.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!