Tawaran Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Untuk Siswa Ijazah Sarjana Muda

Sukacita dimaklumkan bahawa IOI Group kini menawarkan Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng bagi pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ekstrakurikuler.

Bukan sahaja tajaan kewangan, malah penerima biasiswa juga berpeluang untuk mendapat latihan serta pengalaman praktikal sebelum bekerja.

Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA atau IPTS dalam Malaysia dialu-alukan untuk memohon.

Teruskan membaca untuk ketahui maklumat lanjut mengenai permohonan biasiswa ini.

Baca Juga : Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022/2023

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022.

Kadar Biasiswa Yang Ditawarkan

Tajaan biasiswa ini akan merangkumi kos pembiayaan pengajian serta kemudahan pelajar termasuk yuran, penginapan, buku serta perbelanjaan harian.

Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng

Bidang Pengajian Yang Terlibat

Bidang pengajian yang ditaja oleh biasiswa ini adalah :

  • Kejuruteraan (Mekanikal / Elektrik & Elektronik / Elektrik & Instrumen / Kimia / Mekatronik)
  • Kimia / Teknologi Makanan
  • Sains Komputer / Teknologi Maklumat
  • Kejuruteraan Pertanian / Pengurusan Perladangan
  • Sains Persekitaran
  • Perakaunan / Kewangan

Syarat Permohonan

Calon perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

Syarat-Syarat Asas

  1. Mendapat keputusan pra-universiti minimum seperti berikut:
  • Peringkat STPM/A – minimum 2A
  • Peperiksaan Bersepadu Sekolah Cina (UEC-SM3)
  • Asasi – PNGK minimum 3.5
  • TER Australia – minimum 90.0

2. Pelajar tahun pertama/Kedua mesti mempunyai PNGK semasa sekurang-kurangnya 3.3, Kepujian Kelas Kedua Atas atau setaraf.

3. Mempunyai pencapaian kokurikulum yang cemerlang dan kualiti kepimpinan.

4. Bersedia untuk berkhidmat dengan syarikat IOI Group untuk tempoh tertentu selepas berjaya menamatkan pengajian.

5. Tidak boleh menerima sebarang bentuk biasiswa daripada organisasi lain dan bebas daripada sebarang kewajipan pekerjaan pada masa hadapan.

6. Mereka yang sedang mengikuti pengajian Asasi dan Program Pra-Ijazah tidak layak memohon.

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng

Calon yang berkelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian dengan mengisi borang di pautan berikut :

https://yayasan.ioigroup.com/scholarship_online

Calon juga boleh muat turun borang di bawah :

Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng

Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar dan sampai ke alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan :

The Secretariat – Scholarship for Bachelor Degree

Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng

Level 29, IOI City Tower Two, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya.

Calon akan menerima e-mel pengesahan sebaik sahaja permohonan diterima.

Sekiranya calon belum menerima menerima e-mel pengesahan atau menerima mesej ralat semasa/selepas menyerahkan permohonan anda, sila simpan tangkapan skrin halaman/mesej ralat dan hantar ke [email protected].

Saringan Permohonan

Calon akan disaring dan disenarai pendek dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup.

Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan menerusi emel dan telefon dan diminta untuk hadiri sesi temuduga.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng, sila ajukan emel ke [email protected] atau hubungi nombor di talian 03-8947 6605.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!