Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim (Master & PhD) 2021

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim (BSI) dibuka bermula 21 September sehingga 30 September 2021 khusus untuk pelajar IJAZAH SARJANA (MASTER) DAN DOKTOR FALSAFAH (PhD) SEPENUH MASA SAHAJA dan terbuka kepada pelajar IPTA.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat permohonan dan cara memohon.

Syarat Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim

Syarat am permohonan

  1. Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
  3. Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
  4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  5. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
  6. Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
  7. Pengajian adalah sepenuh masa
  8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
  9. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat

Syarat khusus akademik

Peringkat Ijazah Sarjana

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

Peringkat Doktor Falsafah

  • Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 75 – 4.00 atau setara
  • Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT

Dokumen yang diperlukan (YANG TELAH DISAHKAN)

  1. Salinan Slip permohonan
  2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga
  3. Salinan surat tawaran pengajian
  4. Salinan Transkrip bagi taraf pengajian sebelum
  5. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi yang sedang mengikuti pengajian sahaja)
  6. Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian

Penting ! Salinan Sijil-sijil penyertaan / penghargaan

 Nota : Saringan pelajar adalah berdasarkan skor di dalam pencapaian akademik bagi taraf pengajian yang sedang diikuti. Justeru itu, pemohon dinasihatkan menyertakan seberapa banyak sijil sokongan bagi mebuktikan kecermerlangan akademik di dalam bidang masing-masing.  

Tempoh Tajaan Biasiswa Sultan Ibrahim

  • Ijazah Sarjana : 1 hingga 2 tahun
  • Doktor Falsafah (PhD) : 3 hingga 4 tahun

Kadar Biasiswa

KATEGORIYURAN PENGAJIAN (Sepanjang Pengajian)ELAUN SARA HIDUP (Setahun)
Ijazah sarjanaTidak Melebihi RM 10,000RM 12,000
Doktor FalsafahTidak Melebihi RM 24,000RM 18,000

Baca juga : Permohonan Biasiswa DRB-Hicom University 2021

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 21 September sehingga 30 September 2021.

Cara Permohonan

Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) dan hantar slip permohonan beserta dokumen sokongan ke pejabat YPJ Larkin (rujuk di laman web YPJ).

Sila klik link berikut untuk membuat permohonan :-

http://portal.ypj.gov.my/biasiswa-sultan-ibrahim-bsi/

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk ke pautan http://portal.ypj.gov.my/biasiswa-sultan-ibrahim-bsi/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!