Permohonan Biasiswa DRB-Hicom University 2021

DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (atau ringkasnya DRB-HICOM University) dimiliki oleh HICOM University College Sdn. Bhd (HUCSB), anak syarikat dimiliki sepenuhnya oleh DRB-HICOM Berhad.

Universiti ini mula beroperasi pada tahun 2010 sebagai International College of Automotive (“ICAM”), sebelum memperoleh status universiti sepenuhnya pada Februari 2016.

DRB-HICOM University memainkan peranan penting untuk memastikan bahawa negara Malaysia mempunyai bekalan tenaga kerja yang berterusan yang sedia ada dalam industri dan juga dalam memenuhi kehendak dan objektif kerajaan untuk membangunkan masyarakat yang berasaskan pengetahuan.

Apa itu Biasiswa DRB-Hicom University?

Bagi memudahkan kemasukan para pelajar ke universiti DRB-Hicom University menyediakan biasiswa bagi calon lepasan SPM yang layak untuk menyambung pengajian di peringkat Asasi.

Biasiswa ini boleh dimohon menggunakan keputusan percubaan SPM ataupun keputusan peperiksaan terkini.

Jenis-jenis biasiswa

Bergantung pada kelayakan akademik serta jumlah pendapatan isi rumah, biasiswa ini terbahagi kepada 3 kategori seperti yang berikut:

KATEGORI 1 – Biasiswa Penuh dan Penginapan Percuma

  • Akademik Minimum 5A dalam SPM
  • Pendapatan isi rumah: RM8,000 dan ke bawah

KATEGORI 2 – Biasiswa Penuh Yuran Pengajian

  • Akademik: Minimum SPM 5 kredit dalam mana-mana subek
  • Pendapatan isi rumah: RM15,000 dan ke bawah

KATEGORI 3 – Biasiswa Separa Yuran Pengajian

  • Akademik: Minimum SPM 5 kredit dalam mana-mana subek
  • Pendapatan isi rumah: Melebihi RM15,000

Syarat kelayakan

Semua calon lepasan SPM layak untuk memohon namun pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayaka berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk tawaran biasiswa ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM dengan minimum 5A dan ke atas
  • Untuk program Foundation sepenuh masa di DRB-HICOM University
  • Tiada rekod tindakan tatatertib
  • Ciri kepimpinan yang kuat dan aktif dalam aktiviti kurikulum, sosial dan sukarelawan
  • Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga sah kurang dari RM8,000 sebulan

Kelebihan menyambung pengajian di DRB-Hicom University 2021

  • Mempunyai kelulusan akreditasi MQA untuk semua kelulusan
  • Kelayakan minimum bagi biasiswa sangat rendah – hanya minimum 5 kredit SPM
  • Peluang belajar dengan pakar dalam industri automatif yang sebenar

Cara permohonan

Permohonan boleh dilakukan secara online dengan melengkapkan borang PERMOHONAN BIASISWA PROGRAM ASASI DRB HICOM UNIVERSITY.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan inginkan maklumat lanjut mengenai tawaran Biasiswa DRB-Hicom University bagi tahun 2021 ini, boleh hubungi Nur Liyana Hassan di talia 011-31893155.

Untuk maklumat lanjut juga, sila layari halaman rasmi DRB-Hicom University.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!