Tawaran Biasiswa MIDF Untuk Pelbagai Peringkat Pengajian

Tawaran Biasiswa MIDF Untuk Pelbagai Peringkat Pengajian

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) kini menawarkan biasiswa bagi pelbagai peringkat pengajian.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui secara lebih lanjut mengenai biasiswa ini.

Baca Juga :Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)

Tarikh Permohonan

Calon perlulah kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 2 November 2022.

Syarat Permohonan Biasiswa MIDF

Untuk makluman, tawaran bagi biasiswa ini terbuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bidang pengajian.
  • PNGK minimum 3.23 atau setaraf dengannya di peringat pra-universiti (Asasi/Matrikluasi), Diploma atau tahun pertama Ijazah Sarjana Muda.
  • Memperoleh 7A dalam SPM atau 2A dalam STPM
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan
  • Aktif dalam bidang kokurikulum serta mempunyai sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi yang baik.
  • Tidak menerima biasiswa daripada organisasi lain
  • Pemohon mestilah meneruskan pengajian secara sepenuh masa.

Cara Memohon

  • Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan melalui laman web berikut :

https://www.midf.com.my/

  • Skrol ke bawah dan pilih MIDF Education Scholarship Programme 2022 untuk mula mengisi Google Form.
Biasiswa MIDF

Dokumen Yang Diperlukan

Calon Asasi/Matrikulasi

Calon yang telah disenarai pendek  serta sedang melanjutkan pelajaran di peringkat asasi atau matrikulasi perlulah kemukakan dokumen seperti berikut :

Salinan Kad Pengenalan

  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil Testimoni Sekolah (sekiranya ada)
  • Keputusan SPM/SPMV
  • Keputusan akademik pra-universiti Asasi/Matrikulasi yang terbaru.
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti/kolej (sekiranya ada)
  • Slip gaji terbaru (2022) ibu bapa atau penjaga dan/atau
  • Borang J LHDN ibu bapa atau penjaga atau Surat Pengisytiharan Pendapatan (Income Declaration) bagi ibu bapa/penjaga yang tanpa pendapatan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau;
  • Salinan Kad Pencen dan Slip Pencen terbaru (2022) yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
  • Dokumen yang mengesahkan bantuan yang diterima calon daripada organisasi/badan lain (sekiranya ada).

Calon Lepasan STPM

Calon yang telah disenarai pendek perlulah kemukakan dokumen seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil Testimoni Sekolah (sekiranya ada)
  • Salinan keputusan STPM 2022
  • Slip gaji terbaru (2022) ibu bapa atau penjaga dan/atau;
  • Borang J LHDN ibu bapa atau penjaga atau Surat Pengisytiharan Pendapatan (Income Declaration) bagi ibu bapa/penjaga yang tanpa pendapatan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau;
  • Salinan Kad Pencen dan Slip Pencen terbaru (2022) yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
  • Dokumen yang mengesahkan bantuan yang diterima calon daripada organisasi/badan lain (sekiranya ada).

Calon Pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun Pertama

  •  Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil Testimoni Sekolah (sekiranya ada)
  • Keputusan SPM/SPMV /‘O’ Level / ‘A’ Level/ Matrikulasi / Asasi/ Kolej
  • Salinan tawaran kemasukan ke universiti/kolej
  • Dokumen yang menyatakan kos yuran daripada universiti/kolej
  • Kalendar akademik
  • Slip gaji terbaru (2022) ibu bapa atau penjaga dan/atau ;
  • Borang J LHDN ibu bapa atau penjaga atau Surat Pengisytiharan Pendapatan (Income Declaration) bagi ibu bapa/penjaga yang tanpa pendapatan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau;
  • Salinan Kad Pencen dan Slip Pencen terbaru (2022) yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
  • Dokumen yang mengesahkan bantuan yang diterima calon daripada organisasi/badan lain (sekiranya ada).

Nota : Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel yang telah didaftarkan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai biasiswa MIDF, sila e-mel ke alamat [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!