Advertisements

Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP 2022 (Degree & Master)

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP kini dibuka bagi pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang bakal melanjutkan pelajaran di Universiti College of Yayaasan Pahang (UCYP) bagi sesi 2022/2023.

Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP ini mensasarkan bantuan pembiayaan pelajaran buat pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau tergolong dalam B40.

Baca Juga : Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi biasiswa ini perlulah dilakukan sebelum tarikh tutup iaitu pada 6 September 2022.

Advertisements

Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kesihatan yang baik.
  • Ibu dan/bapa/pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi atau dalam tindakan undang-undang.
  • Berumur tidak melebihi 27 tahun semasa tarikh permohonan
  • Lepasan STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
  • Kategori B40 (Pendapatan keluarga perkapita RM 4,849.00 sebulan dan ke bawah)
  • Memperoleh PNGK 3.5 dan ke atas
  • Telah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di University College of Yayasan Pahang (UCYP).
Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP

Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut :

KelayakanSyarat Minima AkademikPeringkat Kemasukan
Lepasan STPMCGPA 3.50 dan ke AtasIjazah Pertama
Lepasan STAM (disamping mempunyai
SPM)
4 Mumtaz dan 5 Jayyid
Jiddan
Ijazah Pertama
Lepasan Matrikulasi di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia/
UIA/Politeknik/ Program Asasi
IPTA/lepasan Diploma dan lain – lain
setaraf denganya.
CGPA 3.50 dan ke atasIjazah Pertama
Lepasan Ijazah Sarjana MudaCGPA 3.50 dan ke atasIjazah Pertama

Cara Memohon Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP

Calon yang berminat untuk memohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  1. Layari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeyjGK4sN1EtBkY6as8EN6XZZaCt1Zer-GbKBrN-Ff0XCmxoA/viewform.
  2. Isi semua maklumat dengan lengkap.
  3. Klik butang submit untuk menghantar permohonan.
  4. Kemudian, muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1qgi17RYPuxH8PwzBj8HkiAWIIAcwoP4R/view?fbclid=IwAR3NQBRqmG6oZjHQKFxtHFKPaDZP46RvOaKv9wWniWaDDtk95u4A2khdKCQ.
  5. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  6. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

    Pejabat Pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP,
    Aras 2, Kompleks Yayasan Pahang, Jalan Tanjung Lumpur,
    26060, Kuantan Pahang Darul Makmur.
    (U/P): Pengarah

Dokumen Yang Diperlukan

Calon diminta untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/Sijil Kematian (Pemohon,ibu dan bapa/penjaga).
  • Salinan surat tawaran atau pendaftaran pengajian di UCYP (Ijazah Sarjana Muda/Sarjana).
  • Salinan penuh Keputusan Peperiksaan (lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda).
  • Salinan Sijil Berhenti sekolah.
  • Salinan Sijil Keputusan SPM.
  • Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen/Pengesahan Pendapatan Ibu dan bapa/penjaga.
  • Salinan sijil ko-kurikulum/aktiviti luar.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Cancelor UCYP 2022, sila hubungi pejabat pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP di talian 09-404 8999 atau email [email protected]

Leave a Comment