Tawaran Biasiswa Ibnu Haitham 2022 MMU

Untuk makluman, biasiswa ini merupakan tajaan sepenuhnya daripada dana agihan Tabung Amanah Zakat MMU, khusus kepada pelajar cemerlang dan daripada golongan Asnaf Fakir dan Miskin untuk mendapat pendidikan terbaik di Universiti Multimedia (MMU).

Biasiswa ini turut menyasarkan bantuan kepada pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau B 40 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.  

Tajaan biasiswa ini dibuka kepada semua pelajar yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di MMU bagi peringkat Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda.  

Baca Juga : Tawaran Biasiswa Khas Sagong Tasi Untuk Pelajar IPT Orang Asli Selangor

Biasiswa Ibnu Haitham

Tarikh Tutup Permohonan

Pelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 15 September 2022.

Manfaat Biasiswa Ibnu Haitham 2022

Penerima bakal nikmati 100% Biasiswa Penuh* bagi :

  • Kos yuran pengajian dan asrama
  • Elaun sara hidup
  • Elaun buku
  • Program pembangunan pelajar

*Tertakluk pada terma dan syarat

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berkelayakan Asnaf Muslim Fakir & Miskin sahaja
  • Berkelayakan akademik seperti berikut :
  • SPM – Minimum 4 A
  • STPM / Diploma / Asasi – PNGK 3.00 dan ke atas

Cara Memohon Biasiswa Ibnu Haitham 2022

Pelajar yang berminat boleh kemukakan secara atas talian di pautan :

https://yum.mmu.edu.my/assistance/scholarship/ibnu-haitham-scholarship/

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Ibnu Haitham, sila hubungi talian +03 – 8312 5103 / 5040 / 5043 atau hantarkan e-mel ke alamat [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!