Berapa pencen pesara kerajaan yang layak diterima setiap bulan? Persoalan ini akan sering dibicarakan oleh bakal pesara di kalangan penjawat awam.
Untuk pengetahuan anda, jumlah pencen yang diterima sebenarnya bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan gaji akhir sebelum persaraan.
. Dalam artikel ini, kami kongsikan peratus pencen mengikut tahun perkhidmatan serta contoh pengiraan mudah untuk membantu anda memahami anggaran pencen yang bakal diterima.
Baca juga: Pencen Ilat – Bantuan Pekerja Tidak Mampu Bekerja
Apa itu Pencen Pesara Kerajaan?
Pencen Pesara Kerajaan adalah tanda pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan terhadap perkhidmatan perkhidmatan pegawai sepanjang tempoh individu tersebut berkhidmat.
Dengan adanya pencen, kita akan lebih jaminan saraan hidup untuk jangka panjang selain pampasan yang diberikan kepada sesetengah pegawai pencen atas sebab-sebab tertentu atau meninggal dunia.

Siapa Yang Layak Menerima Pencen?
Tidak semua individu yang bekerja akan mendapat pencen persaraan. Hanya mereka yang berkhidmat dengan kerajaan sahaja yang akan menerima pencen ini. Menurut Akta Pencen 1980, syarat kelayakan untuk dapat pencen adalah seperti berikut:
- Disahkan jawatan tetap.
- Berkhidmat minimum 10 tahun.
- Bersara wajib pada umur 60, atau bersara pilihan 55 tahun.
- Tidak dibuang kerja atas sebab tatatertib serius.
Berapa Pencen Pesara Yang Layak Diterima?
Untuk tempoh perkhidmatan yang kurang dari 360 bulan (30 tahun), formula yang digunakan adalah:
- 1/600 x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x Gaji Akhir Bersamaan (terbaharu)
Manakala, untuk tempoh perkhidmatan genap 360 bulan (30 tahun) atau lebih, formula yang digunakan adalah :
- 3/5 x Gaji Akhir Bersamaan (terbaharu) . Ini juga dikenali sebagai pencen maksimum
Justeru, itu untuk lebih mudah anda kira dan faham berapa peratus pencen pesara kerajaan, lebih mudah dikira seperti ini: TAHUN PERKHIDMATAN X 2% = PERATUS PENCEN DARIPADA GAJI AKHIR
| Tahun Perkhidmatan | Peratus Pencen Daripada Gaji Akhir |
|---|---|
| 10 Tahun | 20% |
| 13 Tahun | 26% |
| 15 Tahun | 30% |
| 18 Tahun | 36% |
| 20 Tahun | 40% |
| 23 Tahun | 46% |
| 25 Tahun | 50% |
| 28 Tahun | 56% |
| 30 Tahun | 60% |
| 35 Tahun | 60% |
NOTA: Bagi tempoh perkhidmatan melebihi 30 tahun, kadar pencen bulanan adalah tertakluk kepada had maksimum 60% daripada gaji akhir.
Faktor Yang Mempengaruhi Jumlah Pencen Pesara

Memetik posting yang ditulis oleh admin Facebook Bahagian Pencen JPA, gred yang dimiliki oleh seorang penjawat awam bukanlah menjadi penentu kepada kadar pencen seseorang.
Sebaliknya faktor seperti gaji akhir dan tempoh perkhidmatan memainkan peranan penting untuk memperoleh kadar pencen yang tinggi berbanding orang lain.
Baca juga: Bila Pencen Nanti, Better Keluarkan KWSP Sedebuk Atau Bulanan?
Contoh Pengiraan Pencen Mengikut Gaji dan Tempoh Perkhidmatan
Saya akan menerangkan pada anda cara untuk mengira pencen persaraan dengan lebih mudah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan gaji pokok akhir supaya anda dapat melihat sendiri bagaimana jumlah pencen yang layak diterima ditentukan.
Contoh 1: Tempoh Perkhidmatan Melebihi 30 Tahun
Sebagai contoh, seorang penjawat awam mempunyai tempoh perkhidmatan selama 364 bulan dengan gaji pokok akhir RM3,000.
Mengikut formula: 1/600 × 364 × RM3,000 = RM1,820
Walau bagaimanapun, kadar pencen maksimum adalah 60% daripada gaji pokok akhir.
Oleh itu: 60% × RM3,000 = RM1,800
Maka, pencen bulanan yang layak diterima adalah RM1,800 sebulan, walaupun pengiraan asal menunjukkan RM1,820.
Bagi ganjaran persaraan pula: 7.5% × 364 × RM3,000 = RM81,900
Jumlah ganjaran persaraan yang diterima ialah RM81,900.
Contoh 2: Tempoh Perkhidmatan Kurang Daripada 30 Tahun
Seorang penjawat awam mempunyai tempoh perkhidmatan selama 320 bulan (26 tahun) dengan gaji pokok akhir RM3,000.
Pengiraan pencen adalah seperti berikut: 1/600 × 320 × RM3,000 = RM1,600
Oleh itu, penjawat awam tersebut layak menerima pencen bulanan sebanyak RM1,600.
Selain itu, ganjaran persaraan pula dikira menggunakan formula: 7.5% × 320 × RM3,000 = RM72,000
Jumlah ganjaran persaraan yang diterima ialah RM72,000.
Cara Menyemak Jumlah Pencen Secara Rasmi
Zaman sekarang ini, kalau nak semak jumlah pencen memang sangat mudah. Terdapat banyak platform kalkulator persaraan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dibina untuk bakal pesara nanti.
Contohnya macam:
Adakah Pencen Pesara Mencukupi Untuk Kos Sara Hidup?
Dalam menentukan sama ada pencen yang kita dapat itu mencukupi untuk menyara kos sara hidup seseorang atau tidak, ianya agak subjektif untuk dijawab.
Hal ini kerana, setiap orang mempunyai gaya hidup, komitmen kewangan, tangungan, masalah peribadi dan lokasi tempat tinggal yang berbeza-beza bagi setiap orang.
Setiap pencen yang diterima pastinya akan digunakan untuk menampung hidup dan menguruskan hal peribadi masing-masing. Justeru itu kita tidak
Soalan Lazim Mengenai Pencen Pesara
Jumlah pencen pesara kerajaan bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang diambil kira dan gaji akhir sebelum persaraan. Secara umumnya, setiap tahun perkhidmatan menyumbang kira-kira 2% daripada gaji akhir sehingga had maksimum 60%.
Bagi tempoh perkhidmatan kurang daripada 30 tahun, formula yang digunakan ialah:
1/600 × jumlah bulan perkhidmatan × gaji akhir
Manakala bagi tempoh perkhidmatan 30 tahun atau lebih, pencen maksimum adalah:
3/5 × gaji akhir (60%)
Tidak. Penjawat awam perlu memenuhi beberapa syarat seperti disahkan dalam jawatan tetap, mempunyai tempoh perkhidmatan minimum 10 tahun dan bersara mengikut syarat yang ditetapkan di bawah Akta Pencen 1980
Tidak secara langsung. Menurut Bahagian Pencen JPA, faktor utama yang menentukan jumlah pencen ialah gaji akhir dan tempoh perkhidmatan, bukannya gred jawatan semata-mata.
Tidak. Walaupun tempoh perkhidmatan melebihi 30 tahun, kadar pencen bulanan masih tertakluk kepada had maksimum 60% daripada gaji akhir.
Bakal pesara boleh menggunakan kalkulator persaraan yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), termasuk Kalkulator Persaraan Wajib, Kalkulator Persaraan Pilihan dan Kalkulator Persaraan Atas Sebab Kesihatan.



Sumber:




