Bedak Sejuk: Manfaat Pada Kulit & Cara Pemakaiannya Yang Betul

Sejak zaman atok dan nenek kita lagi, pemakaian bedak sejuk dianggap perkara biasa sebagai amalan petua kecantikan setiap hari.

Oleh kerana manfaatnya yang begitu menarik dan efektif pada kulit, ia masih digunakan oleh generasi muda sehingga ke hari ini.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan manfaat bedak sejuk kepada kulit wajah dan cara pembuatannya sendiri di rumah.

Baca juga:

Apa itu bedak sejuk

bedak sejuk

Bedak sejuk adalah sejenis bedak yang biasanya digunakan untuk memberikan sensasi sejuk pada kulit setelah penggunaannya.

Bahan yang biasa ditemukan dalam bedak ini adalah seperti mentol, kapur, atau ekstrak tumbuhan tertentu yang memberikan kesan penyegaran pada kulit.

Biasanya digunakan selepas mandi atau ketika cuaca panas untuk membantu mendinginkan dan menyegarkan kulit.

Sesetengah orang juga menggunakan bedak sejuk untuk meredakan rasa gatal atau iritasi pada kulit.

Di kampung, bedak ini disapukan ke seluruh wajah dan tubuh bayi atau kanak-kanak untuk mengelakkan ruam panas atau penyakit kulit.

Bagi golongan wanita, ia digunakan sebagai petua kecantikkan agar kulit wajah tampak mulus dan licin.

Manfaat pakai bedak sejuk

Penggunaan bedak ini memiliki manfaat tersendiri pada kulit. Berikut adalah antara manfaat uniknya:

1. Memberikan sensasi sejuk

Bedak ini mengandungi bahan-bahan seperti mentol atau kapur yang memberikan sensasi sejuk pada kulit sehingga dapat membantu mendinginkan tubuh ketika cuaca panas atau setelah beraktiviti di luar.

2. Meredakan kulit yang terbakar matahari

Bedak ini sering digunakan untuk meredakan kulit yang terbakar akibat paparan sinar matahari.

Sensasi dingin yang dihasilkan dapat memberikan rasa nyaman dan membantu mengurangkan rasa panas serta peradangan pada kulit.

3. Mengurangkan rasa gatal

Bahan-bahan penyegar yang terkandung dalam bedak sejuk dapat membantu mengurangi rasa gatal dan iritasi pada kulit akibat alahan, gigitan serangga, atau faktor lainnya.

4. Menyerap peluh

Bedak ini juga memiliki kemampuan menyerap peluh, sehingga dapat membantu menjaga kulit tetap kering dan nyaman sepanjang beraktiviti.

5. Menghilangkan jerawat

Ia boleh membantu mengurangi jerawat kerana memiliki kesan meredakan keradangan pada kulit.

Ketika disapukan pada bahagian wajah yang berjerawat, ia dapat memberikan sensasi dingin yang membantu mengurangi pembengkakan dan kemerahan pada jerawat.

Selain itu, bedak sejuk juga dapat mengurangkan pengeluaran minyak berlebih pada kulit, yang merupakan faktor penyebab utama dari timbulnya jerawat.

Cara pemakaian yang betul

bedak sejuk

Ambil beberapa butir bedak sejuk / 1 sudu dan campurkan dengan sedikit air. Sebatikan sehingga rata sehingga tekturnya seperti paste.

Sapukan bedak yang lembap itu ke seluruh wajah dan bahagian leher. Jika anda ingin menjadikan bedak sejuk sebagai masker, gunakan dalam kuantiti yang banyak kerana bedak akan mengeras nantinya apabila sudah kering.

Namun jika bedak tersebut hendak digunakan sebagai bedak asas harian, cukup sekadar ambil sebiji atau dua biji bedak sejuk dan sapukan tipis ke seluruh wajah.

Paling sesuai untuk anda pakai sebelum tidur dan bangun pagi. Bilas apabila sudah kering.

Cara buat bedak sejuk homemade

Resepi 1

Bahan-bahannya:

  • Beras 1 cawan (rendam semalaman)
  • Kunyit Hidup 1/2 inci
  • Air masak 1/2 cawan 

Cara-caranya:

  1. Bilas dahulu beras kemudian rendam semalaman.
  2. Buang air rendaman beras. Masukkan beras dalam blander, kunyit dan air masak. Kisar hingga menjadi paste.
  3. Masukkan dalam bekas. Paste ini boleh simpan dalam peti ais supaya tahan lama.
  4. Kalau resepi asal, semua ramuan ditumbuk dengan lesung batu dan menggunakan sedikit air sahaja hingga jadi doh. Bulat-bulatkan lalu jemur di panas matahari hingga kering dan simpan dalam bekas tertutup.

Resepi 2

Bahan-bahannya:

  • Beras pulut
  • Kunyit hidup
  • Kulit kayu manis

Cara-caranya:

  1. Basuhkan beras pulut dan rendam semalaman / sejam.
  2. Ambil beberapa ketul kunyit dan kupas kulitnya.
  3. Kisar kering beras pulut dan kunyit (jangan campur air).
  4. Campurkan pula 1 sudu kecil kulit kayu manis (serbuk).
  5. Masukkan dalam bekas kedap udara dan tutup ketat, kemudian simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama

*Bahan-bahan ini boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian kulit muka anda. Ada orang suka campur madu, asam jawa atau boleh juga buat masker dengan putih telur

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan bedak sejuk dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Petua Kecantikan : Bedak Sejuk Beras Kunyit. Mansoora Abdullah 
  2. Bedak Sejuk Homemade. Asmahani Adenan
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!