Cara Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM Maybank

CARA BUAT SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM MELALUI MESIN ATM MAYBANK

Dengar kata masih ramai yang tak dapat akses Portal MyBayar Saman untuk dapatkan diskaun 80% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Nak beratur di IPD tu punyalah panjang barisannya… Tak sanggup nak bersesak kan?

Siapa yang tak dapat nak bayar saman lagi tu boleh guna kaedah ini.

Hanya bayar saman di mesin ATM sahaja.

Yang ni mesin ATM Maybank ya.

Nak tahu caranya?

Jom baca selanjutnya!

Lanjutan Diskaun Saman PDRM 80% Hingga 31 Disember 2021

YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Orang ramai boleh menjelaskan saman melalui :

  • Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
  • Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank

Di sini kami kongsikan cara buat bayaran saman PDRM melalui ATM Maybank.

Cara Bayar Saman Melalui Mesin ATM Maybank

Simple saja caranya, boleh rujuk langkah-langkah seperti bawah ni.

  1. TEKAN PAYBILLS
  2. TEKAN PEMBAYARAN SAMAN PDRM
  3. TERUSKAN
  4. MASUK KAN NO IC
  5. TEKAN UTK BUAT BAYARAN

Rujuk langkah bergambar di bawah:

LANGKAH 1

Tekan Paybills

cara bayar saman di mesin atm maybank

LANGKAH 2

Tekan Pembayaran Saman PDRM.

bayar saman di mesin atm

LANGKAH 3

Tekan Teruskan.

LANGKAH 4

Masukkan nombor IC / kad pengenalan anda.

saman atm

LANGKAH 5

Teruskan pembayaran anda.

Simpan resit untuk rujukan.

saman atm

Settle!

Semoga bermanfaat… Mudah kan… Dah tak perlu lagi nak beratur panjang di balai polis.

Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan sekali ok!

Untuk semakan saman secara online, sila rujuk : 5 Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS

Kredit: mrsharul iman

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat terkini di media sosial Kementerian Pengangkutan MalaysiaPolis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik – JSPT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!