Jom Tebus Baucar Pakej Pelancongan Johor Tourism RM100!

15,000 baucar percutian Pakej Pelancongan Johor Tourism Interchange di tawarkan dalam waktu terhad dan boleh diperolehi bermula 5 hingga 30 November!

Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor melancarkan kempen “Kenali Johor, Yok Round Johor” untuk menghidupkan semula industri pelancongan di Johor.

Kempen ini disediakan khas untuk anda bagi mendapatkan baucar percutian yang bernilai RM100.00, dengan syarat percutian tersebut di Negeri Johor.

Sebanyak 450 pakej pelancongan yang disediakan dari 45 agensi pelancongan yang berdaftar. Pakej pelancongan ini terbahagi kepada 3 kategori, “natural escapade”, “family fun” dan “heritage & culture” yang boleh anda pilih.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Baucar Pelancongan Tourism Johor dan cara membuat penebusan.

Apakah Baucar Pakej Pelancongan Johor?

Baucar pakej pelancongan Johor #YokRoundJohor adalah usaha sama Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor untuk menghidupkan semula industri pelancongan di Johor.

Melalui baucar ini, pengguna boleh menebus RM100 untuk pembelian pakej percutian yang ditawarkan secara online di aplikasi Johor Tourism Interchange atau http://johortourism.my/.

Baucar pelancongan johor

Terma & Syarat

Antara terma dan syarat, termasuklah:-

1) Warganegara Malaysia;
2) Umur 18 tahun ke atas;
3) Satu transaksi untuk setiap pengguna;
4) Pembayaran dilakukan di platform JTI;
5) Promosi tidak boleh ditukar dengan produk lain atau wang tunai;
6) Tempoh bagi kempen ini akan terhenti setelah jumlah baucar yang di tawarkan, habis di beli;
7) Promosi tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.

Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.

Baucar boleh ditebus menerusi platform Johor Tourism Interchange (JTI). Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store.

Terdapat 3 pakej menarik yang ditawarkan iaitu

  1. Nature Escapade
  2. Family Fun
  3. Heritage & Culture

Baca juga: Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2021 – Tourism Malaysia

Cara Penebusan Baucar Pelancongan Tourism Johor #YokRoundJohor

Langkah penebusan adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) di Google Playstore atau Apple App Store atau terus ke laman web http://johortourism.my/
  2. Daftar diri sebagai pengguna aplikasi JTI.
  3. Dapatkan baucar bernilai RM100.00 (terhad kepada 15,000 penebusan terawal sahaja).
  4. Pilih mana-mana pakej pelancongan melalui pakej sedia ada.
  5. Pilih tarikh percutian.
  6. Lengkapkan transaksi pembayaran.
Baucar pakej pelancongan johor

Selesai!

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita menyokong industri pelancongan tempatan di samping berjimat dan meluangkan masa dengan orang tersayang.

Selamat bercuti!

(Sumber: Tourism Johor)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!