Baucar Buku Perak 2026 ialah bantuan RM150 untuk pembelian buku rujukan dan bahan akademik. Ia merupakan salah satu kategori dalam Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Perak.
Bantuan ini diperuntukkan kepada 5,000 mahasiswa anak Perak dan boleh dipohon bermula 2 Mac 2026 sehingga 30 April 2026 di Portal e-HeYNS: https://eheyns.com.my/
Rujuk cara permohonan dan syarat kelayakan serta dokumen diperlukan untuk Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak 2026 di bawah.
Ringkasan Bantuan Baucar Buku Perak 2026
- Nilai Bantuan: RM150 secara sekali beri (one-off).
- Kuota: Terhad kepada 5,000 mahasiswa yang paling layak.
- Tempoh Permohonan: Bermula 2 Mac 2026 sehingga 30 April 2026.
- Platform: Permohonan dibuat secara dalam talian di eheyns.com.my.
Apa itu Baucar Buku Perak 2026?
Baucar Buku Perak 2026 merupakan inisiatif bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri Perak untuk membantu mahasiswa anak jati Perak dalam urusan pembelian buku rujukan dan peralatan akademik.
Bantuan ini dikelolakan melalui portal e-HeYNS (Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan) dengan peruntukan khas sebanyak RM750,000 bagi tahun ini.


Kadar Bantuan
Kadar bantuan Baucar Buku Mahasiswa Anak Perak 2026 adalah RM150 seorang.
Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM750,000 untuk program ini untuk 5,000 mahasiswa anak negeri yang layak.
Syarat Kelayakan
Berikut ialah syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak 2026:
- Anak kelahiran Perak (Warganegara Malaysia), atau bermastautin di Perak selama 10 tahun atau lebih.
- Mod pengajian terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau separuh masa.
- Pelajar IPT yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, Politeknik, atau institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), termasuk kursus profesional pada peringkat Diploma dan ke atas.
- Peringkat pengajian tergolong dari peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,500 sebulan berdasarkan gaji pokok.
- Status pelajar perlulah aktif iaitu sedang mengikuti pengajian dan tidak dalam status tangguh, gantung, berhenti atau tarik diri.
Senarai Dokumen Diperlukan
Untuk melengkapkan permohonan, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen di bawah:
- BORANG PERAKUAN DAN SENARAI SEMAK: Borang perakuan dan Senarai Semak ini boleh dimuat turun di laman web EHYENS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan.
- Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa / penjaga / pasangan yang lahir di Perak.
- Salinan SURAT TAWARAN BELAJAR
Pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD). - Salinan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN (UNTUK PEMOHON BUKAN ANAK NEGERI PERAK) / SURAT KEMATIAN DAN SURAT BERCERAI (jika berkaitan).
- PENYATA PENDAPATAN (isirumah) bapa & ibu / penjaga / pemohon / pasangan. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja (termasuk suri rumah), sila dapatkan pengesahan pendapatan / pengesahan tidak bekerja. Penerimaan penyata pendapatan hanya bagi tahun semasa sahaja.
- Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF semasa membuat permohonan secara atas talian.
- Semua dokumen perlu disahkan oleh PENGHULU / KETUA KAMPUNG / WAKIL RAKYAT / PEGAWAI KERAJAAN KELAS A (GRED 41 KE ATAS) / PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (HEP) IPT.
NOTA:
- Dokumen-dokumen berikut berikut WAJIB DIHANTAR ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak melalui pos / serahan kaunter selepas membuat permohonan secara atas talian.
- Jika dokumen yang dihantar melalui pos atau secara serahan ke pejabat tidak lengkap, pihak pengurusan berhak untuk menolak permohonan tersebut.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan Bantuan Baucar Buku Perak 2026 dibuka bermula dari 2 Mac 2026 hingga 30 April 2026.
Permohonan boleh dilakukan melalui portal e -HeYNS.
Cara Mohon Baucar Buku Mahasiswa Perak 2026
Permohonan perlu dilakukan secara dalam talian dan dokumen yang dimuat naik perlu dihantar secara manual ke kaunter/pos ke alamat yang dinyatakan.
Rujuk langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
- Mendapatkan cop pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Wakil Rakyat / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) / Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT di borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan kesemua dokumen lampiran.
- Membuat permohonan secara atas talian di laman web EHEYNS dan muat naik bersama dokumen yang telah disahkan.
- Semua dokumen lampiran yang telah dimuat naik perlu dihantar secara serahan kaunter atau pos ke pejabat:
- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
PAUTAN PERMOHONAN BAUCAR BUKU PERAK 2026: https://eheyns.com.my/bantuan-baucar-buku/

Borang Akuan Pengesahan Mahasiswa
MUAT TURUN BORANG AKUAN PENGESAHAN MAHASISWA (PDF) DI BAWAH:


Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Baucar Buku Perak 2026, sila rujuk:
- Portal rasmi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan (e-HeYNS)
- Facebook Yayasan Perak
- Talian: 05-2538600 / 05-2545921
- Email: [email protected] / [email protected]
- Alamat: Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
Soalan Lazim Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Anak Perak 2026
Hanya mahasiswa Anak Jati Perak yang sedang mengikuti pengajian Sepenuh Masa di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master), atau PhD di IPT yang diiktiraf.
– Pemohon lahir di Negeri Perak; ATAU
– Ibu atau Bapa lahir di Negeri Perak.
Ya. Pelajar di IPTA (Awam) mahupun IPTS (Swasta) layak memohon asalkan institusi tersebut diiktiraf oleh MQA dan pemohon memenuhi syarat anak jati serta pendapatan.
Tidak layak. Bantuan ini dikhususkan untuk mahasiswa yang belajar secara Sepenuh Masa sahaja.
Boleh. Anda dibenarkan memohon kedua-duanya (Sara Diri & Baucar Buku) asalkan memenuhi syarat kelayakan setiap kategori. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada kuota (5,000 orang terawal/terlayak).
Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi eheyns.com.my menggunakan log masuk yang telah didaftarkan.
– BORANG PERAKUAN DAN SENARAI SEMAK
– Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa / penjaga / pasangan yang lahir di Perak.
– Salinan SURAT TAWARAN BELAJAR
– Salinan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN (UNTUK PEMOHON BUKAN ANAK NEGERI PERAK) / SURAT KEMATIAN DAN SURAT BERCERAI (jika berkaitan).
– PENYATA PENDAPATAN (isirumah) bapa & ibu / penjaga / pemohon / pasangan. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen
2 Mac – 30 April 2026.




