e-Baucar Buku Kita Selangor: Semakan & Penebusan

Berita baik buat para pelajar dan mahasiswa anak Selangor di IPT dan IPTA kerana bermula minggu hadapan, mereka akan mendapat e-Baucar buku Kita Selangor untuk pembelian buku dan bahan-bahan pengajian.

Baucar yang bernilai RM20 ini merupakan antara 5 janji yang ditawarkan oleh parti Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor Ogos lalu.

Pemberian baucar buku ini terkandung dalam manifesto Tawaran Kita Selangor dalam tempoh 100 hari pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

4 tawaran dan janji lain yang telah ditunaikan adalah insentif Mama Kerja berjumlah RM1,000 kepada wanita, pengecualian cukai pintu, kenaikan elaun imam, bilal dan siak serta insentif pertanian sebanyak RM1,000.

Apa itu e-Baucar Buku Kita Selangor?

Melalui pemberian inisiatif e-Baucar buku Kita Selangor ini, mahasiswa berpeluang untuk membeli buku ilmiah secara digital melalui penebusan e-baucar di platform Perbadanan Kota Buku, sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

objektif utama inisiatif ini dilaksanakan adalah untuk meneruskan aspirasi pembinaan sahsiah dan keilmuan mahasiswa melalui pembacaan.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mahasiswa golongan bersasar dan asnaf untuk membeli bahan bacaan pengajian sekaligus memupuk minat mahasiswa untuk membaca buku-buku ilmiah.

Mahasiswa yang menepati kriteria sebagai golongan sasaran serta asnaf akan layak menerima e-baucar buku bernilai RM200 seorang. 

Artikel berkaitan: Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) : Pendaftaran & Semakan

Tempoh Penebusan e-Baucar Buku Kita Selangor

Penebusan e-baucar ini adalah terhad sehingga 31 Disember 2023.

Dengan pemberian inisiatif ini, diharapkan agar para mahasiswa dapat memanfaatkan peluang ini sebelum akhir tahun ini.  

> Dapatkan penanda buku dengan pilihan banyak rekabentuk menarik!

Penerima e-Baucar

Pemberian e-Baucar berjumlah RM200 bakal memanfaatkan 1,000 orang mahasiswa anak Selangor yang menuntut di IPTA dan IPTS berikut:

  1. Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC)
  2. Universiti Selangor (Unisel)
  3. Universiti Islam Selangor (UIS)
  4. Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  6. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  8. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  9. Universiti Multimedia (MMU)

Cara tebus e-Baucar

Mahasiswa yang layak menerima e-Baucar ini boleh menebus dan membuat pembelian buku secara dalam talian melalui Perbadanan Kota Buku di halaman berikut https://mall.bookcapital.com.my/ 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!