Berita baik! Baucar Buku eKasih bernilai RM300 baru sahaja diumumkan bagi pembelian buku rujukan dan akademik untuk penerima yang layak melalui platform Book Capital.
Baucar Buku eKasih ni lebih tinggi nilainya berbanding Baucar Buku MADANI yang bernilai RM100. Memang rugi kalau tak ‘claim’!
Berita gembira ini adalah khusus bagi kategori pelajar yang keluarganya tersenarai dalam pangkalan data kemiskinan tegar eKasih.
Rujuk cara-cara tebus Baucar eKasih 2026 di bawah.
Baucar Buku eKasih 2026
Baucar Buku eKasih 2026 ini adalah bantuan bernilai RM300 dalam bentuk e-baucar bagi membolehkan penerima membeli buku rujukan dan akademik.
Bantuan ini disediakan oleh kerajaan khusus untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Selain Baucar Buku eKasih, ada satu lagi bantuan baucar buku yang baru sahaja diumumkan 29 May 2026 yang lalu iaitu, Baucar Buku MADANI 2026.

Nilai Baucar Buku
Nilai baucar buku ini adalah sebanyak RM300 dan dikreditkan ke akaun penerima yang layak.
Ingat, baucar ini adalah untuk pembelian buku rujukan dan akademik sahaja ya!
Kelayakan
Baucar ini khusus untuk yang memohon eKasih di platform kendalian ICU JPM.

Cara Tebus Baucar Buku eKasih 2026
Menurut info yang dikongsikan Kota Buku, unttuk menebus baucar buku ini, penerima akan menerima emel bagi tujuan log masuk.
Kemudian, penerima boleh log masuk dan membuat penebusan serta pembelian buku.
Penebusan boleh dibuat secara dalam talian melalui platform Book Capital di mall.bookcapital.com.my
Tarikh akhir penebusan ialah pada 3 September 2026.
Jangan lupa tuntut, boleh ‘shopping’ buku nanti!
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Baucar Buku eKasih 2026
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai Baucar Buku eKasih 2026, sila ikuti laman web rasmi / Facebook PBAKL , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Bantuan khas berbentuk baucar buku bernilai RM300 untuk membeli buku rujukan dan buku akademik yang diberikan kepada penerima yang layak.
Bukan. Baucar Buku MADANI RM100 diberikan secara individu bersasar kepada semua pelajar sekolah menengah (KPM) dan mahasiswa IPT (KPT). Baucar eKasih RM300 pula adalah bantuan khusus tambahan berasaskan eKasih.
Jumlah keseluruhan ialah RM300 bagi setiap keluarga yang layak.
Tarikh akhir untuk menggunakan atau menebus baucar ini ialah pada 3 September 2026.
Penebusan boleh dibuat secara dalam talian melalui platform Book Capital di mall.bookcapital.com.my




