Bas Nadiputra : Tambang, Laluan & Jadual Perjalanan Terkini

WAKTU OPERASI & LALUAN PERKHIDMATAN BAS NADIPUTRA MULAI 1 JANUARI 2023

Perkhidmatan bas henti-henti Putrajaya akan dioperasikan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) bermula 1 Januari 2023 dengan mengekalkan nama perkhidmatan bas sebagai Bas Nadiputra.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang perkhidmatan ini untuk memudahkan anda membuat perancangan perjalanan sebaiknya.

Apakah Perkhidmatan Bas Nadiputra?

PAPSB memulakan operasi bermula pada Mei 2007 sebagai pengendali bas henti-henti di Putrajaya setelah mengambil alih tanggungjawab kontraktor yang dilantik oleh Perbadanan Putrajaya iaitu salah satu agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1999 hingga April 2007.

Sesuai dengan misi Perbadanan Putrajaya dalam merancang, mengurus dan membangunkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan dengan berkesan dan cekap, nilai-nilai seperti kebersihan persekitaran akan dititikberatkan.

Perkhidmatan bas henti-henti Putrajaya akan dioperasikan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) bermula 1 Januari 2023 dengan mengekalkan nama perkhidmatan bas sebagai Bas Nadiputra.

Laluan & Waktu Operasi

Sebanyak tujuh (7) laluan diperkenalkan yang akan beroperasi pada ketetapan berikut:

  • Isnin – Jumaat : 6.30 pagi hingga 8.00 malam
  • Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am : 7.00 pagi hingga 8.00 malam

Sila rujuk laluan baharu melalui grafik di bawah:

Kadar Tambang

Kadar tambang sebanyak RM1 sehala untuk enam laluan manakala satu laluan iaitu laluan P101 adalah percuma.

Kaedah Bayaran

Pembayaran tambang secara tanpa tunai mengunakan kad Touch n’ Go. Diskaun kadar tambang layak dimohon oleh golongan warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar.

  1. Pastikan kad mempunyai baki minima RM3.00
  2. Diskaun sebanyak 50% untuk pemegang Kad Konsesi MyRapid (warga emas, orang kurang upaya & pelajar)

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan Kad Konsesi MyRapid, sila layri https://www.myrapid.com.my/our-products/concession-cards/

Maklumat Lanjut Tentang Bas Nadiputra

Maklumat berkenaan operasi perkhidmatan bas henti-henti dan laluan ini boleh di dapati di: laman web: www.myrapid.com.my, Facebook: @myrapid, Talian Bantuan: 03-7885 2585 atau emel: [email protected]

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!