Tawaran Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas Uniten

Tawaran Insentif Zakat Pelajar Semester Khas Uniten ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas untuk siswa muslim Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kini dibuka.

Untuk makluman anda, bantuan ini disediakan oleh Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) bagi pelajar UNITEN yang berkelayakan.

Tarikh Permohonan

Pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dialu-alukan untuk kemukakan permohonan bagi bantuan ini bermula 23 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.

Baca Juga : Tawaran Zakat Bantuan Umum Pelajaran UKM Sem 2 Sesi 2021/2022 untuk Pelajar UKM

Peringkat Pengajian Yang Layak Memohon

Bantuan zakat ini ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan serta sedang mengikuti salah satu kursus pengajian seperti berikut :

  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana

Di samping itu, pelajar yang mengalami finance blocking atas sebab-sebab tertentu juga dibenarkan untuk buat permohonan.

bantuan zakat pelajar

Syarat-Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk kemukakan permohonan perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Beragama Islam
  • Merupakan pelajar UNITEN sepenuh masa dan berdaftar (status aktif) pada semester semasa.
  • Tiada rekod masalah disiplin/rekod jenayah.
  • Mendapat bantuan pendidikan/pinjaman pendidikan (bukan biasiswa).
  • Telah melengkapkan proses permohonan.
  • Hadir ke temu duga yang ditetapkan.

Cara Memohon

Permohonan bagi bantuan zakat ini boleh dilakukan mengikut langkah-langkah berikut :

  • Klik pada pautan laman web TAZU iaitu https://amanahuniten.my/.
  • Pergi ke bahagian “Khidmat Online” dan klik “Daftar Akaun.”
  • Ini maklumat akaun dan klik butang “Daftar.”
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  • Ikuti arahan seterusnya dan buat permohonan sehingga selesai.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas UNITEN ini, sila hubungi :

Puan Majdah Binti Sulaiman : 03-8921 2033 ([email protected])

Cik Siti Mawahidah Binti Zainol : 03-8921 2020 samb: 1325 ([email protected])

Semoga bantuan yang ditawarkan ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di UNITEN.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!