Tawaran Zakat Bantuan Umum Pelajaran UKM Sem 2 Sesi 2021/2022 untuk Pelajar UKM

Tawaran Zakat Bantuan Umum Pelajaran UKM Sem 2 Sesi 2021/2022 untuk Pelajar UKM ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran UKM Sem 2 Sesi 2021/2022 untuk pelajar UKM kini dibuka. Bantuan yang disediakan adalah bantuan umum pelajaran sama ada untuk biaya yuran pengajian mahupun sara diri.

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, pelajar boleh memohon bantuan zakat bermula 28 Mac 2022 hingga 7 Julai 2022.  

Baca Juga : Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UiTM Johor Sesi Mac – Ogos 2022

Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Umum Pelajaran UKM

Pelajar perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Merupakan pelajar Asasi Pintar, Prasiswazah atau Pascasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Beragama Islam
  • Pelajar sepenuh masa
  • Telah mendaftar semester

Cara Permohonan Bantuan Umum Pelajaran UKM

Permohonan boleh dibuat melalui atas talian sahaja di pautan berikut :

https://zakat.ukm.my

Bantuan Umum Pelajaran UKM

Dokumen Yang Diperlukan

Pelejar yang memohon juga diminta untuk kemukakan dokumen secara atas talian seperti berikut :

i. Salinan Penyata Gaji / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga / Pasangan (yang berkenaan). *Bagi pasangan yang tidak bekerja, perlu lampirkan pengesahan tidak bekerja.

(Borang Pendapatan dilampiran)

*Borang Pengesahan Pendapatan HANYA boleh disahkan oleh Ketua Kampung / penghulu / JKKK / Imam / Nazir / Pengerusi Blok / Pengerusi Penduduk mastautin keluarga.

ii) Lain-lain dokumen seperti dilampiran sistem zakat online.

Prosedur Temuduga

Pelajar akan diminta untuk jalani temuduga secara atas talian. Tarikh temuduga perlu diperakukan oleh pensyarah.

(Sila klik di “Status Permohonan” untuk memilih tarikh temuduga). Pilihan JADUAL TEMUDUGA hanya pilih (Kampus Bangi sahaja)

Tatacara Hadir Temuduga :

1. Temuduga akan dijalankan secara atas talian sahaja pada tarikh temuduga yang dipilih. (secara panggilan telefon)

2. Tetapi jika perlu, pelajar akan diminta hadir ke Kaunter Zakat bagi urusan temuduga permohonan.

Jika status “Disokong/ Permohonan disokong urusetia dan dibawa untuk penilaian kelulusan”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Kelulusan proses bayaran dalam 21 hari bekerja.

Jika status “Disokong/ Rayuan – Permohonan dalam tindakan untuk dibawa ke Mesyuarat”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Semakan kelulusan di sistem boleh dibuat selepas 2-3 bulan daripada tarikh temuduga

Jika status “Pulang Borang”, sila baca ulasan penemuduga yang diberikan dan lengkapkan butiran/ dokumen seperti yang diminta.

Jika status masih “Tunggu Temuduga” Satu (1) hari SELEPAS tarikh temuduga yang telah dipilih, mohon untuk hubungi kami di talian 03-8921 4225/5820 (Bangi) atau 03-9145 6526 (HCTM/KKL).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, pelajar boleh berhubung terus dengan kaunter zakat UKM :

Kaunter Zakat UKM Bangi

Aras 1, Masjid UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-8921 4225 / 5820

Pejabat Unit Zakat UKM (Cawangan KKL)

Aras 1, Blok Klinikal,

Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM UKM),

Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,

56000 Cheras, Kuala Lumpur,

No Tel : 03-9145 6526

Untuk sebarang pertanyaan dan cadangan, pemohon boleh hantarkan email ke [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!